Apa akan terjadi jika Superman menjadi jahat?
Sebelum Iron Man dan Captain America menakluk dunia, ramai antara kita dibesarkan dengan superhero seperti Batman dan Superman kan? Siri komik DC itu sangat memberi impak dalam kehidupan kita terutamanya cape merah dan cawat di bahagian luar. Terdapat banyak versi Superman yang menjadi ikutan, antaranya siri Smallville yang ditayangkan di kaca televisyen. Malah filem yang dibuat semula hampir beberapa kali dengan jalan cerita yang hampir sama.
Namun, apa persamaan antara Superman dengan Brightburn?
Tidak jauh bezanya dengan jalan cerita asal Superman satu kapal angkasa jatuh ke bumi dan seorang bayi ditemui di ladang oleh pasangan suami isteri yang mahukan anak. Bayi yang dianggap sebagai kiriman tuhan itu dibesarkan oleh pasangan ini di sebuah pekan kecil di Amerika Syarikat. Filem ini twisted plot dari filem Superman, di mana Brandon Breyer adalah kanak-kanak yang dihantar dari angkasa lepas untuk menghapuskan dunia. Sifat kejam yang diperoleh itu hanya akan dapat dilihat apabila dia sudah menjangkau usia 12 tahun.
Filem yang bergenre seram ini, memang akan buatkan penonton tak duduk diam. Lihat saja trailer ini.
Tak dinafikan penulis filem ini Brain dan Mark Gunn berjaya mengadaptasikan komik Brightburn yang bercanggah watak dengan Superman ini. Namun, penceritaan ini membuatkan ramai berfikir, apa akan terjadi jika Superman menjadi jahat?
Pengarah David Yarovesky layak diberi pujian kerana sinematografi filem ini bertaraf A. Sebagai contoh salah satu babak di mana seorang lelaki mati dibunuh oleh Brandon, walapun dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, namun penonton boleh melihat mulut lelaki tersebut terkoyak sehingga ke telinga dengan darah memancut keluar. Penggunaan teknik computer-generated imagery. CGI mereka serta color grading sememanya on point dan selayaknya mendapat pujian.
Dari segi penceritaan, Elizabeth Banks yang memegang watak sebagai ibu kepada Brandon yang dipegang oleh Jackson A. Dunn, sangat meruntun jiwa. Sifat seorang ibu yang sentiasa melindungi anaknya walaupun anaknya menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan berjaya diolah oleh Elizabeth Banks. Tidak dinafikan Jackson A. Dunn berjaya membuatkan penonton di pawagam gerun dengan sikapnya.
Semestinya filem Brightburn ini tidaklah seteruk yang disangka. Mungkin untuk mereka yang gemarkan filem horror ataupun mereka yang tidak suka kehidupan Superman sebagai superhero kacak dengan teman wanita cantik serta disayangi oleh semua warga Metropolis menantikan filem ini.
Cuma REMAJA terfikir, jika Brandon berjaya takluk dunia, mampu tak superhero DC kalahkan dia? Sedangkan pasukan Justice League nak berhadapan dengan Superman yang hilang ingatan pun makan masa. Rasa-rasanya Wonder Woman, Batman, Flash, Cyborg dan Aqua Man boleh lawan tak?
7/10 bintang untuk filem ini.