Dia bagaimanapun menitipkan penghargaan buat ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut telah membebankan keluarga.
Ads
“Kenyataannya, saya sangat memohon maaf kerana telah menyusahkan ibu dengan penyakit skizofrenia. Bukan niat saya untuk menyusahkan sesiapa.
“Saya berjanji saya akan menjaga diri dengan lebih baik dan akan meluangkan masa bersama dengan ibu,” katanya.
Menerusi perkongsian sama, Fatiya turut dilihat memuat naik gambar dirinya ketika berusia 23 tahun bersama ibu tercinta dan ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada wanita istimewa dalam hidupnya itu.
“Gambar ini diambil ketika berusia 23 tahun dan segalanya berjalan dengan lancar. Tidak terlalu awal untuk saya ucapkan selamat hari jadi kepada ibu yang merupakan manusia menakjubkan.
“Terima kasih kerana telah menjaga, melindungi dan mendidik saya yang tentunya bukan satu tugas mudah,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Keputusan cemerlang ini saya hadiahkan untuk arwah abah. Walau dia tak dapat bersama meraikan pencapaian ini, saya tunaikan janji untuknya,” kongsi Aliah Irdiena Abdul Halim, 15 tahun.
Satu-satunya pelajar yang memperoleh 9A 1B di sekolahnya, SMK Bukit Mendi, Triang, Pahang untuk keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan sebentar tadi, kejayaannya itu sekaligus memecah rekod sekolah kerana pencapaian terbaik sebelum ini hanyalah 7A.
Barisan pelajar cemerlang PT3 SMK Bukit Mendi,Pahang
“Saya dah janji nak belajar sungguh-sungguh. Walau abah tiada depan mata dan mungkin tidak akan melihat kejayaan saya pada hari ini atau masa-masa akan datang ia bukan halangan untuk saya berjaya mencapai apa dihajatkan,” katanya yang mesra disapa Farah.
Bergelar anak yatim seawal usianya 4 tahun, Farah membesar dengan kasih sayang ibunya bersama seorang lagi adiknya, Amira Umaira, kini 11 tahun selain Alliff Usman bin Mokhtar, 2 tahun.
Berkongsi caranya belajar, kata Farah, semasa trial PT3, dia langsung tidak memperoleh A. Cuma dapat 5B dan 1C. Biar rasa cuak tetapi katanya, dia tetap tenang kerana yakin dengan usaha dilakukannya.
“Saya hanya study hard sebulan sebelum nak exam. Saya bangun seawal jam 3 pagi dan study sebelum ke sekolah.
“Saya buat ulang kaji sampai masuk waktu Subuh. Bersiap dan kemudian pergi ke sekolah. Dalam kelas pun saya beri tumpuan apa yang cikgu ajar. Mana tak faham saya tanya cikgu sampailah jadi faham. Lagi satu, saya dan kawan-kawan ada buat study group untuk kami lebih faham mata pelajaran yang cikgu ajar
“Masa yang sama, saya amalkan membaca satu helai al-Quran setiap pagi sebelum ke sekolah. Mohon pada Allah dan alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala usaha saya ini,” katanya yang bercita-cita hendak menjadi doktor gigi.
Bahagia bersama dua adiknya, Umaira dan Alliff
Pernah mendapat tawaran ke sekolah berasarama penuh selepas UPSR dahulu tetapi Farah hanya pergi untuk tempoh singkat kerana tak mahu berjauhan dengan keluarga.
“Farah cakap pada ibu, walau di mana pun Farah belajar dan sekolah, Farah akan buktikan dengan keputusan exam yang baik,” katanya memaklumkan, ibunya, Sahada Roffii seorang guru tempatnya belajar.
Bersama ibu kesayangannya, Suhada yang juga guru mengajar di SMK Bukit Mendi
Seorang yang sangat aktif dalam bidang sukan iaitu lompat tinggi, badminton dan bola jaring sebelum ini, akui Farah tidak wujud langsung halangan untuk berjaya dalam kedua bidang diminatinya ini.
“Sebelum ini saya wakil sekolah bagi sukan bola jaring,” katanya memaklumkan dirinya berpangkat Sfaff Sarjan dalam Kadet Remaja Sekolah malah pernah mewakili negeri Pahang ke Perlis bagi aktiviti tersebut.
Ditanya resipi kejayaannya, jelas Farah, dia memaklumkan, fokus di dalam kelas semasa guru mengajar adalah kejayaan utamanya.
“Saya hanya beri tumpuan ketika cikgu mengajar. Kita kena hormat guru selain hormatkan ibu bapa. masa yang sama mesti berbaik-baik dengan semua orang. Selain itu mohon dari Allah dalam setiap solat.
“Masa yang sama, hidup perlukan perancangan. Sebagai pelajar kita kena tahu dan boleh membezakan mana betul dan mana salah,’ katanya yang sudah memohon memasuki asrama penuh untuk tingkatan empat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon kontroversi, Fathia Latiff menzahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir warganet yang didakwa telah menyakitinya sehinggakan dia memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan menjadi asbab dirinya keluar agama Islam.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh sebuah akuan di laman TikTok, dia meluahkan rasa bengang apabila kerap menjadi bahan kutukan netizen sehingga menganggu keadaan mentalnya.
