Personaliti televisyen popular, Fedtri Yahya meluahkan rasa bangga apabila puteri sulungnya, Indah Sutera Jannah, mendaftar masuk ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, Fedtri memuat naik gambar memaparkan momen dia memeluk Indah Sutera yang kelihatan sebak ketika mahu berpisah.
Dalam kapsyen yang disertakan, Fedtri mengakui walaupun berasa bangga, perasaan sayu tetap menyelubungi dirinya kerana perlu berjauhan dengan anak perempuannya.
Ads
“Selesai mendaftar. Selamat berjuang kakak di tempat impianmu.
“Kuatkan semangat. Doa kami sentiasa mengiringi perjuanganmu,” coretnya di Instagram.
Selain itu, Fedtri turut berkongsi kenangan ketika anaknya sering menangis apabila dia keluar bekerja sebelum ini.
Ads
“Hmm, itulah putarannya. Dulu saya susah nak pergi kerja sebab kakak menangis.
“Sekarang saya pula menangis sebab kakak keluar belajar. Insya-Allah sekejap saja tu. Pejam celik nanti dah SPM,” katanya lagi.
Ads
Sekadar informasi, Fedtri mendirikan rumah tangga bersama Nurul Anati Ismail yang dikenalinya ketika mereka sama-sama terlibat dalam program Dari Masjid Ke Masjid pada 28 Mei 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Indah Sutera Jannah, Ahmad Willdan Arjuna, Indah Rauvda Inaara dan Ahmad Firaas Mevlana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: IG Fedtri Yahya
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rakyat Malaysia masih mengingati momen bersejarah apabila pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia berjaya menjuarai kejohanan Badminton All England pada Mac lalu.
Kejayaan tersebut telah diraikan oleh seluruh negara setelah kali terakhir Malaysia memenanginya 4 tahun lalu menerusi Datuk Lee Chong Wei.
Semalam, satu lagi kejayaan membanggakan telah dilakar oleh skuad badminton negara apabila Chea Liek Hou muncul sebagai juara pada kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol.
Pada pusingan final acara perseorangan lelaki SU 5, pemain paralimpik ini telah menewaskan pemain dari Jepun, Taiyo Imai dengan catatan 21-13 dan 21-11 dalam tempoh 34 minit saja.
Sumber Foto : The Star
Kemenangan ini sekaligus melengkapkan rekod kemenangan 5-0 Liek Hou ke atas Imai selepas kali terakhir bertembung dengannya di peringkat suku akhir kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil pada tahun lalu.
Untuk pengetahuan, Liek Hou telah berada di bawah bimbingan Datuk Rashid Sidek sebelum ini untuk mempertingkatkan prestasi permainan dan menambah stamina agar pemain berusia 33 tahun ini dapat bersaing dengan lebih baik ketika bertemu lawan yang lebih muda daripadanya.
Sesi tersebut telah membuahkan hasil apabila Liek Hou berjaya menurunkan berat badannya dari 75 kg ke 65 kg justeru membantunya untuk bertanding dengan lebih cergas.
Selepas ini, Liek Hou bakal menawan Sukan Paralimpik Tokyo pula yang dijadualkan berlangsung dari 24 Ogos hingga 5 September ini.
Contoh budi pekerti terbaik seharusnya hadir daripada para pemimpin sendiri dan itulah yang dilakukan oleh Pemangku Raja Pahang pada hari ini.
Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Elaun Diraja bagi tempoh tiga bulan sebagai bantuan kewangan kepada rakyat Palestin yang kini sedang bergelut dengan situasi kehidupan tidak stabil akibat serangan berterusan oleh rejim zionis Israel.
Bantuan yang dihulurkan itu telah diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang berkata, elaun tersebut disumbangkan menerusi tabung Pahang4Palestin yang baru saja dilancarkan oleh kerajaan negeri Pahang semalam.
Catat beliau menerusi akaun media sosial rasminya, “Sesungguhnya patik dan rakyat jelata menyanjung tinggi kurniaan ini yang akan menjadi pembakar semangan dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang tertindas.”
Pelancaran tabung kemanusiaan ini turut dibuka kepada mana-mana pihak termasuklah rakyat negeri lain yang berminat untuk sama-sama menghulurkan kudrat kewangan mereka sebagai tanda solidariti terhadap saudara kita di Palestin.
Untuk meringkankan penderitaan mereka, sumbangan boleh disumbangkan ke Perbendaharaan Negeri Pahang di Bank Muamalat bernombor 06010002165711 dengan rujukan (reference) Pahang4Palestin.
Jelas, rakyat amat berbesar hati untuk mendengar mengenai sumbangan tersebut dan memberikan kata-kata positif terhadap gesture yang ditunjukkan ini.
Semoga dengan sumbangan elaun yang dihulurkan oleh Pemangku Raja Pahang dan seluruh rakyat ini diberkati dan mendapat pembalasan berganda oleh Ilahi, insyaAllah.
Biskut oreo bukan hanya sedap dimakan begitu sahaja, malah ia juga digunakan sebagai bahan utama untuk membuat kek atau pun aiskrim.
Tidak dinafikan biskut ini menjadi kegemaran bukan hanya kanak-kanak, tetapi turut menjadi pilihan golongan dewasa juga.
Terdapat pelbagai resipi pemanis mulut berasaskan oreo dan kali ini kami ingin kongsikan dengan korang resipi aiskrim roll oreo yang mudah disediakan dengan hanya menggunakan empat bahan.
1. Masukkan air, kiub ais dan whipped cream ke dalam mangkuk, kemudian kacau sehingga lembut
2. Kemudian, masukkan susu pekat dan gaulkan kesemuanya
3. Pisahkan isi oreo dari biskut dan letakkan krim oreo itu ke dalam adunan. Hancurkan biskut sehingga menjadi serpihan
4. Selepas itu, masukkan separuh daripada serpihan oreo ke dalam adunan dan kemudian tuangkan campuran itu ke dalam bekas keropok Pringles yang telah dibersihkan (atau mana-mana bekas berbentuk silinder) sebelum membekukannya
5. Selepas dibekukan, keluarkan daripada bekas dan celupkan ke dalam serpihan oreo yang tinggal
6. Potong gulungan ais krim itu dan siap untuk dihidang
Baru-baru ini, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memulakan projek rintis yang melibatkan pengambilan warden sepenuh masa daripada kalangan bekas pegawai tentera dan polis untuk...