Bagi peminat dunia astronomi, kejadian-kejadian alam yang jarang berlaku pada setiap hari pasti akan menarik minat mereka untuk menyaksikannya secara langsung.
Salah satu daripadanya adalah ekuinoks. Ekuinoks merupakan fenomena astronomi yang terjadi apabila kedudukan matahari sejajar dengan garisan Khatulistiwa. Ia menjadikan bumi dan matahari berada pada jarak paling dekat dalam sistem solar.
Ads
Menurut Ke
Namun begitu, fenomena ini tidaklah berlaku di negara kita dan seluruh dunia sebaliknya untuk kali ini kawasan yang akan mengalaminya ialah Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador dijangka akan berlaku selama satu hari bermula jam 3.21 pagi.
Pertukaran posisi matahari dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan menyebabkan suhu bumi meningkat selain jangka masa siang dan malam menjadi sama iaitu 12 jam.
Malah, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu masing-masing sepanjang 12 jam.
Ads
Di negara jiran iaitu Pontianak, selalunya fenomena ini berlaku dua kali setahun pada setiap September dan kebiasaannya pada ketika itu akan adanya festival bagi meraikannya.
Ads
Cara paling biasa untuk melihat sendiri fenomena tanpa bayang ini ialah dengan menggunakan objek tegak seperti kayu yang boleh didirikan. Objek kemudiannya akan diletakkan di permukaan yang rata sebelum diperhatikan sesuai mengikut jam yang telah ditentukan.
Di Malaysia fenomena Ekuinoks ini pernah berlaku pada 21 Mac 2018 pada 12.15 malam. Ekuinoks berasal dari bahasa Latin yang membawa maksud ‘malam yang sama’
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua individu dilahirkan ke dunia dengan keunikan yang tersendiri.
Jika di Filipina sebelum ini tular tentang keunikan modelnya yang bernama Julia Ostan kerana miliki warna mata yang berbeza. Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan pula menjadi perhatian dunia apabila dilahirkan dengan tanda lahir genetik jarang berlaku yang menyebabkan rambutnya tumbuh dengan dua warna berbeza.
Tanda lahir merupakan salah satu keunikan tersebut. Menurut sumber, kira-kira 80% daripada bayi yang lahir mempunyai tanda lahir. Tanda lahir pada bayi boleh kelihatan seawal kelahiran bayi atau setelah beberapa bulan.
Meskipun tanda lahir merupakan sesuatu yang biasa dijumpai, namun bagi kes kanak-kanak ini ia bukan sesuatu yang normal. Jenny Hill yang merupakan ibu kepada kanak-kanak itu turut terkejut apabila melihat Bella dilahirkan dengan rambut separuh perang dan separuh lagi berwarna coklat.
Sejak itu, Jenny mengakui bahawa keunikan Bella yang berusia 11 tahun itu mendapat banyak perhatian orang.
Pelajar sekolah itu turut mempunyai bulu mata yang berbeza warna dengan bulu mata kanan berwarna cerah manakala yang kiri adalah gelap.
Wanita berusia 35 tahun dari bandar Lincoln, Amerika Syarikat (AS) itu percaya bahawa perkara tersebut terjadi disebabkan oleh poliosis atau kekurangan melanin yang mengurangkan pigmen dalam tompok rambut.
“Ia benar-benar berbeza dan unik. Ibu saya menunjukkan Bella semasa saya melahirkannya, tetapi pada waktu itu saya terlalu sakit untuk menyedarinya.
Sebagai seorang ibu, ia lebih ketara kerana saya sering bersamanya. Semakin lama ianya semakin lebih menonjol setelah Bella sudah membesar,” jelas Jenny.
Pada musim panas, bahagian rambut berwarna lebih gelap akan menjadi lebih cerah. Rambut perang itu seakan diluntur tetapi dengan corak yang luar biasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Secara literal, warisan negara dapat ditakrifkan sebagai khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman daripada nenek moyang kita. Warisan negara bukan sahaja merangkumi bangunan bersejarah semata-mata, malah tarian tradisional juga turut tergolong sebagai aset negara yang harus dipupuk dan dikekalkan.
Dalam usaha meraikan tarian tradisional, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) di bawah kolaborasi Pengajian Konservatori Muzik, Pengajian Seni Persembahan dan Pengajian Seni Liberal baru-baru ini terpanggil untuk menganjurkan Konsert Leluri Gemalai 2023 “Bunga Tanjung”.
Program ini sekaligus dapat memperkasakan pelajar KPSK, UiTM dalam memperjuangkan kelestarian seni budaya tradisional tanah air.
Menurut Dr. Juriani Jamaludin, Ketua Pengajian Konservatori Muzik, konsert Leluri Gemalai 2023 Bunga Tanjung ini mampu memperkasa dan menyerlahkan bakat para pelajar KPSK kerana hasil dari gabungan ketiga-tiga pengajian ini dapat dijadikan platform awal dałam mempersiapkan pelajar menuju ke alam pekerjaan.
Hal ini sekaligus menyumbang kepada kerancakan dan kepelbagaian acara dalam memartabatkan seni budaya tempatan.
“Kemasyhuran sesebuah negara bergantung kepada manifestasi seni dan budayanya kerana ianya memainkan peranan penting dalam membangunkan sesebuah bangsa dan negara yang beridentiti,” komen Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv, Syamil Fahim yang turut merangkap rakan media rasmi konsert tersebut.
Jelaslah bahawa melibatkan Portal Majalah Remaja yang fokusnya kepada golongan remaja amatlah bersesuaian dalam usahasama memperjuangkan kelestarian seni budaya tradisional tanah air.
”Konsert Leluri Gemalai 2023 “Bunga Tanjung” akan berlangsung pada 14 dan 15 Julai bertempat di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Konsert bermula pada pukul 8:30 hingga 10:30 malam.
Leluri Gemalai 2023 “Bunga Tanjung” adalah satu persembahan pentas yang mengangkat budaya muzik dan tarian tradisional Melayu seperti Asli, Inang, Zapin, Joget, Caklempong, Gamelan dan Canggung.
Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan adalah Bunga Tanjung (Asli), Zapin Panglima (Zapin Dayung), Inang Paku Lanang (Inang), Umpan Jinak Di Air Tenang (Joget), Ala Canggung (Canggung), Merbau Caklempong, Perang (Gamelan), Rajuk Rindu (Kontemporari Zapin) dan Ghazal Seri Mersing.
Untuk rekod, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) akan terus berusaha dalam memastikan penghasilan graduan seimbang yang kompetitif di peringkat nasional dan global serta memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri, seterusnya dapat menyerlahkan potensi pelajar, tenaga kerja dan sekaligus membentuk modal insan yang mampu bersaing di masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan program Leluri Gemalai 2023 “Bunga Tanjung”, boleh hubungi Nazifa, di talian 011 – 61314830 atau rujuk laman media sosial rasmi Instagram @chronicleproduction23.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, akhirnya berakhir hujung minggu lalu dengan kadar peratusan keluar mengundi melebihi 60 peratus. Maka, tahniah diucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang keluar mengundi demi memperjuangkan masa depan negeri yang lebih baik.
Malangnya, ia datang dengan pengorbanan kecil iaitu dakwat kekal pada jari anda setelah mengundi. Namun, usah khawatir atau resah kerana Remaja ada menyenaraikan lima cara untuk hilangkan dakwat kekal tersebut dengan pantas dan berkesan!
Glo Active Foam Liquid Lime
Cecair pencuci pinggan mangkuk ini bukan sahaja berkesan dalam memastikan pinggan mangkuk kita bersih setelah selesai makan. Namun, ianya juga berkesan untuk memastikan dakwat kekal hilang dari jari anda!
Hanya perlu sapukan beberapa titis cecair pencuci ini pada jari anda, gosok dengan span, dan bilas dakwat dengan air suam. Mudah bukan?
Ubat Gigi Colgate Optic White Exfoliating Mineral
Selain memberus gigi dengan ubat gigi, anda juga boleh menggunakannya untuk menghilangkan dakwat kekal yang degil. Tambahan pula, ubat gigi ini terkenal dengan tahap keberkesanannya dalam mengurangkan kesan pewarnaan.
Anda hanya perlu membasahkan jari anda, perah ubat gigi dalam kuantiti yang mencukupi, gunakan kain untuk menggosoknya lalu biarkannya selama seminit sebelum di bilas dengan air.
VEET Hair Removal Cream
Anda fikir VEET hanya bagus untuk menghilangkan bulu di kaki anda? Haaa..jangan terkejut kerana produk ini juga mampu membuat dakwat kekal hilang dengan pantas!
Bukan itu sahaja, formula krim yang diperbuat untuk kulit sensitif dengan vitamin tambahan dan aloe vera turut akan memberikan penghidratan semula kepada jari jemari anda.
Anda hanya perlu menyalut jari dengan krim VEET dan kemudian tunggu selama 5 minit sebelum membilasnya dengan air. Mudah bukan?
Nano Magic Sponge Eraser
Sponge Eraser ini bukan sahaja bagus untuk menghilangkan kotoran yang sukar. Ia juga boleh mengeluarkan dakwat kekal di jari anda.
Untuk menghilangkan kotoran ink tersebut, anda perlu terlebih dahulu merendam span tersebut di dalam air dan kemudian menggunakannya untuk menggosok jari anda yang berdakwat secara perlahan.
Silkygirl Quikclean Nail Polish Remover
Aseton bukan sahaja digunakan untuk mengeluarkan cat kuku dan varnis kerana ia juga boleh membantu untuk melarutkan dakwat di jari anda!
Dalam kebanyakan senario, aseton berkesan dalam menghilangkan kesan dakwat, namun sekiranya digunakan secara berlebihan kulit anda mungkin akan merah-merah! Haiyooo Oleh itu, kami mencadangkan untuk menggunakan produk seperti penanggal pengilat kuku kerana formulanya telah dibuat untuk lebih lembut pada kulit!
Hanya perlu tuangkan sedikit cecair penanggal pengilat kuku tersebut ke atas kapas, sapu pada dakwat, bilas dan ulang sehingga dakwat hilang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Guardian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dulu di majlis kahwin dah jadi kebiasaan apabila para tetamu yang hadir diberikan bunga telur sebagai 'Goodies' atau cenderahati daripada pihak pengantin.ARTIKEL BERKAITAN ...