Mengisahkan tentang seorang pembunuh upahan, Henry Brogan yang kini sudah berusia dan ingin bersara daripada kerjayanya. Walau bagaimanapun, telah berlaku perkara yang sebaliknya apabila dia terpaksa berhadapan dengan klon dirinya yang lebih muda dan boleh membaca setiap pergerakan lelaki ini.
Kami berpeluang menyaksikan sendiri kehebatan lakonan Will Smith dalam format 3D+ HFR dan jelas sekali, penonton lebih berpuas hati melihat aksi yang dilakonkan secara 3D. Paparan 120fps membuatkan setiap babak nampak lebih real, terutamanya aksi lawan.
Apa yang kami boleh katakan, korang patut merasai sendiri pengalaman menonton filem berformat 3D+ HFR ini kerana ia merupakan pertama kalinya diadakan di Malaysia.
Ads
Tidak seperti filem-filem aksi lain, jalan cerita Gemini Man nampaknya lebih simple dan tidak terlalu meleret. Permulaan cerita yang agak perlahan kadang-kala membuatkan kami rasa sedikit ‘off’. Namun begitu, perkembangan jalan cerita ini sedikit sebanyak menjadikan penonton ternanti-nanti apakah kesudahan yang berlaku pada kedua watak penting tersebut.
Lakonan mantap yang diberikan oleh barisan-barisan pelakon lain seperti Marry Elizabeth Winstead, Clive Owen serta Benedict Wong menguatkan lagi setiap karakter dalam filem.
Ads
Bagi Will Smith pula, lakonan yang dibawa dalam watak klon yang jauh lebih muda juga tak kurang hebatnya. Sesekali kami seperti terbayangkan watak itu seperti dilakonkan oleh anaknya, Jaden Smith. Hiks!
Secara kesimpulannya, walaupun Gemini Man mempunyai kekurangan dari segi pace jalan ceritanya, namun ia tetap berbaloi untuk ditonton.
Ads
Tambah pula bila filem ini dihadirkan dalam format 3D+ HFR. Takkan korang tak nak try kan?
Jom serbu panggung wayang yang berdekatan untuk menonton Gemini Man bermula 10 Oktober 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres popular, Eyka Farhana, mencuri perhatian warganet apabila dilihat bersama beberapa rakan artis seperti Mimi Lana, Azira Shafinaz, Amelia Henderson dan Yaya Zahir di sebuah restoran mewah.
Menerus sebuah video di media sosial, kesemua selebriti tersebut dilihat sedang menari sambil melakukan ‘lip sync’ menggunakan lagu viral Garam Dan Madu.
Selain itu, Azira Shafinaz turut berkongsi momen tersebut menerusi Instagram Story, memeriahkan lagi sesi ‘bride to be’ yang disambut bersama Eyka.
Untuk makluman, Eyka Farhana dan pasangan, Akhyar, telah selamat bertunang pada 4 Ogos tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga terdekat. Hubungan mereka mula diketahui umum sejak 2020.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Yaya Zahir
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Implan, pembedahan plastik dan pembuangan lemak sudah menjadi prosedur biasa dalam kalangan bintang-bintang terkenal. Maklum sajlah, apabila seseorang menjadi tatapan dan ikutan peminat dari seluruh dunia, mereka perlu tampil ‘sempurna’ tanpa merisikokan diri daripada dimalukan dari aspek fizikal.
Begitupun, pendedahan yang dibuat oleh model antarabangsa, Bella Hadid pada hari ini amatlah mengejutkan sehingga ramai tidak percaya gadis berusia 25 tahun itu mempunyai keberanian untuk tampil sejujur ini.
Terdahulu, Bella pernah menafikan khabar angin mengenai sebarang prosedur pembedahan plastik pernah dilakukan ke atas dirinya selama ini biarpun ramai melihat perubahan drastik berlaku pada Bella terutamanya di bahagian mukanya sebelum dan selepas bergelar model.
Hari ini, Bella tampil mendedahkan bahawa dia hakikatnya pernah menjalani prosedur popular rhinoplasty untuk memperbetulkan hidungnya ketika berusia 14 tahun. Pendedahan ini adalah menerusi temubual eksklusif Bella bersama majalah Vogue Amerika Syarikat bagi keluaran April 2022, dia telah berterus terang mengenainya. Bagaimanapun, keputusannya itu telah disesalinya hingga ke hari ini.
