Diugut Tembak, 15 Selebriti Juga Pernah Terima Ugutan Selain Fathia

Share

Nama Fathia Latiff  menjadi trending  dunia artis ketika ini. Selepas dihentam Dira Abu Zahar di perhimpunan agung Umno yang menutup tirainya semalam, pelakon cantik manis ini membalas kenyataan tersebut dengan berkata, setiap orang mempunyai hak untuk bersuara sekalipun berbeza pandangan. Yezz, right!

Nama Fathia menjadi trending selepas berani meluahkan isu rakyat sehingga menjadi perhatian orang politik

Terbaru, Fathia menerusi Twitternya telah mendedahkan mengenai beliau telah diugut oleh seorang lelaki botak yang menyebabkan beliau merasa trauma dengan kejadian tersebut.

Ermmm..semakin berani orang sekarang ya cubaan melanggar undang-undang. Kitakan negara berdaulat, mengamalkan kebebasan bersuara. Biarlah berbeza pandangan politik atau apa saja. So untuk abang botak tu, janganlah emosional sangat. Kang tak pasal-pasal semua lelaki botak dituduh ganas sedangkan romantik benarnya. Ehhh.

Sebenarnya, bukan saja Fathia yang menerima ugutan, Remaja Online senaraikan 15 lagi artis yang pernah menerima ugutan sama dalam pelbagai cara.

Remy Ishak

Suatu ketika dahulu, pelakon Remy Ishak menerusi twitternya telah memuatnaik gambar kediamannya  telah menjadi sasaran apabila pihak polis menyerbu rumah beliau di Serdang kira-kira jam 1 pagi semalam setelah menerima aduan terdapat kegiatan dadah.

Remy yang pernah menerima ugutan bunuh oleh seorang wanita berstatus kenamaan itu percaya dirinya telah dianiaya oleh individu yang sama membuat ugutan bunuh sebelum ini.

Ketika serbuan itu, Remy atau nama sebenar­nya, Mohammad Zalimei Ishak, 34, ketika itu berada di luar kawasan. Remy berkata yang beliau berasa terkilan apabila pihak berkuasa menyer­bu rumahnya tanpa mem­perkenalkan diri sehingga memaksa dia sendiri bercakap de­ngan polis menerusi telefon untuk mendapatkan kepastian.

“Saya syak aduan ini diterima daripada individu sama yang membuat ugutan bunuh terhadap saya baru-baru ini. Saya tinggal di situ sudah agak lama. Tidak pernah ada masalah pun. Jadi bagaimana tiba-tiba terima aduan kegiatan dadah di situ?

Uqasha Senrose

Peminat minta gambar bogel Uqasha

Pelakon Uqasha Senrose bengang apabila ada peminat yang bertindak liar dan agresif meminta gambar bogelnya menerusi direct message di akaun Instagramnya. Luahan Uqasha itu disuarakan melalui entri terbaharu Instagram Story pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

“Ya Allah ada juga manusia macam ini!” tulis Uqasha.

Dalam teks yang dikirimkan oleh pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab itu, Uqasha diugut untuk menyerahkan gambar bogel dan berjanji akan berhenti menulis komen negatif di ruangan gambar pelakon itu.

“Uqasha, jika kamu memberikan saya gambar-gambar bogel kamu, saya akan berhenti menulis komen buruk tentang kamu. Saya janji.

“Hey, jika tidak saya akan menggodam Instagram kamu,” tulis individu itu menerusi kiriman teks seawal 5 pagi.

Dato AC Mizal

Dato Ac Mizal juga pernah terima ugutan

Polis memandang serius laporan pelakon dan pengacara terkenal, Datuk Mizal Zaini, 39, atau lebih dikenali sebagai AC Mizal berhubung ugutan bunuh diterima, sekali gus berusaha mengesan dalang yang menyebarkan ugutan itu.

Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata setakat ini, keterangan artis terbabit berhubung dakwaannya diugut serta difitnah melalui blog dan laman web sosial facebook sudah direkodkan.

Menurutnya, laporan itu turut diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mempunyai kemahiran khusus bagi menjejaki individu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan berkenaan.

