Baru-baru ini, pelakon Fify Azmi menjelaskan hubungannya dengan aktor Syazwan Zulkifly yang pernah dikatakan sedang berkawan rapat itu tidak lebih dari sekadar rakan biasa.
Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi (34) berkata, dia juga memilih untuk tidak lagi saling mengikuti Syazwan di media sosial selepas mengetahui status aktor berkenaan.
“Kami pernah rapat tapi ia tidak lebih daripada itu. Kami juga tak bergaduh cuma saya tak boleh dengan orang yang sudah berpunya tapi kami masih berkawan dan lepak bersama”
Menurutnya, tindakan tersebut diambil selepas rasa terganggu dengan aktor berkenaan yang sentiasa mahu mendekatinya. Fify turut menjelaskan lagi bahawa dia lebih selesa berkawan dengan seseorang yang berterus terang mengenai status dirinya.
“Saya akan unfollow kalau dia masih nak cuba saya. Saya suka orang yang berterus terang yang dia sudah berpunya tapi saya dengan dia okay saja tidak ada masalah”
Dalam pada itu, Fify berkata dia akan lebih berhati-hati dalam mencari pasangan hidup malah akan memeriksa latar belakang mereka terlebih dahulu.
Jelasnya, ini merupakan pengalaman baharu buat dirinya memandangkan bekas kekasihnya tidak pernah berkelakuan seperti ini.
“Lepas ini saya akan periksa latar belakang lelaki itu, sebelum ini saya bukan yang macam itu sebab bekas kekasih saya semua orang baik. Bila datang kepada benda yang tak pernah saya alami saya akan periksa”
Ujarnya lagi, dia tidak pernah serik untuk memulakan suatu hubungan baharu namun ketika ini Fify masih sibuk dengan kerjaya sebagai seorang pelakon.
“Saya tak pernah tutup pintu hati cuma buat masa sekarang tiada masa dan tidak fikir fasal bercinta. Kalau ada jodoh adalah, saya tak ada masa dan tak fikir mengenainya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fify muncul dengan sebuah naskah baharu berjudul Padu The Movie sebuah filem yang bakal ditayangkan 6 Jun ini. Kisah ini diangkat daripada peristiwa benar pengalaman empat wira utama pasukan Bola Keranjang Negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.