
Jangan pelik kalau lihat fesyen hari ini macam-macam rupa ada. Kadang ada yang sampai tak masuk dek akal.
Tapi segelintir fashionista memang suka kepada fesyen-fesyen yang rare ni sebab mereka akan nampak lebih unik.
Nak tahu unik ke tidak, meh sini kami nak tunjukkan fesyen seluar yang menyerupai peha ayam goreng.
Pelik kan?
Hm, cuma kalau dah beberapa kali tengok nampak comel dan berselera pulak.
Ada yang berani nak cuba ke?
Sumber: 9gag.com
Kronologi Tragedi Yang Meragut Nyawa 6 Anggota Bomba Wira Negara

Isi Kandungan
ToggleSeluruh negara hari ini bersedih dengan tragedi yang dianggap cukup mengejutkan semua pihak. Sejak tengah malam semalam, netizen tidak putus-putus menghulurkan kata-kata takziah dan simpati kepada keenam-enam keluarga mangsa perwira negara yang telah terkorban semasa bertugas.
Enam anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBDPM) yang terkorban ialah Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33; Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25; dan Mohd Fatah Hashim, 34 yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Shah Alam.
BACA: ‘Lemas Itu Mati Syahid, Mulianya Kematian 6 Anggota Bomba’ – Mufti Wilayah
Tragedi ini turut mendapat perhatian daripada pelbagai peringkat rakyat Malaysia termasuklah pemimpin tetinggi negara. Perdana Menteri, Tun Mahathir menyifatkan kejadian ini sebagai satu treagedi yang amat menyedihkan.

Semetara itu Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keenam-enam wira negara ini mati syahid. Jelasnya, mereka bukan sahaja mati lemas tetapi terkorban kerana dalam misi membantu dan menolong mangsa sehingga meragut nyawa sendiri.
REMAJA yang turut turun ke Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pagi tadi turut merasa hiba dan sesungguhnya negara telah kehilangan anggota yang cukup berdedikasi dengan tanggungjawab dan tugasannya.
Inilah kronologi tragedi malang yang telah meragut nyawa 6 ahli bomba.
TERIMA PANGGILAN (6.30 PETANG)
Kira-kira jam 6.30 petang semalam, Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya telah menerima panggilan kecemasan dan dikejarkan ke Lombong Taman Putra Perdana kerana terdapat kes seorang remaja terjatuh dan lemas.
KETIBAAN ANGGOTA PPDA (8.55 MALAM)
Seramai enam orang ahli Bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan empat orang dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua orang dari Balai Bomba Shah Alam tiba di lokasi untuk misi mencari dan menyelamat.
TURUN KE LOMBONG (9.15 MALAM)
Selepas melakukan persiapan, ahli pasukan PPDA mula turun ke lombong untuk memulakan misi mencari mangsa. Keenam-enam anggota mengikat tali panjang antara satu sama lain dan dari tebing tali secara perlahan-lahan dihulurkan bagi merapatkan diri ke kawasan yang dipercayai tempat mangsa jatuh. Namun secara tiba-tiba arus deras yang mengalir mula menarik seorang demi seorang anggota PPDA ke dalam arus pusaran.
USAHA MENYELAMAT (9.45 MALAM)
Anggota penyelamat yang berada di bahagian tebing berusaha lebih 30 minit untuk menarik mereka seorang demi seorang dan memberikan bantuan pernafasan (CPR).
PENGESAHAN KEMATIAN (9.50 MALAM)
Selepas melakukan CPR, pasukan perubatan dari Putrajaya yang turut berada di lokasi kejadian mengesahkan enam anggota bomba terbabit meninggal dunia akibat lemas.
Salam takziah buat keluarga 6 pegawai bomba yang terkorban dalam operasi menyelamat.
Ya Allah ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, ampunilah kesalahan mereka, muliakanlah kematian mereka, lapangkanlah kubur mereka. pic.twitter.com/MVndH0ymfO
— BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (@bombaJBPM) October 3, 2018
Kami di team REMAJA mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang gugur ketika bertugas dan juga kepada keselurahan keluarga besar JBDPM.
Al-fatihah…
London Bridge Is Down, Pewaris Ratu Elizabeth II Gegas Ke Scotland Selepas Baginda Mangkat

Berita kemangkatan ratu England, Ratu Elizabeth pada hari ini telah menjadi topik perbualan ulung seluruh dunia terutamanya di negara-negara Komanwel.
Menurut sumber, baginda mangkat pada usia 96 tahun di atas katilnya di Balmoral, Scotland pada tengah hari waktu tempatan pada Khamis.
Susulan kemangkatannya, anak sulung Ratu Elizabeth II yang juga bakal ditabalksan sebagai Raja England baharu, Putera Charles mengeluarkan kenyataan bahawa kemangkatan bondanya itu merupakan detik kesedihan paling besar buat dirinya dan semua ahli kerabat diraja England.

