Sejak kebelakangan ini, ramai yang memuat naik gambar fenomena bunga ‘Sakura’ yang boleh dikatakan tumbuh mekar di kebanyakan daerah seluruh negara. Umpama berada di Jepun, masyarakat Malaysia teruja melihat pepohon Tecoma dan lihat sahaja di news feed media sosial korang, pasti ada yang memuat naik gambar pohon tersebut.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menanam sebanyak 10,300 pokok Tecoma di sekitar ibu kota di pinggir jalan dan taman awam dengan tujuan untuk keindahan alam.
Keindahan pokok Tecoma ini boleh dilihat di jalan utama seperti di sekitar kawasan Jalan Klang Lama, Jalan Kuching, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Metroprima Kepong dan Lebuhraya Pantai Baru (NPE).
Jom kita lihat antara gambar yang dikongsi oleh orang ramai di media sosial.
— Syed Al Putra Ikhwan Shah (@syedalputraikh1) March 28, 2021
Ads
Banyaknya bunga “sakura”! 🌸 Inilah suasana di Lapangan Terbang Alor Setar (AOR) ketika ini yang sarat dengan bunga-bunga indah. Macam suasana di Kyoto pula kan. 😆 Tapi tak perlu pergi jauh-jauh, dekat Kedah pun ada bunga ini. pic.twitter.com/3STooydRi2
Setelah rakyat Malaysia diberi kelonggaran untuk merentas negeri dan melancong, kami pasti ramai yang sedang mencari tempat percutian bagi menikmat masa bersama orang tersayang.
Untuk korang yang masih tercari-cari dimanakah lokasi percutian yang menarik, kami nak kongsikan terlebih dahulu tentang tawaran yang diberikan oleh Adventure Waterpark Desaru Coast, iaitu antara taman tema air terbesar di rantau ini memberikan pas sehari dengan harga hanya RM50 untuk dewasa, kanak-kanak dan warga tua mulai sekarang hingga 5 Disember nanti.
Menurut Bernama, pengunjung yang mahu mengunjungi semula selepas kunjungan pertama boleh menaik taraf kepada pas tahunan, ‘Splash Pass’ yang menawarkan kemasukan tanpa had yang berharga RM100 bagi tempoh setahun.
Promosi ini tertakluk kepada semua pelawat yang lengkap dua dos suntikan vaksinasi bersama status risiko rendah dalam aplikasi MySejahtera tanpa gejala ata kontak kasual, manakala pelawat bawah umur 18 tahun mesti ditemani orang dewasa atau penjaga yang lengkap dua dos vaksin.
Taman tema air ini dibuka dengan kapasiti harian maksimum 2,500 orang, 50 peratus lebih rendah berbanding sebelum penularan COVID-19 bagi tujuan penjarakan fizikal.
Promosi ini sah untuk tempahan dalam talian dan pengunjung boleh ‘walk in’ sahaja di taman tema itu dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.
Bagi penduduk yang berada di sekitar Desaru atau individu yang berniat ingin ke sana, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran istimewa ini.
Apa-apa pun, dalam pada kita bersuka ria, jangan lupa sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan.
Sesungguhnya tiada apa yang menggembirakan apabila dapat menunaikan solat berjemaah di masjid. Ternyata reaksi spontan pemain bola keranjang kelahiran Amerika Syarikat yang kini bermain untuk team Al Wakrah Qatar, Musa Abdul Aleem tular di media sosial.
Reaksi gembira itu jelas kelihatan di mana dia berlari menuju ke masjid di Al Wakrah sambil bersorak “masjid it open, masjid is open) berulang kali. Malah ketika sampai di pintu hadapan masjid di Qatar ini pun beliau sempat bertanya kepada pengawal adakah itu iqomah dan mengucapkan salam sambil terus berlari.
