Pelakon berbakat besar, Puteri Balqis tidak menyedari kefasihannya bertutur dalam Bahasa Inggeris menggunakan ‘British Accent’ menjadi tular dan menuai pujian ramai.
Berkata kepada Remaja. Balqis yang mesra dengan panggilan Aqish memaklumlam ilmu Bahasa Inggeris penting dan boleh digunakan pada bila-bila masa, terutama ketika di luar negara.
“Saya tak tahu ia tular. Google News pun saya tutup. Saya bersyukur apabila diterima kerana sesetengah orang menganggap, bercakap Bahasa Inggeris ini, bongkak.
“Tidak. la sebenarnya pendidikan dan pendidikan itu amat penting. Banyak pekerjaan memerlukan kita bercakap dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, takkan kita nak pergi Sepanyol cakap Bahasa Melayu,” katanya.
Pada masa sama, pelakon berusia 17 tahun itu juga memberitahu ibu tercintanya menjadi individu utama dalam mendorong untuk memajukan diri untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
“Memang dari kecil, saya berulang kali menulis topik sama dalam Bahasa Inggeris. Tahap kesungguhan ibu saya sampaikan, buku yang kita beli kedai itu, contohnya, huruf A, dia akan tulis semua perkataan yang bermula dengan huruf A sahaja.
“Dia akan bagi saya conteng dinding, tulis perkataan Bahasa Inggeris. la susah, tapi berbaloi. Waktu kecil, Bahasa Inggeris saya biasa.
“Tetapi, bila dah semakin membesar, saya banyak menonton YouTube dan sebagainya untuk perbaiki. Selain saya juga sebenarnya belajar di British Council Malaysia dan dikelilingi dalm kalangan rakan berbangsa Inggeris,” tuturnya lagi.
Dalam pada itu, Aqish berkongsi nasihat kepada mereka yang malu mahupun tiada keyakinan untuk berbahasa Inggeris, sentiasa teruskan usaha walaupun dikecam yang berada di sekeliling.
“Bila dikelilingi oleh orang yang positif, kita salah cakap pun, mereka akan betulkan. Sebenarnya, bergantung kepada persekitaran kita.
“Kalau kita dikelilingi orang-orang negatif, kita cakaplah Bahasa Inggeris sefasih mana pun, mereka akan dikeji.
“Jadi, nasihat saya sekiranya anda dikelilingi oleh orang-orang yang berfikiran negatif, teruskan bercakap dalam Bahasa Inggeris sebab pendidikan sangat penting dan kamu sedang lakukan yang terbaik,” kongsinya.
Ditanya sama ada dia akan menerima tawaran lakonan sekiranya ditawarkan untuk berlakon dalam karya Bahasa Inggeris di luar negara, pelakon naskhah popular Rampas Cintaku itu berkata, dia ingin selesaikan tugasnya di tanah air terlebih dahulu.
“Saya nak habiskan tugas saya dalam Malaysia dahulu. Insya-Allah, kalau ada tawaran, saya akan terima. Tapi, saya takkan lupa asal usul saya,” ujarnya ringkas.
Terbaharu, drama lakonannya berjudul Terlanjur Cinta ditayangkan di platform Viu. Selain Aqish, drama itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Datin Umie Aida, Syafi Tee, Khir Rahman dan ramai lagi.
SUMBER FOTO: Instagram Puteri Balqis
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.