Putera Charles dilaporkan bersama adik perempuannya, Puteri Anne sempat berada di sisi baginda di Balmoral sebelum baginda mangkat.
Mereka berdua sudah berada di Scotland ketika tahap kesihatan bertambah lebih teruk dan dapat menemuinya tepat pada masanya sebelum kemangkatannya, kata sumber tersebut.
Dua lagi anakanda Ratu Elizabeth II, Putera Andrew dan Putera Edward, isterinya Sophie dan anak bakal Raja England kini, Putera William telahpun bergegas terbang ke Balmoral dari Berkshire melalui jet peribadi ke Aberdeen untuk melihatnya.
Mereka bagaimanapun khabarnya tidak sampai tepat pada masanya.

Sementara itu, adinda putera William, Putera Harry juga cuba sampai ke Balmoral tepat pada masa tetapi beliau hanya tiba pada pukul 8 malam waktu tempatan.
*
Ketika hayat baginda menjadi ratu, Putera Charles yang bergelar Putera Wales ialah pewaris pertama takhta diraja England.
Kini, Putera Charles kini menjadi Raja England secara automatik akan ditabalkan sebagai Raja England dengan gelaran Raja Charles III ekoran kemangkatan bondanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Ratu Elizabeth II Beri Restu Camilla Parker-Bowles Sebagai Bakal Permaisuri – REMAJA
BACA LAGI : Ratu Elizabeth II ‘Sedih’ Perlu Lucutkan Gelaran Putera Andrew Akibat Kontroversi – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Elak Mandi Air Banjir, Doktor Ini Dedah Bahaya & Kesannya Kepada Kesihatan Manusia

Situasi banjir yang melanda negara merisaukan banyak pihak, terutamanya pakar kesihatan kerana bimbang jika penduduk disekitar bermain air banjir. Ramai kanak-kanak mahu pun orang dewasa mengambil kesempatan untuk bermain air ketika musim monsun dan perkara ini sebenarnya adalah amat bahaya sekali.
Menurut seorang doktor yang dikenali sebagai Khairul Hafidz, beliau telah membuat ciapan di laman Twitter berharap agar tiada sesiapa yang mandi air banjir kerana ia boleh membahayakan kesihatan manusia.

Doktor ini turut menjelaskan tentang apa yang boleh ada di dalam air banjir, dikhuatiri membawa mudarat kepada masyarakat.
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Tiang dan wayar elektrik yang tumbang
2. Najis manusia dan binatang
3. Bahan buangan daripada perumahan, industri dan bahan berbahaya lain (biological, kimia, radiologi)
4. Objek fizikal seperti kayu, kenderaan, serpihan berbahaya
5. Binatang liar atau binatang yang lain seperti ular dan tikus
6. Apa-apa bahan pencemaranlain yang boleh menyebabkan penyakit
Jelas beliau lagi, pendedahan terhadap air banjir yang tercemar boleh menyebabkan:
• Jangkitan pada luka
• Ruam kulit
• Jangkitan pada usus
• Tetanus
• Penyakit kencing tikus


Individu yang sudah terdedah dengan air banjir perlu mandi semula dengan air bersih dan menggunakan sabun. Jika terdapat luka-luka, ia perlu dibersihkan dengan segera dan pastikan tiada jangkitan. Basuh pakaian yang terdedah dengan air banjir dengan sabun pencuci sebelum digunakan semula.
Paling baik, kalau korang nak masuk ke dalam air banjir tu, gunakan boot getah, sarung tangan getah dan goggles. Hal ini adalah untuk mengelakkan diri daripada terluka, cirit-birit, gigitan haiwan, bahan-bahan kimia dan bahaya genjatan elektrik.
Kesimpulannya, tidak perlulah mandi air banjir kerana ia berbahaya dan boleh mengundang penyakit. Lagi pun, air banjir tu bukanlah jernih dan bersih.
Take care everyone!
Sumber: Dr. Khairul Hafidz