Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff KL memaklumkan hal berkenaan kira-kira jam 9.30 malam tadi selepas ia mempertimbangkan pelbagai cabaran yang dihadapi untuk melaksanakan acara berkenaan.
Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada pembatalan tersebut adalah kekurangan dana untuk menampung kos penganjuran. Menganjur juga berkata pembatalan ini tidak disebabkan oleh mana-mana rakan strategik, penaja atau vendor yang terlibat.
Feby PutriInsomniacksNadin Amizah
“Tuff KL mengambil tanggungjawab penuh atas keputusan ini dan komited untuk menyelesaikan semua perkara berkaitan.
Ads
“Kami memahami kekecewaan peminat yang menantikan festival ini dan ingin memohon maaf atas kesulitan yang timbul.”
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong One Love Music Festival termasuk penonton, artis, penaja, rakan strategik dan vendor.
“Sokongan anda amat kami hargai dan kami berharap dapat bangkit semula dengan acara yang lebih baik pada masa hadapan,” ujar Tuff KL.
Ads
Dalam pada itu, pengunjung yang telah membeli tiket masuk boleh menghubungi penganjur untuk proses pemulangan dana. Maklumat lanjut akan diumumkan melalui saluran rasminya di akaun Instagram @olmfest_ dalam masa terdekat.
Ads
One Love Music Festival sebelum ini menyenaraikan barisan artis dari Malaysia dan Indonesia bagi menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut. Antaranya terdiri daripada Nadin Amizah, Salma Salsabil, Insomniacks, Bunkface, Kugiran Masdo, Hujan Band, Drama Band, Feby Putri, 53 Universe dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bahagian rambut sememangnya menjadi aset seseorang lelaki.
Orang kata, kalau nak lihat seseorang itu ada stail atau tidak, tengoklah pada rambutnya. Dari situ saja, korang sudah dapat mengagak bagaimana personaliti si dia.
Dua hari lalu, penyanyi Sufian Suhaimi telahpun memuat naik foto baru menerusi akaun Instagram-nya yang memaparkan Sufian dengan potongan rambut pendek ala buzz cut.
Sebelum ini, ramai mengenali penyanyi yang popular dengan gelaran Baby Pian itu menerusi gaya rambut kemas, belah tepi. Gaya terbarunya ini nyata membuatkan imejnya berbeza daripada dahulu dan jujurnya, kind of sexy!
Tak percaya korang akan nampak lebih onz dengan potongan rambut sependek Sufian Suhaimi? Jom lihat 9 lagi selebriti lain yang pernah atau sedang menggayakan potongan rambut seperti ini..
Ben Ali
Naim Daniel
Tomok
Sharnaaz Ahmad
SonaOne
Fahad Iman
Kaer Azami
Harris Annuar
Alicia Amin
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah jadi macam satu masalah besar bagi rakyat Malaysia bila bercakap tentang isi petrol kenderaan. Kalau sebelum ni ramai mengeluh dengan situasi harga turun naik minyak, apa kata korang try untuk ikut beberapa tip yang mungkin boleh membantu jimatkan penggunaan minyak kereta.
Selalu kita dengar tentang petua isi minyak waktu malam sebab cuaca sejuk sikit, minyak jadi tumpat dan tak la rugi nanti. Persoalannya adakah statement ini benar atau hanya mitos semata-mata?
Jom kita baca thread yang telah dibuat oleh Danial di laman twitternya tentang mitos-mitos ini dan tip bagaimana untuk menjimatkan penggunaan minyak kereta.
Mitos-mitos tentang isi minyak
Kena ingat, minyak disimpan di bawah tanah yang suhunya lebih malar (constant). So, jangan risau kalau korang nak isi minyak bila-bila masa saja. Tak ada banyak beza pun.
Mazda SkyActiv ni, enjinnya mempunyai high compression ratio. Kebarangkalian untuk knocking tu tinggi, especially bila jalan jauh. Nak sayang Mazda korang, gunalah RON97. Selain daripada Mazda, tak kira la Nissan R35 ke, Lotus Evora ke, Lamborghini Gallardo ke, guna je RON95.
Tip jimat minyak
Selalu tukar minyak hitam
Aircond
Try kurangkan RPM
Oh sebenarnya yang orang selalu cakap jangan isi minyak waktu panas terik tu tak betul la eh?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bercakap mengenai Jennifer Lopez, bukan sahaja kerjayanya yang cemerlang dalam industri muzik antarabangsa. Tetapi wajahnya yang cantik sering menjadi perhatian.
Sumber Gambar : Page Six
Kerana penyanyi berusia 51 tahun itu masih kelihatan cantik dan awet muda setanding korang yang berusia 20-an itu. J. Lo selalu tampil menawan dengan pelbagai solekan di wajahnya dan juga badannya yang seksi.
Minyak Zaitun Kuncinya
Dalam video yang dikongsi oleh Jennifer di akaun Instagramnya, Jennifer menyatakan bahawa penggunaan minyak zaitun adalah kunci rahsia kejelitaannya.
Petua ini diberikan oleh ibu Jennifer sendiri di mana minyak zaitun banyak kegunaannya seperti untuk penjagaan rambut, kulit, kuku dan dalaman wanita.
Kini Jennifer Lopez dapat berkongsikan rahsia kecantikannya itu menerusi produk penjagaan wajah yang dihasilkannya, iaitu JLO Beauty yang bakal mengambil tempat di pasaran dunia pada 1 Januari 2021 nanti.
Sumber Gambar : Instagram JLO Beauty
Menurut Jennifer Lopez, produk JLO Beauty yang dihasilkannya mengandungi minyak zaitun semulajadi dan sumber bahan yang dapat memberi kulit bukan saja sihat tetapi juga bersinar dari dalam.
Sumber Gambar : Pixabay from Pexels
Okay, penulis nak pergi cari minyak zaitun ni sat, mana tahu nanti boleh dapat kulit macam Jlo ni…
Sumber : Instagram Jlo
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang masih ingat lagi kisah tular seorang nenek membaca surah Yasin dan berzikir sambil menunggu cucunya yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...