“Fatimah Az-Zahra Kunci Masuk Syurga”, Netizen Kecam Drama Memories Of The Alhambra

Share

Netflix sekali lagi membuatkan peminat k-drama tidak keruan dengan siri terbaru original mereka Memories in Alhambra. Drama berdurasi selama 1 jam 6 minit itu, mempunyai 16 episod secara total. Kepada sesiapa yang masih lagi tak tahu, drama ini di barisi oleh pelakon hebat seperti Hyun Bin, Park Shin Hye dan Idol Kpop terkemuka Park Chanyeol dari Kumpulan EXO. 

Sedikit pencerahan tentang drama ini, Alhambra merupakan bandar yang terletak Granada, Sepanyol. Tempat yang penuh dengan sejarah Islam ini kini antara pusat tarikan pelancongan di negara tersebut. Bersesuaian dengan konsep k-drama ini, yang menceritakan tentang seorang usahawan (Hyun Bin) yang ingin memiliki game ciptaan anak muda yang wataknya dimainkan oleh Park Chanyeol yang juga merupakan adik kepada Park Shin Hye.

Antara plot yang menarik dalam drama ini, watak yang dipegang oleh Park Chanyeol mencipta game VR yang memerlukan pemain explore seluruh bandar Alhambra dan bertemu dengan pelbagai karakter dari zaman dahulu. Meskipun hanya dalam dunia permainan, pemain perlu mengetahui sejarah Alhambra untuk ke peringkat seterusnya. Game ni memang menarik, namun pemain akan berhadapan dengan bahaya jika terus bermain permainan ini.

Kalau dah namanya drama Korea, pasti wujud adengan tak logik kan? Tapi, untuk mereka yang inginkan kelainan, sumpah drama ni menarik! Namun, episod yang dikeluarkan baru-ini mendapat perhatian dari netizen khususnya penonton k-drama yang beragama Islam.

Menerusi latest episode, fakta yang diketengahkan oleh penulis skrip dimana menerusi episod 13, permainan ini dikaitkan dengan sejarah Islam, watak utama ada menyebut tentang Saidatina Fatimah yang merupakan puteri bongsu kepada Rasulullah SAW.

 

Ini pula komen netizen terhadap penulis skrip.

 

 

Babak ini jelas menyatakan bahawa kunci untuk ke syurga adalah Fatimah sedangkan dalam Islam dan  Al-quran tidak sedikitpun menyatakan bahawa Fatimah kunci untuk ke Syurga.

Allah SWT berfirman bermaksud: “dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluar segala langit dan bumi, disediakan bagi orang bertakwa.” 

(Surah Ali-Imran, ayat 133) 

Walaubagaimanapun, drama ini memang menarik untuk mereka yang gemarkan kelainan dari k-drama. Cuma, jangan terbawa-bawa dengan fakta yang salah ye.

 

Published by
Maya