FIFA Iktiraf Mokhtar Dahari Tempat Ke-3 Dalam Senarai ‘Gol Skor’ Terbanyak Sepanjang Zaman

Share

Bagi peminat sukan bola sepak, pasti ramai yang mengenali allahyarham Datuk Mohammad Mokhtar Dahari yang pernah mencipta nama suatu ketika dahulu di permainan bola sepak terutama sekali untuk F.A Selangor.

Pada 29 Jun yang lalu, menerusi sebuah ciapan di Twitter FIFA (Fédération Internationale de Football Association), mereka telah menyenaraikan jaringan gol terbanyak yang pernah diskorkan oleh semua pemain bola sepak dari seluruh negara.

Foto: FIFA Twitter

Terdapat seramai 12 orang pemain bola sepak yang tersenarai dan diiktiraf sebagai pemain yang paling banyak menjaringkan gol. Kesemua pemain yang tersenarai ini datang daripada pelbagai negara.

Seperti yang kita dapat lihat, Ali Daei mengungguli tempat pertama dengan jaringan gol sebanyak 109, dan begitu juga Cristiano, dan di tempat ketiga, sudah semestinya diungguli oleh pemain legendary negara Malaysia, iaitu Mokhtar Dahari!

Foto: Astro Awani

Datuk Mokhtar Dahari pernah digelar sebagai ‘Supermokh’ suatu ketika dahulu, dan ketika zaman kegemilangannya, beliau merupakan pemain buat kelab Selangor dari tahun 1972 hingga 1987. Beliau juga pernah mewakili negara dari 1972 hingga 1985.

Mokhtar juga pernah menyertai 142 pertandingan antarabangsa dan membuat jaringan sebanyak 89 gol. Hasil daripada pencapaiannya ini, Malaysia berada di kedudukan yang ke-61 di dunia pada ketika itu.

Foto: Axcello.Net

Walaubagaimanapun, Datuk Mokhtar Dahari telah disahkan meninggal dunia pada Julai 1991, namun begitu, setelah 19 tahun pemergiannya, punca kematiannya tidak pernah diberitahu sehinggalah rancangan National Geographic

menyiarkan dokumentari tentangnya dan menceritakan yang punca kematiannya adalah disebabkan MND (motor neurone disease)

MND merupakan sejenis penyakit yang merosakkan saraf dan otak manusia dan membuatkan seseorang itu lemah pada jangka masa yang panjang.

Published by
Sherfiqa Ermelia Marlyn