Berita baik untuk untuk korang yang suka menonton filem Korea, kali ni kami nak beri 40 tiket percuma ke tayangan perdana filem Extreme Job pada 25 Mac nanti, di TGV Cinemas One Utama.
Filem ini mengisahkan tentang pasukan narkotik yang sering dipandang rendah di balai polis mereka dan kini dalam satu misi berisiko membabitkan satu perjanjian dadah Antarabangsa.
Mereka mengambil alih sebuah restoran ayam berhadapan dengan markas penjenayah untuk memantau pergerakan kumpulan keldai dadah itu.
Bagaimanapun perkara menjadi sebaliknya apabila salah seorang detektif memperlihatkan bakat memasaknya. Dengan restoran menjadi terkenal dalam tempoh yang singkat, di mana pelanggan semakin ramai, mereka menghabiskan masa menggoreng ayam daripada menangkap penjenayah. Haha mesti kelakar kan?
Dibintangi oleh Ryu Seung-Ryong, Lee Hanee, Jin Seon-Kyu, Lee Dong-Hwi dan Gong Myung, filem ini juga merupakan blockbuster
pertama yang berjaya memecah rekod filem Train To Busan di Korea.Filem ini bakal ditayangkan pada 28 Mac 2019 diseluruh panggung wayang tanah air.
Nak tahu apa kesudahan filem yang berdurasi 1 jam 51 minit ini? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menonton filem ini bersama kami dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah berikut.
Tarikh: 25 Mac 2019
Masa: 8.30 malam
Lokasi: TGV Cinemas 1 Utama
Pemenang akan dihubungi melalui emel. Sila alert dan beri maklum balas kepada kami. Terima kasih!