“Kalaulah saya boleh menjaga hidung yang saya warisi daripada nenek moyang saya, saya pasti boleh membiasakan diri untuk hidup dengannya (hidung itu),” katanya. Sebelum ini, Bella sekadar memberi alasan struktur wajahnya berubah disebabkan sudah mencapai usia akil baligh.
Foto Via Instagram Bella Hadid
Berhubung dakwaan hampir semua bahagian mukanya terhasil akibat suntikan filler sehingga mengakibatkan perubahan drastik, Bella Hadid menafikannya dengan berkata, “Semua orang akan kelihatan berbeza daripada penampilan mereka ketika berusia 13 tahun, bukan? Saya tidak pernah menggunakan filler. Mari kita tamatkan (khabar angin itu) di sini.
“Saya tidak mempunyai isu dengan penggunaan filler. Tetapi ia bukanlah untuk saya,” kata Bella yang berdarah keturunan Belanda-Palestin.
Selain itu, Bella juga menafikan dia pernah menjalani prosedur pembedahan plastik lain seperti ‘eyes lifting’. Sebaliknya, dia berkongsi rahsia menggunakan pita wajah atau face tape sebagai punca wajahnya mampu tegang seperti sekarang.
Bella Hadid (kanan) bersama kakaknya, Gigi.
Bella turut bercerita secara ringkas tentang tekanan yang dirasainya kerana perlu hidup di bawah bayangan kakaknya yang terlebih dahulu mencipta nama dan populariti sebagai model terkenal generasi baharu, Gigi Hadid. Bella tidak terlepas daripada perasaan ‘insecure’ kerana selalu merasakan dirinya tidak sesempurna Gigi.
“Saya adik perempuan yang hodoh. Rambut saya coklat, tidak cool seperti Gigi. Itu yang orang cakap tentang saya. Malangnya, saya mempercayai kata-kata tersebut.”
Apapun, ramai masih menggemari Bella dan berpendapat dia serta ibunya, Yolanda Hadid tidak perlu pun untuk berbohong dan mengaku saja Bella pernah menjalani prosedur seperti rhinoplasty itu sejak awal lagi.
Untuk pengetahuan, pada tahun 2019 Yolanda pernah mencetuskan kontroversi setelah membalas komen seorang pengguna Instagram yang menuduh Bella melakukan pembedahan plastik. Kata Yolanda, tiada seorang pun anaknya pernah mencucuk filler atau Botox atau apa-apa perkara asing ke dalam badan mereka kerana mereka sudah melihat kesan negatifnya terhadap diri Yolanda sendiri.
Dengan pendedahan Bella ini, ramai warganet tampil kecewa dengan keputusan Yolanda yang membenarkan Bella menjalani pembedahan plastik pada usia semuda 14 tahun dan beranggapan itu bukanlah satu tingkah laku bertanggungjawab oleh seorang ibu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah berbulan rimas dengan rambut yang sudah tidak terurus, akhirnya kaum lelaki di Malaysia boleh menarik nafas lega apabila kerajaan akan membenarkan operasi kedai gunting rambut dan dandan rambut semula.
Dalam ucapan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, operasi semula akan dibenarkan mulai 10 Jun ini di seluruh negara.
Antara servis yang dibenarkan termasuk gunting rambut asas, cuci rambut asas, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut, manicure dan pedicure serta cuci dan rawatan muka.
Namun, ada syarat-syarat SOP yang perlu dipatuhi oleh pengusaha kedai dan juga pengunjung.
“Bagi golongan berisiko iaitu individu berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan wajib dilakukan secara temu janji, tanpa kehadiran pengunjung daripada kumpulan usia lain.
“Bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun pula, ibu bapa dibenarkan hadir bersama tetapi perlu memakian pelitup muka dan apron pakai buang,” jelas beliau.
Jangan risau, kami juga tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan apron pakai buang tersebut?
Pengusaha kedai perlu menyediakan apron pakai buang yang selalu diikat pada leher semasa menggunting rambut berbeza bagi setiap pelanggan. Ia tidak boleh dikongsi beramai-ramai seperti biasa.
Bagi para pekerja pula, mereka wajib memakai pelindung muka, apron pakai buang dan sarung tangan pakai buang.
Selain daripada itu, korang juga perlu melihat tata cara pengusaha sekiranya mereka menjarakkan kerusi di kedai sekurang-kurangnya 2 meter bagi setiap pelanggan atau tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terbaru, kumpulan K-Pop terkenal, HIGHLIGHT membuat kejutan buat para peminat apabila muncul dengan lagu terbaru berjudul ‘Endless Ending’ sekaligus tampil dengan nama asal mereka...