Selain daripada kualiti suara, susunan muzik dan corak persembahan, satu lagi aspek yang menjadi tumpuan setiap kali acara Anugerah Juara Lagu ke-35 adalah bahagian fesyen serta solekan yang dikenakan oleh para penyanyi.
Kali ini, REMAJA ingin memberi fokus kepada gaya solekan serba fierce & bold oleh tujuh orang jelitawan yang beraksi di hadapan kamera semalam. Persoalannya, adakah korang berani untuk ‘meniru’ solekan mereka pada wajah sendiri.
Tidak keterlaluan sekiranya penulis merasakan Loca B bakal menjadi salah seorang ‘favourite’ terbaru di kalangan jurusolek tempatan.
Syahirah Awang telah membuktikan bahawa wajah Loca sesuai dengan solekan yang agak strong
dengan calihat hijau chatreuse pada bahagian bawah mata. Sapuan gincu gelap dan stail tocang asemitrikal oleh Cody Chua melengkapkan gaya rapper Gila ini.
Sedari pose pertama yang diberikan Shiha di permulaan persembahan 7 Nasihat semalam, ramai yang sudah tertarik dengan garisan mata berwarna biru terang untuk dipadankan dengan warna biru baju rekaan Sabella.
Demi memberikan kesan dramatik pada wajah Shiha yang polos berbibir nude, jurusolek Fatin Ahfu memilih bulu mata palsu tebal dan panjang. Barulah ‘kena’ dengan aksesori ear piece yang digayakan Shiha.
Pelantun lagu Gundah ini menunjukkan bagaimana korang boleh bereksperimen dengan efek bulu mata jarang dan lebat.
Sekali lagi, gandingan Ernie dan jurusolek, Sahir Sabri mencipta magis apabila emosi yang dirasakan oleh Ernie semasa melakukan persembahan terserlah pada solekan dengan efek kilau pada bahagian mata dan bibirnya.
Tidak semua orang boleh ‘pull off’ dandanan rambut kembang seperti ini, namun bukan semua insan bernama Sherry kan?
Hos Anugerah Juara Lagu ini dirias dengan palet warna tanah gelap pada bahagian bibir dan mata oleh jurusolek Syed Faizal Syed Noh. Sherry juga mengenakan efek bronzer yang lebih menyerlah bagi menyuntik seri ala wanita Latina.
Amboii, banyak betul memes yang mengaitkan gaya penyanyi diva ini dengan pakaian seragam pramugari Qatar Airways.
Apapun, kak Ziana tetap tidak kalah dalam bab riasan wajahnya apabila jurusolek, Bobo Cinta memilih konsep pembayang mata glossy dan warna bibir matte gelap agar penyanyi ini menonjol dalam segmen interlude semalam.
Selayaknya, seorang juara diberikan solekan dan hiasan kepala yang bakal diingati untuk bertahun lamanya selepas ini.
Memilih jurusolek Ady Razak, Kaka ditampilkan dengan penegasan emas metalik pada bahagian matanya. Lebih menarik apabila rambut Kaka disatukan dengan aksesori Bremen Wong, lalu melengkapkan stail fesyen serba hitamnya.
Tampak minimalis, namun tiada apa yang minimal mengenai riasan jurusolek Ahmad Dani ini.
Sentuhan solekan polos dengan calitan bibir merah jambu dilihat merupakan satu juxtaposition atau jajaran berbeza dengan stail busana avant garde yang disarung oleh Aina. Barulah tercetus keseimbangan pada look keseluruhan, gitu.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘Topi Kanak-Kanak & Kesan Luka Merah’, Mendalamnya Makna Gaun AJL Aina Abdul – REMAJA
*
Mana satu solekan yang paling korang sukakan?