REMAJA tahu cuti semester korang sudah nak dekat. Jadi apa kata korang rancang bersama kawan untuk bercuti di Pulau Pinang.
Ini kerana negeri tersebut kini sudah memiliki banyak kawasan menarik untuk korang lawati, termasuklah Kampung Agong Bakar Kapor, Penaga Pulau Pinang.
Perkongsian oleh pengguna Twitter @AinulNunanaa telah bertukar tular setelah dia memuat naik beberapa foto menerusi bebenang Twitter.
“Tak payah pergi Bali, Malaysia pun ada! MasyaAllah, cantiknya pemandang di sini. Terus jatuh cinta dengan tempat ini,” catat Ainul.
Menerusi perkongsian tersebut juga, rupanya ramai lagi remaja lain yang tak melepaskan peluang untuk ke sini sekiranya berada di Pulau Pinang.
Bagi setiap orang yang ingin masuk dan bergambar, cas sebanyak RM5 dikenakan demi kerja-kerja penjagaan kawasan tersebut.
Bendang sawah padi yang terletak di hadapan kawasan bergambar ini memang cantik apabila tiba musim.
Sewaktu cuti sekolah mahupun hujung minggu, jalan masuknya akan penuh dengan pengunjung. Malah, ‘port’ bergambar akan penuh dengan pengunjung yang beratur.
Antara tarikan bergambar yang ada di sini adalah di piano putih, buai tergantung ala ‘sarang burung’, hammock di tepi bendang, jeti kecil di sebelah teratai dan di gazebo seperti rumah kampungnya
Walaupun berbayar tetapi apabila korang dapat menikmati suasana tenang dan mendapat foto yang cantik, semua itu sudah kira ‘belakang cerita’ kerana berbaloi.
Mereka juga menyediakan pondok luas untuk korang duduk bersama dan masak sendiri. Tapi kena bawa dapur gas mini sendiri lah ya, hehe
.Ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 7 petang. Bagaimana, ada juga tarikh di mana kawasan ini ditutup. Untuk mendapat update terkini sebelum pergi ke sini, korang boleh mengunjungi Facebook Kampung Agong
*
Dah alang-alang ke Pulau Pinang tu, apa kata singgah sebentar ke Pulau Jerejak pula!