Adaptasi daripada siri televisyen kanak-kanak, Dora The Explorer kini telah pun berada di layer perak, hasil arahan dari pengarah James Bobin.
Jika sebelum ni kita sudah terbiasa dengan siri kartun Dora, mesti korang akan terfikir bagaimana agaknya penceritaan yang bakal disampaikan dalam filem.
Hm, apa yang boleh kami katakan, pembawaan karakter yang sedia ada di dalam siri kartun tersebut boleh dikatakan lebih kurang saja. Korang memang akan boleh relate
dengan watak Dora, Diego, Boots dan Swiper.Namun begitu, mungkin pengembaraan Dora kali ini dapat dilihat dalam dunia realiti manusia. Walaupun Dora sudah biasa meneroka hutan, tetapi kini dia perlu berhadapan dengan persekitaran baru iaitu bersekolah di bandar dan berjumpa dengan kawan-kawan yang lain.
Pengembaraan filem ini bermula apabila Dora dan rakan-rakannya terperangkap dalam saluran air purba yang dikenali sebagai Puquois. Mereka mempunyai misi menyelamatkan ibu bapa Dora dan dalam masa yang sama menyelesaikan misteri disebalik kehilangan ketamadunan kota Inca.
‘Swiper, no swiping’. Ya, siapa yang memang menonton siri kartun Dora pasti familiar dengan ayat tersebut. Filem ini masih mengekalkan beberapa bait dialog yang sama seperti animasinya dan itu yang menjadi hiburan buat penonton tergelak di dalam panggung.
Lakonan Isabela Moner memang serasi dengan penampilan dan karakter Dora. Lebih lincah dan bijak, gadis ini boleh dikatakan berjaya membawa watak dengan baik. Karakter comel Moner membuatkan dia betul-betul kelihatan seperti Dora.
Kehadiran rakan-rakan baru Dora, Sammy dan Randy juga menjadikan filem ini lebih menarik dengan karakter mereka yang menghiburkan penonton. Kebijaksaan anak muda ini membuktikan bahawa mereka mampu untuk membantu Dora dalam misi menyelamatkan ibu bapanya.
Banyak babak-babak mencabar di dalam hutan yang sepertinya akan membuatkan penonton menggembara bersama. Sekumpulan sahabat ini perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan demi memastikan mereka semua terselamat daripada tangan penjahat.
Bila melihat cabaran yang mereka lalui, ada juga yang membuatkan kami rasa seperti menonton escape room pula. Hiks!
Kalau nak lebih feel, korang kena saksikan sendiri filem Dora And The Lost City Of Gold ini pawagam sekarang.