[Fesyen] Shah Rukh Khan, Katrina & Pelakon Bollywood Raikan Aidilfitri Ringkas Tapi Bermakna

Share

 

Saban tahun, bukan saja selebriti di Malaysia menjadi tumpuan peminat setiap kali tiba musim perayaan. Selebriti di Bollywood juga tak kurangnya, sampaikan peminat sanggup berkumpul di hadapan rumah mereka!

 

Nama-nama besar Bollywood seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Katrina Kaif serta pelakon baru seperti Kitri Sonan dan Sara Ali Khan (anak Saif Ali Khan) meraikan Aidilfitri penuh ringkas tetapi meriah pada tahun ini.

 

Shah Rukh Khan

Sambil menyatakan terima kasih kepada peminatnya yang sekali lagi menjadikan kediamannya sebagai lokasi pertama untuk menyambut Aidilfitri pada tahun ini, Shah Rukh Khan ditemani oleh anak lelakinya, AbRam Khan dan hos televisyen, David Letterman.

Setiap tahun, Shah Rukh akan menemui para peminat di luar kediaman Bandra-nya (seperti Salman Khan) dalam pakaian kurta putih.

 

Salman Khan

Salman Khan tidak pernah terlepas daripada menyambut Aidilfitri bersama para peminat yang akan setia menanti di luar kediamannya di Bandra untuk melihat kelibat pelakon kegemaran mereka itu.

Aidilfitri tahun ini lebih istimewa kerana filem lakonan Salman iaitu Bharat menemui penonton pada hari Raya pertama. Salman yang berdiri di balkoni rumah menyambut kehadiran peminat yang menyalakan cahaya flashlight daripada telefon pintar mereka.

 

Katrina Kaif

Katrina Kaif cantik mengenakan kurta Coral sambil memberikan ucapan Aidilfitri di Instagram miliknya.

 

Sonam Kapoor

Sonam Kapoor Ahuja menyambut Aidilfitri dengan rekaan baju anarkali oleh Gaurang Shah yang dihadiahkan oleh ibu mertuanya, Priya Ahuja.

 

Sara Ali Khan

Model & anak dara kepada pelakon Saif Ali Khan ini juga tak ketinggalan untuk menyambut Aidilfitri bersama ibunya, Amrita.

 

Kriti Sanon

Pelakon cantik yang popular dengan filem Luka Chuppi (2019) dan Dilwale (2015) ini meraikan Aidilfitri bersama rakan jurusolekan & penata gayanya, Aasif Ahmed dan Adrian Jacobs.

 

Published by
FZ