Filem ‘Christopher Robin’ Diharamkan Di China Kerana Watak Pooh

Share

 

Siapa sangka, karakter seekor beruang yang comel dengan gaya percakapan penuh tertib dan halus telah menjadi subjek politik yang sensitif di negara China.

Sementara seluruh dunia menantikan kemunculan filem ‘Chrisopher Robin’ terbitan Disney ditayangkan, China mengambil keputusan mengharamkan filem ini kerana watak ‘Pooh the bear’ gara-gara perbandingan antara karakter ini dan Presiden China, Xi Jinping.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis Ini Tidur Selama Seminggu Disebabkan Masalah Neurologikal

Walaupun tiada sebarang sebab dikeluarkan secara rasmi namun ramai pemerhati mengatakan pengharaman ini adalah berikutan kemunculan perbangingan Pooh dengan Xi Jianping yang telah tular.

Pengharaman ini merupakan satu lagi langkah yang bermotifkan politik dan ingin melindungi imej pemimpin Parti Komunis. Watak comel Disney tersebut dikatakan telah menjadi simnol penentangan di dalam negara tersebut dan ia bermula pada tahun 2013 apanbila foto Xi Jianping berjalan bersama bekas Presiden AS, Barack Obama dimuat naik seiring dengan foto Pooh dan Tigger.

Dan sejak itu, foto tersebut semakin tular dan digunakan sebagai meme. Ia telah membanjiri laman media sosial terutamanya di China di mana ia digunakan sebaai simbol penentangan terhadap parti pemerintah.

Disebabkan inilah kerajaan China telah menghalang dan melakukan tapisan imej, GIF dan termasuklah ‘mention’ nama Pooh di semua laman media sosial.

Menurut laporan sebarang cubaan untuk memuat naik sebarang bahan di atas nama ‘Pooh’ di Weibo (laman media sosial popular China) akan menunjukkan mesej ‘kandungan ini dilarang’. Malah ada juga pengguna Weibo yang berdepan dengan masalah di-‘block’.

‘Christopher Robin’ merupakan filem terbaru daripada Disney yang menampilkan Ewan McGregor sebagai Christopher Robin. Menerusi filem ini Christopher disatukan semual dengan rakan-rakannya semasa kecil iaitu Pooh and the gang. Ia turut ditayangkan di negara kita bermula pada 16 Ogos ini.

Sumber: FT.com

Published by
Farizul Izwany Ibrahim