Fenomena Tiang-Tiang Cahaya, Percaya Atau Tidak Ia Petanda Tidak Baik!

Share

Tidak dinafikan kekuasaan Allah SWT dapat dilihat dengan jelas melalui alam semulajadi.

Terdapat terlalu banyak fenomena yang berlaku di sekeliling kita di seluruh pelosok Bumi, namun ada segelintir daripadanya yang begitu menakjubkan dan menarik minat manusia untuk membuat kajian dengan lebih mendalam.

Melalui perkongsian pembaca, Mohamad Helmee melalui page Facebook MatGeo satu fenomena alam yang ramai belum pernah saksikan termasuk admin sendiri, ingin dikupas.

Fenomena ini terjadi beberapa kali di Kepulauan Sulu, Filipina kebelakangan ini mempunyai mitos beralamat tidak baik. Ia dipanggil lansuk-lansuk atau lilin sebenarnya adalah fenomena pillar of lights (tiang-tiang cahaya). Lihat imej 1, 2 dan 3.

Tiang-tiang ini adalah salah satu fenomena terhasil dari penglihatan yang menembus atmosfera di mana cahaya menegak dilihat muncul sama ada di atas atau di bawah sumber pancaran cahaya . Kesan tercipta dari pantulan cahaya pada kristal ais halus di dalam udara atau yang membentuk awanan beraltitud tinggi seperti yang terjadi di Jolo dan disebut ‘sun pillar’ kerana ia bersumberkan cahaya matahari yang telah terbenam.

Berada dalam keluarga halo, fenomema ini juga boleh terjadi disebabkan cahaya bulan atau lampu-lampu jalan.

Formasinya secara teori adalah disebabkan kristal leper bersegi enam yang secara fiziknya berkedudukan pipih melintang yang menyebabkan cahaya matahari yang telah terbenam di dan menyuluhnya dari bawah dipantul mengunjur melurusi pemandangan pemerhati dan formasi menegak terjadi.

Lihat imej dibawah.

Di negara bercuaca dingin dan bersuhu beku, tiang-tiang ini boleh terbentuk sedari beberapa meter dari permukaan tanah bergantung kedudukan sumber cahayanya.

Untuk info, ‘Light Pillar‘  adalah fenomena visual alam berupa cahaya, berbentuk seperti struktur tiang yang bersinar mengarah keatas. Light Pillar merupakan fenomena alam yang diciptakan oleh pantulan cahaya dari kristal ais di dekat permukaan yang selari dari sebuah bidang yang mendatar. Cahaya yang dihasilkan dari matahari, biasanya terjadi saat matahari terbenam sehingga fenomena ini juga sering disebut sebagai tiang matahari. Fenomena ini juga boleh disebabkan oleh bulan atau dari sumber cahaya di bumi (terrestrial) seperti misalnya lampu jalan.

Fenomena Light Pillar biasanya muncul di kawasan sejuk di mana suhu di daerah tersebut mencapai dibawah 10 ° C, malangnya daerah yang berada digaris Khatulistiwa seperti Malaysia tidak akan muncul fenomena ini. Light Pillar sering muncul di musim sejuk ketika salji atau ais kristal memantulkan cahaya dari sumber yang kuat seperti matahari atau bulan. Dibantu oleh suhu sejuk, tiang cahaya akan muncul ketika cahaya melantun dari permukaan rata kristal ais yang terapung dan relatif dekat dengan tanah.

Mengenai mitos ia petanda tidak baik itu kita pun tak tahu ia benar atau tidak. Jadi kita doa yang baik-baik jela agar tidak ada bencana yang tidak baik berlaku.

Sumber : MatGeo

Published by
Nana