Dalam satu kenyatannya, Musa Abdul Aleem berkata, saat dia mendengar panggilan azan itu di mana masjid dibuka mulai 15 Jun di Qatar, dia terfikir untuk merakam detik bersejarah itu selepas tidak mendengar iqomah (panggilan kedua untuk solat selepas azan) berkumandang di masjid-masjid akibat wabak COVID-19.
Dilahirkan pada 2 Mei 1988, Musa Abdul Aleem memulakan karier dalam sukan bola keranjang di C. Leon King High School Tampa, Florida sebelum memasuki kolej dan bermain untuk Georgia Perimeter College dari 2010 hingga 2012, dua tahun di South Florida dari 2012 hingga 2014 dan satu tahun di Troy dari 2014 hingga 2015.
Kerjaya profesionalnya bermula pada musim 2015-2016 dengan Trotamundos de Carababobo dari Liga Profesional de Baloncesto dari Venezuela. [1] Dia muncul dalam 19 perlawanan untuk Trotamundos, dengan purata 14.8 mata, 3.9 rebound dan 1.3 assist setiap perlawanan.
Pada 14 Julai 2016, Abdul-Aleem menandatangani kontrak dengan kelab Greek Basket League Kymis. Namun, dia meninggalkan pasukan setelah muncul dalam dua perlawanan.
Terkini dirinya menyertai pasukan bola keranjang profesional Qatar yang berpusat di bandar Al Wakrah, di selatan Qatar. Pasukan bola keranjang Al Wakrah kini bertanding di peringkat teratas bola keranjang, Liga Bola Keranjang Qatar. Ia adalah sebahagian daripada kelab multisport Al-Wakrah Sport Club.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susulan artikel REMAJA bertajuk rahsia surah-surah ini di alam ghaib dan kenapa jin takut saat mendengarnya yang mendapat 36.7 K syer dan dibaca oleh lebih setengah juta pembaca, dalam satu ruangan komen di facebook REMAJA, seorang individu telah memberi pandangan berkaitan alam ghaib yang mana menurutnya dia sering keluar masuk ke alam bunian hingga seekor jin betina melamarnya.
Tertarik dengan ceritanya, wartawan REMAJA mengatur temujanji dan bertemu remaja dimaksudnya iaitu Muhammad Afiq bin Rudy Azmin, 19 tahun, penuntut Aircraft Engineering di Kolej Yayasan Melaka untuk berkongsi kisah hidupnya.
Aktif menulis kisah-kisah motivasi dan hampir siap menghasilkan sebuah buku motivasi khusus untuk golongan remaja di blognya, Malaysianaviationflyelz.blogspot.com, menurut Afiq, dia mula memasuki alam ghaib ketika usianya 16 tahun.
Jom baca kisahnya yang menarik untuk korang fahamkan tentang dunia ghaib ini.
Menurut Afiq, segalanya bermula pada usianya 16 tahun.
“Tahun itu saya kerap bangun malam untuk solat tahajud. Boleh dikatakan agak kerap.
“Mungkin kesan dari bangun malam ini, suatu hari saya bermimpi dibawa ke rumah nenek. Dalam mimpi itu saya nampak ada baby, ayam, pisau seolah-olah mereka cuba buat ritual agama. Mereka sembelih ayam dan darahnya memercik.
“Dalam takut-takut itu, mimpi itu berakhir. Kesannya saya terjaga dari tidur dan rasa amat takut. Terasa-rasa seperti ada mata sedang memerhatikan saya. Bila tengok jam sekitar 3 pagi.
“Sejak dari kejadian itu, saya sering bermimpi benda-benda pelik. Saya nampak pocong dua ekor, saya nampak pontianak. Malah saya boleh dengar bunyi tapak kaki di siling rumah, dengar baby menangis dan benda-benda berkaitan sihir,” katanya yang tampak tenang.
Agak-agak bagaimana rupa pocong eh?