Ujar pelakon drama hit Ariana Rose itu, dia bertindak melakukan aktiviti tidak bermoral seperti minum arak, memakai pakaian tidak sopan dan menjadi kafir adalah disebabkan perbuatan netizen sendiri.
“Satu benda yang aku nak cakap dekat korang, korang jangan sampai aku keluar agama sebab korang.
“Apa yang korang buat dekat aku ini… aku minum arak ke, pakai seluar pendek ke, aku jadi kafir ke sebab aku bengang dengan korang,” katanya.
Bukan itu sahaja, Fathia turut berpendapat tiada guna seseorang beribadah jika menzalimi saudara sesama Islam.
“Aku tak berdosa, korang yang masuk neraka sebab korang push aku. Jangan sampai korang beribadat 100 tahun pun tak ada guna.
“Sebab korang buat seorang saudara korang jadi macam ni, buat orang marah dan sakitkan hati. Allah boleh maafkan tapi kalau manusia belum tentu dia maafkan. Salam Ramadan,” tuturnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganer meluahkan rasa terkejut dengan kenyataan aktres berusia 36 tahun itu.
Dalam pada itu, ada juga yang menitipkan kata-kata semangat buat Fathia untuk terus kuat meneruskan kehidupannya dan berharap agar kesihatannya kembali sihat seperti sebelum ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pasti ramai yang ‘cair’ dengan watak Lee Jun-ho yang sweet menerusi drama “Extraordinary Attorney Woo” yang sedang hangat ditayangkan dalam platform penstriman Netflix.
Sarat dengan humor, inspirasi dan kesedaran berkaitan golongan penghidap autisme. Penampilan watak seorang lelaki yang baik dan ‘sweet’ dalam siri ini telah berjaya membuatkan Kang Tae-oh menjadi antara pelakon yang digilai kini.
Dengan popularitinya yang semakin meningkat, Kang Tae-oh juga telah menerima banyak tawaran dari segi projek lakonan, rancangan hiburan, iklan dan banyak lagi. Berikut adalah 10 fakta tentang Kang Tae Oh yang dilaporkan dari Soompi yang membuatkan peminat lebih terkejut.
1. Ahli kumpulan idola K-pop Surprise
Kang Tae Oh adalah ahli kumpulan dari syarikat Fantagio bernama Surprise yang ditubuhkan pada 2013.
2. MBTI beliau ialah INFP
Kang Tae Oh mendedahkan bahawa MBTI (Penunjuk Jenis Myers–Briggs) cenderung berubah bergantung pada masa dia mengambil ujian.
3. Kisah cinta
Dia berkongsi cerita bahawa kebanyakan bekas teman wanitanya lebih berusia dari umurnya. Ahli Surprise itu juga mendedahkan bahawa dia menyukai wanita yang berambut pendek.
4. Gemar makan buah-buahan
Dalam temu bual, Kang Tae Oh menyebut bahawa dia seorang pencinta buah-buahan dan sentiasa menyimpannya di dalam peti ais. Nanas, mangga, strawberi adalah buah kegemarannya.
Foto Via Soompi
5. Lebih suka tidur daripada makan
Naluri pertama Kang Tae Oh ialah tidur daripada makan ketika dia letih dan lapar. Ini menunjukkan dia lebih suka tidur.
6. Nama sebenarnya Kim Yoon Hwan
Kang Tae Oh dilahirkan pada 20 Jun 1994 dengan nama Kim Yoon Hwan, tetapi dia menggunakan nama panggung Kang Tae Oh sebagai pelakon.
7.The Tale of Nokdu adalah siri sejarah pertamanya
Dalam siri ini, Kang Tae Oh memegang watak sebagai penjahat. Namun, katanya, dia berasa simpati dengan watak tersebut.
Foto Via Soompi
8 Suka mencari perhatian
Semasa Kang Tae Oh di sekolah rendah, dia banyak bercakap kerana dia seorang pencari perhatian.
9. Kang Tae Oh mahir dalam Jeet Kune Do
Kang Tae Oh terkenal sebagai seorang yang sangat aktif dan suka bersukan. Dia gemar menggunakan badannya untuk pelbagai aktiviti malah turut mempelajari seni bela diri Jeet Kune Do.
10. Sangat popular di Vietnam
Bukan hanya popular di Korea Selatan Kang Tae Oh juga turut mempunyai peminatnya di Vietnam. Membintangi siri Korea-Vietnam “Forever Young” sehingga dia juga memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah VTV.
Korang dah tonton belum episode terbaru drama bersiri ini? Bukan main ‘sweet’ lagi Jun-ho.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, minggu kedua Big Stage Alpha mengejutkan para penonton apabila dua peserta terpaksa akur tersingkir pada minggu kedua dari pentas saingan.Bersiaran secara langsung...