“Polis bagaimanapun tetap memberi perhatian terhadap sebarang bentuk ancaman atau ugutan bunuh yang boleh membahayakan nyawa artis terbabit,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Difahamkan, terdapat lima laman web yang dikaitkan memburuk-burukkan nama dan syarikat artis itu yang tersebar melalui Internet sejak beberapa minggu lalu Selain membuat ugutan kepada AC Mizal, penulis blog berkenaan melemparkan ugutan kepada pekerja serta kakitangan syarikat AC Mizal yang didakwa melakukan penipuan berhubung harga kos dan harga jualan produk syarikat berkenaan.

Yatt Hamzah

Ugutan berbaur lucah diterima Yatt

Selebriti dan aktivis kemanusiaan Yatt Hamzah, 35, menerima ugutan bunuh dan komen berbaur lucah menerusi laman sosial Instagram (IG) miliknya.

Pemilik nama sebenar Haryati Hamzah ini ketika ditemui berkata, setiap kali dia memuat naik foto juga kempen misi kemanusian membantu umat Islam di negara bergolak seperti di Gaza, Palaestin dan Syria di IG atau Facebook, akaunnya serta merta disekat.

“Sejak aktif dengan misi kemanusian, apabila saya muat naik dan berkongsi foto tentang misi tersebut, serta merta akaun saya di sekat oleh IG dan Facebook (FB).

“Hampir setiap bulan IG dan FB saya disekat, paling sekejap satu jam paling lama tiga hari.

“Mereka hantar mesej mengatakan saya melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan terutama gambar-gambar menunjukkan keganasan dan kekerasan. Walhal gambar yang muat naik adalah gambar misi membantu umat Islam seperti di Palestin dan Syria.

“Bukan itu saja, malah saya diugut bunuh oleh ramai pengikut yang saya percayai mereka yang memihak kepada Israel. Ada juga komen berbaur lucah,” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Rita Rudaini

Peminat pernah menulis mesej berbaur ugutan kepada pelakon popular ini

Rita Rudaini telah menerima ugutan bunuh menerusi salah satu komen yang dihantar ke akaun bekas suaminya, Aidil Zafuan. Rita Rudaini telah pun membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh ini.

Katanya, Rita telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Aidil kerana ugutan bunuh tersebut muncul selepas bekas suaminya itu memuatnaik gambar-gambar provokasi.

Reen Rahim

Kes Reen Rahim pernah menjadi bualan suatu ketika dahulu berkaitan kes ugutan

Aktres Reen Rahim bertindak membuat laporan polis selepas seorang peminat mengugut untuk menyebarkan gambar dan video peribadinya

Peminat wanita yang pernah rapat dengan Reen itu didakwa mencuri gambar dan video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbit Reen.

Tambah pemilik nama penuh Noreen Ashikin Abdul Rahim, 29, peminat wanita yang pernah menjadi tulang belakang bagi kelab peminatnya itu turut bertindak menulis kenyataan berbaur ugutan di akaun Instagram miliknya.

“Saya didekati oleh wanita berkenaan kira-kira lima tahun lalu selepas saya memenangi rancangan Pilih Kasih. Dia mahu menubuhkan kelab peminat saya, tetapi saya enggan kerana saya memikirkan yang saya baru sahaja memulakan kerjaya dalam bidang hiburan.

“Selepas itu, kami berhubung semula dua tahun lalu dan menjadi akrab. Saya fikirkan, dua tahun lepas merupakan masa yang sesuai untuk saya aktifkan kelab peminat kerana kerjaya saya semakin rancak. Silap saya kerana mempercayainya dan memberikan dirinya akses kepada telefon bimbit dan laman sosial saya.

“Semasa kami rapat, wanita itu mula bersikap berlebih-lebihan apabila dia mula mencampuri urusan peribadi dan masuk campur dalam hal yang membabitkan keluarga saya. Semenjak itu, saya mula menjauhkan diri.

“Kepercayaan saya dibalas dengan perkara yang tidak sepatutnya. Rupa-rupanya, dia mengambil kesempatan untuk mencuri dan menyimpan gambar serta video peribadi saya dengan niat yang tidak baik.

“Dia juga menulis lapan kenyataan di laman Instagram miliknya dan ada antara kenyataan yang ditulis berbaur ugutan,” kata Reen.

Zed Zaidi

Apa kesudahan kes ugutan terhadap Zed Zaidi ini kerana senyap tanpa berita

PERSATUAN Seniman Malaysia (Seniman) membuat laporan polis terhadap pelakon Singapura, Nick Mikael yang memuat naik video ugutan di Facebook kepada Presidennya, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi.