Menurut Afiq, sama kita lihat iaitu seperti mayat berbungkus dengan bunjut di kepala, begitulah pocong yang datang dalam mimpi dan mengejarnya.
“Mata pocong hitam, bukan seperti mata manusia,” katanya.
Rupa pontianak pula?
Kalau nak tahu, rupa pontianak lebih seram, kuku panjang, taring panjang, mengilai cuma part rambut itu, Afiq tak berapa nampak kerana dia sendiri dalam ketakutan kerana selepas terjaga, seluruh tubuhnya berpeluh.
Menurut Afiq, mimpi-mimpi pelik dan takut ini sering dihadapinya. Seminggu lebih dari tiga kali dan perasaannya berbaur. Ada takut, ada tidak, ada ngeri dan sebagainya. Jelas Afiq lagi, jika dirinya bermimpi dan tidak diganggu secara fizikal tetapi hal pula dengan ibunya. Ibunya sering sakit tengkuk, sakit pinggang dan sakit badan.
Jelas Afiq lagi, dia sudah mendapatkan rawatan bertemu ustaz-ustaz termasuk dilakukan ayat-ayat rukyah tetapi mimpi ini tetap datang setiap hari biarpun dia selalu berdoa agar mimpi-mimpi pelik ini tidak datang.
Bagaimana dengan alam ghaib dan apa gambaran sebenar di sana?
Tentu ramai dari kita tertanya-tanyakan bagaimana gambaran di alam ghaib. Disebabkan sering bermimpi benda pelik dan menakutkan, kata Afiq, suatu hari dia bermimpi dibawa ke tempat lebih indah.
“Terlalu cantik, saya boleh nampak sebuah perkampungan cantik, tiada tekanan. Tiada apa nak dirisaukan. Malah saya boleh nampak aurora yang sangat cantik. Dapat tengok bintang dan paling best rasa sangat tenang di sana,”kata Afiq memaklumkan, semua keindahan dan ketenangan dipertontonkan kepadanya ini berubah 100 peratus selepas dia didatangi satu jin betina yang melamarnya.
“Dalam kejadian mimpi itu, jin ini datang bersama bapanya. Jin betina itu hanya diam dan bapanya saja yang bertanya. Dia mahu melamar saya untuk anaknya dan saya pula ketika itu telah berkata YA saat diajukan soalan.
“Sejak itulah saya dibawa memasuki alam ghaib. Dipertontonkan macam-macam. Kata orang out of box pemikiran manusia. Saya pula walau pun sudah berkata ya tetapi saya masih mempertahankan diri diri saya dengan ayat-ayat Quran kerana tak mahu terus hanyut.
“Saya berkata YA itu tanpa sedar. Mungkin kerana keadaan ketika itu. Sebab itulah saya sentiasa memagarkan diri saya dengan ayat-ayat Quran kerana tak mahu jauh terpesong,” katanya memberitahu dalam seminggu lebih dari tiga kali dia keluar masuk ke alam ghaib. Malah akui Afiq, dia dapat merasakan kehadiran jin betina ini termasuk di siang hari dan biasanya petanda adalah “aura merah” yang dapat dirasai.
Kena hati-hati dengan jin
Nasihat Afiq, kejadian jin dan manusia ini jauh bezanya dan dia sendiri amat berhati-hati termasuk menjaga auratnya ketika mandi.
Biar pun kelebihan begini, Afiq tidak menganggap ia satu beban malah dia sendiri ada ketikanya tidak mahu memikirkannya dengan lebih mendalam. Ditanya pernah dirinya mendapat “barang” pemberian jin betina itu kepadanya, kata Afiq tidak pernah. Malah dia berkali-kali memesan agar berhati-hati dengan jin biarpun dia dapat merasai kehadiran makhluk itu selepas berkata YA dalam mimpinya itu.
So korang, nak ke masuk ke alam ghaib? Dengar pengalaman Afiq keluar masuk ke alam ghaib.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...