Fauzi berkata, semangat isteri iaitu Lisdawati pendorong dia berazam mencapai sesuatu dalam kehidupannya.
Malah bapa kepada lapan cahaya mata ini mahu memberi contoh terbaik buat kesemua anak-anaknya.
‘Saya menyambung pelajaran kira-kira dua tahun lalu. Apabila anak-anak sudah besar, saya rasa perlu buat sesuatu untuk beri contoh yang baik buat mereka semua.’
‘Isteri juga adalah penyokong saya mencapai kejayaan ini, Jadi saya berharap dapat menjadi contoh agar anak-anak terinspirasi untuk mendapatkan segulung ijazah dalam hidup mereka.’
‘Saya ada lapan orang anak dan sebagai ketua keluarga, kenalah beri contoh terbaik,” katanya.
Fauzi diraikan dalam Majlis Konvokesyen Meatech ke-6 yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam pada itu, Fauzi berharap keputusan menyambung pelajaran dapat menutup tanggapan segelintir tentang golongan selebriti tidak mementingkan pelajaran.
Malah dia sendiri terinspirasi daripada ramai golongan selebriti lain yang berjaya menggenggam ijazah walaupun sibuk dengan aktiviti seni.
BACA LAGI: Kenangan Manis Capai Top 24 Miss Supranational 2022, Melisha Lin Akui Bukan Semuanya Glamor – REMAJA