Zaihani M Zain bukanlah nama asing dan baru dalam industri fesyen negara.
Namun, insiden status berbunyi,
yang dimuat naik oleh pengulas fesyen tersebut pada hari ini dilihat sebagai kecaman dan ancaman kepada dunia fesyen negara.
Mengapa kecaman dan ancaman?
Kecaman kerana kini, ramai fesyenista negara telah bersuara di media sosial masing-masing dan rata-rata tidak bersetuju dengan status yang dimuat naik oleh Zaihani M Zain yang lebih dikenali sebagai Kak Zai.
Ancaman pula kerana, hanya disebabkan satu status berbaur body shaming yang dimuat naik oleh seorang individu yang cukup disegani dalam industri fesyen negara masa ini, ia menggambarkan betapa kritikalnya situasi dunia fesyen di Malaysia.
Tidak cukupkah kepayahan yang dihadapi golongan “berbadan lebih 60kg” untuk mendapatkan pakaian impian mereka dalam saiz yang bersesuaian di Malaysia? Mengapa mereka perlu berdepan pula dengan kritikan terang-terangan yang bagi kami, cukup tidak masuk akal.
We are not feeling this sentiment alone.
Seperti yang diberitahu tadi, golongan fesyenista negara turut meluahkan rasa kecewa mereka terhadap kritikan tersebut.
Awal hari ini, pereka fesyen Calvin Thoo memberi respon di Facebook berkata, Kak Zai tidak mempunyai hak untuk menghalang mereka yang berbadan besar daripada menghadiri acara pertunjukan fesyen.
Pereka fesyen dari Sarawak, Datuk Tom Abang Saufi kemudian turut memuat naik 2 posting di Instagram.
Dalam posting pertama, ia merupakan foto penggiat fesyen terdahulu yang mempunyai pelbagai saiz badan seperti Andre Leon Talley
(bekas ketua editor majalah Vogue), Suzy Menkes (pengkritik fesyen Britain) dan Anna Wintour (editor majalah Vogue).Tulis beliau di dalam ruangan caption, “Front row HEAVY WEIGHTS…fashion royalty…sizes and weight…NO ISSUE…”
Sementara itu dalam posting kedua beliau pula, foto tersebu memaparkan pengalaman beliau menghadiri banyak pertunjukan fesyen di Paris dan berat badan beliau yang telah berubah langsung tidak memberi kesan kepada cinta beliau terhadap fesyen.
Pereka fesyen batik dan songket, Adila Long juga tidak teragak-agak untuk memuat naik foto di atas berserta caption, “I don’t understand why people still kiss ur @ss and think you are a guru.”
Ouch.
Model, Alicia Amin juga mempertahankan diversiti dalam industri fesyen dengan berkata sudah tiba masanya isu body shaming dalam industri kita yang kecil ini dihentikan.
Alicia juga mengharapkan agar personaliti fesyen tanah air baru yang lebih “bertimbang rasa” dicungkil ke hadapan.
* * * * *
Artikel Berkaitan: Kamu Mangsa Body Shaming? Hafal 7 Respon Paling Win Ini
Kami bukannya ingin mengecam semborono terhadap seorang individu saja apabila timbul isu sedemikian.
Namun kami ingin mengajak agar kita tidak sewenang-wenangnya memperkecilkan kredibitili, personaliti dan bakat yang ada pada mana-mana individu hanya disebabkan saiz badan dan rupa fizikal.
Come on, we are better than that.
Kami berharap agar Kak Zai memperbetulkan kenyataan beliau itu. Semua orang melakukan kesalahan guys. Namun cara memperbaiki kesalahan tersebut adalah lebih penting dan signifikan.
Terutamanya daripada seorang yang digelar ‘pengkritik fesyen’ yang tampil di dalam program realiti Gen F bersama generasi muda yang ingin menjadi pereka fesyen.
Takkanlah itu yang ingin disampaikan kepada mereka?