Seniman yang diwakili Pengerusi Biro Perpaduan dan Antarabangsa Seniman, Datuk S Subash, 36, membuat laporan itu di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor.

“Dia bukan pertama kali mengugut Zed. Sebelum ini dia pernah membuat ugutan sama apabila Zed bersuara mengenai isu pengacara Najip Ali mempersenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Hanez Suraya

Suatu ketika dahulu namanya menjadi sebutan tetapi kini Hanez Suraya bahagia dengan rumahtangganya

Pelakon Hanez Suraya terpaksa menggunakan khidmat bodyguard (pengawal peribadi) bagi menjaga keselamatan ketika berada di majlis-majlis tertentu ekoran ugutan diterimanya berhubung kontroversi rampas suami orang. (dah selamat pun kahwin sekarang)

Hanez berkata, keluarga terlalu bimbang dengan keselamatannya terutama ketika berada di tempat umum yang terdedah kepada risiko. “Saya tidak mahu punyai pengawal peribadi tetapi keluarga yang memaksa saya untuk menggunakan khidmat pengawal peribadi kerana mereka takut dengan keselamatan saya di luar.

“Lebih-lebih lagi selepas menerima pelbagai ugutan daripada individu-individu yang tidak dikenali di laman sosial,” katanya.

Suhaimi Saad

Peminat tak lagi memperkatakan mengenai bekas penyanyi nasyid In Team ini.

Nama Suhaimi Saad dalam sekelip mata terus dikenali semula oleh netizen sebab memuatnaik naik status ‘anti vaksin’. Tak lama selepas itu, setiap status yang dimuatnaik oleh Suhaimi terus menjadi hangat diperkatakan netizen.

Kehidupan ‘zuhud’ yang didedahkan oleh Suhaimi pada umum bahawa di rumah tak ada peti ais, mesin basuh dan sofa menambahkan lagi kemarahan netizen. Suhaimi disifatkan sebagai seorang suami yang menzalimi isteri sebab tak bagi keperluan yang cukup.

Tak cukup dengan kritik, Suhaimi dedahkan dirinya juga dah terima ugutan dari banyak pihak. Ramai yang ugut nak pukul, pijak dan macam-macam lagi kalau jumpa Suhaimi.

Karier nyanyian Suhaimi juga sedikit sebanyak terjejas, sebab hampir tiga persembahan yang sepatutnya di ayakan oleh Suhaimi telah dibatalkan oleh pihak pengajur pada saat akhir sebab takut kemunculan Suhaimi di atas pentas akan undang kemarahan.

Dato Afdlin Shauki

Isu ini memang kecoh suatu masa dulu berikutan Teo ditampar oleh Mat Over di depan PM

Kes Mat Over tampar David masih belum berakhir. Kali ini berkaitan dengan pelawak popular Afdlin Shauki pula. Afdlin ada menyuarakan pendapatnya tentang isu ini dan telah menyalahkan moderator majlis berkenaan iaitu Dato Rosyam Nor.

Setelah meluahkan pendapatnya, ada pihak yang mengugut Afdlin secara live. Seorang lelaki yang menggunakan nama Farid Rozaini telah menulis diruangan komen, mahu menampar muka Afdlin Shauki. Lelaki berkenaan dilihat marah dengan kenyataan dari Afdlin Shauki ke atas Rosyam Nor.

Ini komen dari Afdlin Shauki:

Ok brader ni berani ugut aku live ni. Hahaha. Kalau tak berpelajaran ni lah rupanya. Ni la kalau tak faham undang-undang. Sekarang ni ja dah cukup jadi bahan aku nak bawak pergi polis.


@faridrozaini4real lets go bro. Aku cuma beri pendapat tapi, kau ugut aku. Ok jom bro jumpa. @polis_diraja_malaysia 

Memang berani mamat ini, emosi jugakan!!

 

Terdahulu, Rozita Che Wan, Fizz Fairuz, Shukri Yahaya dan Sufian Suhaimi pernah menjadi mangsa buli siber dengan ugutan menyebarkan foto bogel. Malah, pelakon cantik Nora Danish juga pernah meneriman ancaman rogol dan komen lucah di Instagramnya sekitar tahun 2014. Sumber: Akhbar tempatan / Blog Hiburan

.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros