OMG tahniah!
Ibarat mengambil keberkatan penghulu segala hari dan seminggu sebelum kita memasuki bulan Ramadan, pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura mengumumkan bahawa mereka sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung mereka.
Pengumuman tersebut dilakukan menerusi akaun Instagram Hero Remaja 2011/12 itu, sebentar tadi.
Penuh tertib, Fattah berkata, “Setelah melayari perkahwinan kami selama dua tahun, kami ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahayamata kami yang pertama.
”Kandungan Fazura dalam bulan keempat, Alhamdulillah. Kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini.
”Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang.”
Fattah menyambung dengan ucapan penghargaan kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada mereka selama ini.
Pasangan #Fattzura telah berkahwin pada tahun 2017. Walaupun mereka diakui saling menyayangi dan sweet
(!), Fattah dan Fazura lebih gemar untuk kekal cool dan lebih personal dengan kehidupan mereka sebagai suami isteri.Serta-merta, para selebriti menjadi di antara ribuan followers Fattah yang mengerumuni posting tersebut untuk memberikan ucapan tahniah. Antaranya termasuklah rakan Hero Remaja 2011/12 Fattah iaitu Ben Amir dan Hafreez Adam.
Turut kelihatan ialah Alif Satar dan Alvin Chong.
Tahniah #Fattzura!