Sains

Fenomena RIBUT SURIA Bakal Melanda Dan Bumi Bakal Bergelap? 8 Info Kena Tahu!

Share

Ada ke yang panik dan buat persiapan mendengar berita tular amaran fenomena ribut suria atau ‘solar storm’  yang akan melanda bumi awal tahun ini?

ARTIKEL BERKAITAN : Salji Turun Di Arab Saudi Bukan Fenomena Luar Biasa, Individu Ini Jelas Sebabnya

Untuk info, Fenomena ribut solar ini pernah berlaku pada 1859 yang mana matahari mengeluarkan solar ‘flare’ dan terkena pada bumi. Namun, tahun ini sainstis meramalkan akan berlaku sekali lagi dengan 60 kali ganda lebih kuat dari ribut solar yang pernah berlaku sebelum ini digelar sebagai ‘Carington Event’.

Namun, persoalannya adakah normal jika ribu solar ini melanda bumi?

Menurut Pengarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Ts Dr Roslan Umar, berikut info berkaitan ribut suria;

1. Ribut suria merupakan fenomena yang biasa dan kerap berlaku.

2. Bumi akan dilanda solar storm yang kuat pada tahun depan selain saintis meramalkan kita akan mencapai ‘solar maximum’ (solar maksimum) pada 2024 dengan suar (nyalaan api) yang cukup kuat bagi melumpuhkan internet di dunia selama beberapa minggu.

3. Fenomena ribut suria itu sentiasa berlaku. Orang awam tidak perlu panik dengan berita viral tersebut kerana fenomena itu biasa dan sentiasa terjadi cuma bezanya adalah lemah dan kuat sahaja.

4. Kesan ribut solar boleh dilihat pada kejadian aurora di kawasan kutub bumi, malah aurora itu sebenarnya merupakan bukti kewujudan fenomena tersebut.

5. Kesan ribut solar kepada bumi dan manusia adalah ganggu medan magnet bumi dan hasilkan Geomagnetically Induced Currents (GIC) tetapi kesannya sangat lemah.

6. Kesan ribut solar kepada bumi dan manusia antaranya boleh menganggu medan magnet bumi serta menghasilkan GIC yang boleh menganggu bekalan kuasa dan elektrik di bumi disebabkan cas yang berlebihan. Namun, berdasarkan rekod-rekod sebelum ini, kesannya amat lemah.

7. Kesan lain yang boleh dilihat adalah ganguan kepada sistem telekomunikasi gelombang radio atau dikenali sebagai ganguan ionosfera mendadak (SID).

8. Sebenarnya penduduk di dunia ini bertuah kerana ALLAH SWT telah melindungi bumi dengan lapisan atmosfera dan medan magnet tersendiri di sekelilingnya.

Menerusi laporan news18.com sebelum ini, terdapat beberapa penemuan baharu, ribut solar berkenaan akan cukup kuat untuk mengganggu liputan internet di Bumi selama berminggu-minggu disebabkan oleh medan magnet matahari.

Sehubungan itu, ia telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna media sosial sehingga ada yang mendakwa urusan secara dalam talian tidak berfungsi malah bumi akan bergelap selama 17 hari selain suhunya juga akan jatuh.

Malah, ada juga yang kaitkan fenomena ribut suria dengan hari kiamat.

Perkara itu menimbukan kebimbangan dalam kalangan netizen dan ada yang mendakwa urusan secara dalam talian tidak berfungsi malah bumi bergelap selama 17 hari dan suhu dunia akan jatuh.

Namun, pada 23 Disember lepas, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyatakan tidak wajar mengaitkan fenomena ribut suria yang dijangka melanda bumi bermula awal tahun hadapan dengan hari kiamat.

Harapnya penjelasan ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada korang semua.

BACA LAGI : Langit Seakan ‘Bebola Kapas’, Cantik Tapi Petanda… Kenali Fenomena Awan ‘Mammatus’

Sumber : 1,2

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

Published by
Nana