“Fikir 10 Kali Nak Cuti Singapura..” Paras Ringgit Paling Rendah Berbanding Dolar Dalam Sejarah

Share

Menghampiri penghujung tahun 2022, pastinya ramai yang sedang berkira-kira untuk menghabiskan baki cuti yang masih ada. Bagi yang menantikan cuti semester to finally kick in, korang tentu sudah mempunyai perancangan destinasi yang ingin dituju bersama rakan-rakan mahupun keluarga.

Salah satu destinasi pilihan ramai tidak lain tidak bukan ialah negara jiran, Singapura. Majoriti tempoh dua tahun lalu yang diluangkan dalam keadaan pandemik memaksa sempadan Malaysia-Singapura ditutup. Kini tiba sudah masa sempurna untuk kita mengubat rindu terhadap pelbagai jenis tarikan yang ada di Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN : Lelaki Ini Kongsi Itinerari Short Trip Ke Singapura Naik Bas, Kos Sekitar RM200 – REMAJA

Cuma satu je guys..

Nilai Ringgit kini dilaporkan berada pada paras terendahnya berbanding Dolar Singapura dalam sejarah iaitu sekitar RM3.32 hingga RM3.35 bagi setiap satu Dolar. Ia jauh lebih rendah berbanding ketika krisis kewangan Asia pada tahun 1997 di mana nilai terendah Ringgit dicatatkan sekitar RM2.737 bagi setiap satu Dolar.

Aduh, mahu kena fikir sepuluh kali sebelum hendak merancang percutian di Singapura.

Foto Hiasan : PEXELS (Ingo Joseph)

Jelas Dr Yeah Kim Leng yang merupakan seorang Profesor Ekonomi di Universiti Sunway, sebahagian besar faktor kelemahan Ringgit kini adalah disebabkan oleh Dolar Amerika Syarikat (AS) yang bertambah kukuh setelah Rizab Persekutuan negara itu (FED) menaikkan kadar faedah untuk menangani inflasi yang memuncak sehingga menjejaskan ekonomi di AS.

Seperti yang dilaporkan BHarian, yang berhubung dengan Profesor Ekonomi itu, pergerakan Dolar Singapura pula akan sejajar dengan Dolar AS memandangkan AS adalah rakan dagang terbesar Singapura. Jika Dolar AS kukuh, maka begitu jugalah kedudukan Dolar Singapura. Dan dengan kenaikan nilai secara agresif kini, Dolar AS kemungkinan besar akan berada pada kedudukan paling stabil sejak awal 2000-an berbanding beberapa nilai mata wang utama lain.

Nilai Ringgit dijangka akan bertambah lemah berbanding Dolar Singapura berdasarkan situasi ekonomi sekarang. Ada juga yang meramalkan Ringgit boleh menjunam sehingga RM4.90 bagi setiap satu Dolar AS pada akhir 2022 dan RM5.00 bagi satu Dolar AS pada suku pertama 2023.

Ini secara tidak langsung membuatkan nilai Dolar Singapura akan terus menjadi faktor utama pelancong Malaysia akan berfikir banyak kali sebelum ke sana.

Mungkin sekali sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk korang melancong ke luar negara. Apa kata nikmati sahaja keindahan yang kita ada di dalam negara pada akhir tahun ini. #SapotLokal

ARTIKEL BERKAITAN : Percutian Dalam Negara Ala Maldives, Ini 11 Resort Terapung Paling ‘Wow’ Di Malaysia! – REMAJA

BACA LAGI : Lelaki Ini Kongsi Spot Percutian Tersembunyi Di Sabah, Belum Diketahui Pelancong – REMAJA

SUMBER : (1) (2)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