Francais filem popular Ocean’s pernah mengeluarkan beberapa filem blockbuster yang diminati ramai seperti Ocean’s 11 (2001), Ocean’s 12 (2004) dan Ocean’s 13 (2007). Setelah 11 tahun berlalu, mereka melakukan sebuah filem spin-off berjudul Ocean’s 8.
Namun lainnya kali ini, ia diterajui oleh barisan pelakon perempuan.
Walaupun Ocean’s 8 menerima kritikan kerana tidak mencapai expectation para penonton, namun ramai yang memujinya kerana berjaya menampilkan all-female cast seperti Sandra Bullock, Helena Bonham Carter, Cate Blanchett, Rihanna dan ramai lagi.
Kini, sebuah lagi francais filem popular bakal menghasilkan filem yang diterajui oleh pelakon filem.
Tak sabarnya!
Ia adalah filem Disney, Pirates of the Carribbean yang bakal dihasilkan tak lama lagi.
Menurut laporan oleh The Hollywood Reporter, walaupun ia masih bertemakan peperangan lanun, namun filem ini tidak akan dijadikan sebagai filem spinoff yang begitu sinonim dengan karakter Jack Sparrow itu.
Malah jalan ceritanya juga berbeza kerana ia akan diinspirasikan daripada permainan taman tema Disney yang menggunakan nama yang sama.
Buat masa ini, kita masih tidak mengetahui lagi barisan penuh pelakon yang akan membintangi filem ini. Namun apa yang pasti, pelakon yang popular dengan watak Harley Quinn iaitu Margot Robbie telah bersetuju untuk terlibat dalam projek ini!
Ramai pengguna Twitter berpendapat bahawa Margot ialah pilihan yang tepat memandangkan dia telah berjaya membawakan pelbagai watak berbeza sebelum ini.
Antaranya termasuklah watak Queen Elizabeth, Jane Porter, Barbie dan Tinker Bell. Kini adalah masa terbaik untuk Margot ‘bertukar’ menjadi ahli lanun pula.
Apa pendapat korang, adakah Margot Robbie dapat mencetuskan kembali kehebatan zaman Johnny Depp sebagai Jack Sparrow? Atau dia akan mengalami nasib yang sama seperti Sandra Bullock semasa membawakan watak Debbie Ocean?