Jika sebelum ini setiap kali ke pawagam kami memang tertarik dengan trailer Cats yang ditayang sebelum tayangan bermula. Memainkan lagu Memory sebagai background music, ternyata gimik itu menjadi dan membuatkan kami rasa tak sabar nak menonton filem muzikal ini.
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti James Corden, Judi Dench, Jason Derulo, Idris Elba, Jennifer Hudson, Ian McKellen, Taylor Swift dan Rebel Wilson, filem Cats mengisahkan tentang sekumpulan kucing yang dikenali sebagai Jellicles perlu membuat 'The Jellicle Choice', iaitu kucing mana yang akan dipilih untuk naik ke Heaviside Layer dan pulang ke kehidupan Jellicle baru.
Remaja berpeluang menonton tayangan perdana Cats dan apa yang boleh kami katakan, mungkin expectation kami terlalu tinggi untuk filem muzikal ini kerana selesai sahaja menonton, ia tidak seperti yang kami harapkan.
Nah, tunggu dulu. Bukanlah kami kata filem ini teruk, tapi kelemahannya hanya pada jalan cerita.
Jalan cerita yang terlalu biasa, simple dan boleh diagak.
Kami mengharapkan jalan cerita yang lebih menarik dan mungkin boleh kalau nak selitkan unsur-unsur komedi sikit, namun sepanjang durasi 1 jam 50 minit, ianya mendatar dan hanya diselangi dengan lagu.
Namun begitu, secara keseluruhan filem ini harus dipuji. Lagu-lagu yang digunakan dalam filem ini dan teknik CGI yang digunakan memang superb!
Dan yang menariknya, kalau korang memang sejenis yang suka kucing, pasti terhibur dibuatnya melihat aksi kucing-kucing comel yang menari. Ada kucing cantik, gemuk dan jahat, pendek kata semua jenis kucing ada dipaparkan menerusi filem ini.
Terubat la juga hati kami bila melihat aksi-aksi hebat kucing tersebut. Hiks!
Bab lagu Memory yang dilantunkan oleh Jeniffer Hudson tu memang mantap. Meremang bulu roma macam tengah tengok persembahan Broadway.
Overall, filem ini masih berbaloi untuk ditonton. Mungkin pendapat korang lain pula kan? So, jangan lupa saksikan Cats yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Disember 2019.