Filem Dari Warner Bros & Disney Tidak Akan Ditayangkan Di Rusia, Termasuklah The Batman

Share

Minggu lalu Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengerahkan tenteranya untuk menyerang Ukraine selepas usaha diplomasi selama beberapa minggu dan sekatan dikenakan oleh Barat gagal menghalang Putin.

Ekoran daripada situasi itu, filem The Batman diumumkan tidak akan ditayangkan di Rusia selepas serangan yang dilakukan mereka terhadap Ukraine. Satu kenyataan telah pun dibuat oleh jurucakap WarnerMedia, mereka akan menilai situasi krisis yang berlaku itu sebelum membuat keputusan baharu.

Foto: The Batman

“Berdasarkan krisis kemanusiaan yang berlaku di Ukraine, WarnerMedia akan menghentikan penayangan filem The Batman buat sementara waktu dan menilai semula situasi krisis yang berlaku.

“Kami berharap agar ada satu penyelesaian secara damai berhubung tragedi ini,”

Keputusan ini dibuat adalah sebagai reaksi daripada industri perfileman Hollywood yang tidak menyokong peperangan. Selain Warner Bros, Disney juga tidak akan menayangkan filem-filemnya di Rusia termasuklah filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness yang akan ditayangkan bermula 5 Mei dan Lightyear pada 16 Jun depan.

Foto: Digital Spy

Tidak hanya itu, platform penstriman digital Netflix juga turut menolak untuk menayangkan saluran-saluran televisyen dari Rusia di platform mereka.

Begitulah keputusan yang telah dibuat oleh kebanyakan negara, malah dalam arena sukan juga ada pasukan-pasukan negara lain yang tidak mahu berlawan dengan Rusia atas tindakan kejam yang dilakukan oleh mereka.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman