Siri animasi dari Malaysia, Mechamato terus mencipta kecemerlangan di peringkat antarabangsa.
Terbaru, Mechamato mencipta sejarah apabila memenangi tempat pertama bagi kategori Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival (TAAF) 2023. Lebih membanggakan ia merupakan pertama kali dimenangi oleh animasi luar Jepun.
Untuk info, keputusan itu diumumkan menerusi laman rasmi TAAF di mana filem tersebut menerima sebanyak 40,590 undian daripada peminat. Mechamato sekaligus mengalahkan filem animasi lain seperti TIGER & BUNNY 2 Part 1 dan Dragon Ball Super: Super Hero.
Ads
Di media sosial, Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak berkongsi kegembiraan mengenai Mechamato menang Anime Fan Award dengan orang ramai.
“Mechamato berjaya mendapat #1 kategori Anime Fans Award di Tokyo Anime Award Festival 2023! Terima kasih semua atas undian dan sokongan!” tulisnya. Tahniah diucapkan kepada MONSTA!
Ads
Sebelum ini, filem animasi Mechamato Movie mencetuskan fenomena tersendiri selepas berjaya meraih kutipan tiket sebanyak RM5 juta hanya dalam masa tiga hari selepas ditayangkan di seluruh negara termasuk Brunei.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Episod pertama drama Korea terbaru di tvN, ‘Mr. Queen’ telah pun menemui penonton pada malam Sabtu yang lepas.
Tayangan episod satu untuk drama ‘Mr. Queen’ ternyata disambut baik oleh para peminat. Bermula dengan impak yang hebat, drama yang baru sahaja ditayangkan pada 12 Disember 2020 yang lepas ini telah berjaya mendapat rating no. 2 tertinggi dalam sejarah tayangan perdana tvN!
Drama bergenre komedi ini diterajui oleh Shin Hye-sun dan Kim Jung-hyun berlatarkan era Joseon. Kalau korang nak tahu, drama ini merupakan sebuah drama yang menggabungkan dua zaman yang berbeza. Menceritakan tentang seorang lelaki dari dunia moden yang terperangkap di dalam badan seorang permaisuri pada zaman dahulu.
Menurut laporan dari Soompi, tayangan perdana buat drama tersebut terus melonjak ke tempat pertama sebaik sahaja disiarkan. Drama ini turut juga memperoleh purata rating sebanyak 8.0%, iaitu rating tertinggi bagi seluruh saluran kabel.Memang berjaya menarik perhatian ramai peminat kdrama ni!
Drama yang menggantikan drama popular Start-up yang baru sahaja tamat minggu lalu turut menggantikan tempat drama ‘Mr. Sunshine’ yang sebelum ni menduduki tempat kedua dalam sejarah rating tertinggi tvN.
Korang ada yang dah tengok belum cerita ni? Kalau belum wajib tambah pada watch list korang k?
Sebut sahaja Starbucks pasti ramai yang terbayang akan outlet-nya yang dipenuhi majoriti oleh generasi muda. Walaupun harganya bolehlah tahan mahal juga (terutama di kalangan pelajar IPT), namun ia menjadi antara minuman popular di kalangan orang muda.
Keselesaan outlet-nya yang sentiasa memberikan kemudahan Internet yang laju menjadi antara sebab mengapa jenama Starbucks menjadi pilihan mereka. Namun sebenarnya antara perkara yang paling menarik mereka ialah barisan produk minuman Starbucks yang sentiasa muncul dengan idea baru dan sangat ‘mesra Instagram’.
Sudah hampir setahun sejak penggemar Starbucks terutamanya di Amerika Syarikat heboh dengan minuman penuh warna-warni iaitu Unicorn Frappuccino. Dan yang terbaru, Starbucks dikatakan bakal memperkenalkan satu lagi minuman frappuccino terbaru yang dijangka sekali lagi viral dikenali dengan nama Crystal Ball Farappuccino.
Walaupun Starbucks belum mengesahkan dan mengeluarkan sebarang foto rasmi namun terdapat barista yang telah memuat naik gambar percubaan minuman tersebut di Instagram. Salah satu fotonya menunjukkan minuman frappuccino yang mempunyai topping bahan bergula dengan warna hijau, mereah dan biru berbentuk seperti kristal.
Menerusi foto yang lain pula menunjukkan minuman frappuccino yang dibahagian bawahnya berwarna campuran turquoise. Dan mengikut laporan, ia akan mula berada di pasaran di Amerika Syarikat bermula pada 22 Mac ini.
Bagi kaki yang gemar ambil gambar makanan dan minuman inilah bentuk delicacy yang diidamkan oleh mereka. Bukan sahaja cantik untuk dilihat tetapi mungkin rasanya sangat sedap.
Adakah minuman menarik ini akan turut dibawa masuk ke negara kita? Sama-sama kita tunggu dari Starbucks Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selama hampir 2 dekad, Menara Berkembar Petronas memegang takhta sebagai bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
Namun, dengan pembangunan menara The Exchange 106 di kawasan Tun Razak Exchange (TRX) yang dijadualkan siap pada bulan September ini, ia awal-awal sudah ‘dijamin’ dapat menandingi ketinggian KLCC.
The Exchange 106 kini sudah jelas kelihatan dari mana-mana sudut bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Dari lebuh raya SMART nampak, dari MEX nampak, dari Kampung Bharu pun nampak! Itu sudah menandakan betapa tinggi dan besarnya menara ini.
Sebelum ia siap untuk dibuka dan ruang dipenuhi, jom tengok 6 perkara paling istimewa mengenai kehebatan teknologi The Exchange 106.
01
Bangunan Tertinggi
Namanya saja sudah menjelaskan berapa banyak anak tingkat yang ada. Ia mempunyai 106 aras iaitu 18 aras lebih tinggi daripada KLCC. Jika KLCC berdiri setinggi 451.9 meter, The Exchange 106 pula mencecah 492.3 meter.
Ketinggian ini sekaligus membuatkannya tersenarai dalam 15 struktur tertinggi dunia setakat ini.
02
Menyerupai Canary Wharf
Jika di London, mereka mempunyai daerah khusus untuk kewangan saja yang dinamakan Canary Wharf, di Kuala Lumpur kita ada TRX. Ia dijangka bertukar menjadi ‘bandar kecil’ untuk tujuan perumahan, komersil dan riadah yang boleh mencipta 500,000 peluang pekerjaan.
Antara syarikat yang akan beroperasi di TRX ialah HSBC, Prudential, Lendlease (syarikat hartanah dari Australia) dan beberapa lagi.
03
Lebih 2,000 Parkir Kenderaan
Korang tak perlu gusar untuk cari parking dekat The Exchange 106. Ada kira-kira 2,116 buah lot parkir kenderaan yang dilaporkan untuk kegunaan penghuni bangunan ini.
04
Salah Satu Binaan Konkrit Terbesar Dunia
Cuba bayangkan, 20,000 meter kubik bahan binaan konkrit telah dicurahkan ke dalam tapak binaan The Exchange 106, bersamaan dengan 8 kolam renang Olympik!
Proses tersebut memakan masa hanya 48 jam, berbanding 53 jam yang diperlukan untuk mencurah konkrit untuk setiap menara KLCC.
Sebanyak 120 lori simen terbabit menggunakan 8.5 juta kilogram simen.
05
Pantas Dibina!
The Exchange 106 dibina oleh lebih 2,000 buruh daripada pelbagai latar belakang yang bekerja secara syif untuk tempoh 22 jam sehari. Setiap 2 ke 3 hari, mereka dapat menyiapkan 1 aras lantai. Semakin tinggi bangunan tersebut semakin cepat prosesnya, sehingga secepat 2 hari / 1 aras lantai.
06
‘Crown’ 48 Meter
Buat masa ini, binaan dan hiasa dalamannya turut dilakukan dengan pantas. Semuanya serba mewah bersesuaian dengan status The Exchange 106. Dari segi struktur luarnya pula, semua mata masih memandang ke arah ‘crown’ setinggi 48 meter di bahagian atas menara yang masih sedang dibina.
Diharap rakyat Malaysia boleh memaksimumkan penggunaan The Exchange 106 ini. Jangan jadi bangunan tinggi tanpa penghuni sudah ya.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...