
Filem yang dinanti-nanti, sekuel kepada Train To Busan sudah pun mengumumkan tarikh tayangan perdana di Korea Selatan pada 15 Julai 2020.
Dibintangi oleh Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, Goo Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re, dan Lee Ye Won, pengarah Yeon Sang-Ho sebelum ini telah menggambarkan bahawa sekuel ini lebih berskala besar dan lebih mendebarkan.
Filem ni menceritakan tentang seorang tentera dan beberapa orang yang terselamat yang berhasil melarikan diri daripada wabak zombie di Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai Peninsula. Mereka berusaha untuk menyelamatkan individu yang tidak dijangkiti wabak tersebut namun perlu berhadapan dengan serangan zombie.
Tak sabar nak tahu tarikh tayangan Peninsula di Malaysia pula!
Apa-apa pun teruskan mengikuti SOP yang diarahkan oleh pihak pawagam yang dijadualkan akan beroperasi bermula 1 Julai nanti.
Stay safe guys!
Sumber: Soompi
“Perkenalkan Cucu Kami, Ameena Hanna Nur Atta,” – Krisdayanti Pertonton Wajah Cucu Sulung Kepada Umum

Tanggal 22 Februari 2022 yang lalu menjadi hari paling gembira buat Diva Pop Indonesia ini apabila anak sulungnya, Aurelie Hermansyah selamat melahirkan anak sulung. Dengan kelahiran itu secara rasminya Krisdayanti menjadi seorang nenek pada usia 47 tahun.
Bayi perempuan yang dilahirkan menerusi pembedahan caesarean di RSU Bunda Jakarta dengan berat 3.3-kg itu disambut dalam suasana penuh meriah dengan keluarga besar semuanya menunggu penuh debar.
Menantu Krisdayanti, Atta Halilintar menyatakan menerusi Instagramnya yang anaknya itu merupakan malaikat hidupnya.
Lumrah menjadi seorang selebriti, segala kehidupan keluarga ini menjadi tumpuan ramai. Ramai tertanya-tanya bilakah mereka akan berkongsi wajah cucu pertama. Ternyata selepas empat hari, Atta dan Aurel bersetuju sama-sama memperkenalkan anak mereka kepada umum.
Dengan wajah mulus putih bersih, si comel dengan rambut hitam lebat itu menjadi bualan. Semestinya neneknya tidak sabar-sabar untuk berkongsi berita. Dalam hantaran di laman Instagram dan beberapa foto dimuat naik di insta-story, Kridayanti berkongsi wajah cucu sulungnya itu yang didekatkan kepada wajahnya.
Ujar ibu kepada empat cahaya mata itu, “Alhamdulillah, perkenalkan cucu kami. Ameena Hanna Nur Atta.” Mengenakan busana rona merah jambu sedondon dengan cucunya itu, potret yang dimuat naik menuai pujian ramai.
Meninjau ke laman Instagram Atta pula, bapa baru ini berkongsi maksud disebalik nama anaknya itu. “AMEENA daripada nama ibu nabi yang kuat dan hebat dan melahirkan Manusia Paling mulia, HANNAH bermaksud kebahagiaan untuk keluarga kami, NUR pula cahaya keluarga kami dan nama ibu hebatnya, ATTA bermasud Binti ATTA dan juga ini nama keberuntungan keluarga ini,” kongsinya.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
456 Peserta SEBENAR Ambil Risiko Sertai SQUID GAME: The Challenge Untuk Rebut USD4.56 Juta!

Adakah ia akan mengembalikan fenomena plot drama asalnya ataupun program realiti spin-off ini hanyalah sekadar ‘filler’ sebelum musim kedua hadir?
Well, kita sama-sama kenalah nantikan 22 November ini bagi kemunculan program realiti terbesar dari Korea Selatan, Squid Game: The Challenge.
Netflix hari ini memperolehi kata putus untuk menyiarkan program realiti tersebut yangg diinspirasi daripada drama Squid Game.
Biarpun ia tidak menyentuh soal hidup mati seperti mana yang ditunjukkan dalam drama itu, seramai 456 peserta dari seluruh dunia masih berhempas pulas untuk mara ke pusingan-pusingan seterusnya memandangkan produksi ini menawarkan hadiah terkumpul bernilai USD4.56 JUTA!
Ya, memang mantap hadiah yang menanti juara bertuahnya. Ia juga disahkan sebagai hadiah paling lumayan pernah ditawarkan dalam mana-mana program realiti di mana-mana negara.
Bagi yang terkandas di setiap pusingan pula, mereka tidaklah akan ditembak mati seperti mana dalam drama Squid Game. Sebaliknya, mereka hanya akan dihantar pulang dengan tangan kosong.
Disebabkan itulah, masing-masing dapat dilihat cuba mengatasi ketakutan dalam diri dan sanggup berbuat apa shaaa menerusi iklan acah (teaser) yang dipaparkan hari ini. Bukan itu sahaja, terdapat juga beberapa permainan baharu yang diperkenalkan oleh produksi.
Adakah ini sebahagian daripada hint kepada drama Squid Game musim kedua? Hehe..nantikan!
Squid Game: The Challenge bakal disiarkan pada 22 November 2023 dan REMAJA percaya, akan ada lebih banyak iklan acah yang menunggu penonton sebelum ia keudara kelak.
P.S: Agak-agak, ada tak peserta dari Malaysia yang terpilih untuk menyertai program realiti ini?
ARTIKEL BERKAITAN: 4.6 Juta Gaji Satu Episod, Bintang ‘Squid Game’ Lee Jung-jae Bakal Jadi Pelakon Netflix Dengan Bayaran Tertinggi! – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lee Seung Gi Tampil Imej Kepala Botak, Adakah Ini Trend Rambut Lelaki 2023

Siapa cakap lelaki botak tak kacak dan menawan?
Definisi kacak mungkin berbeza mengikut persepsi setiap individu. Ada yang menganggap bahawa lelaki botak itu kacak, tapi ada pula yang merasakan bahawa seorang lelaki tampan itu adalah yang sentiasa berambut lebat,kemas dan bergaya.
ARTIKEL BERKAITAN : Kalahkan Dwayne Johnson, Putera William dinobat Lelaki Botak Terseksi Di Dunia
Terbaru, bintang popular Kpop iaitu pelakon dan penyanyi, Lee Seung Gi juga tampil dengan penampilan baru berkepala botak yang mengejutkan peminatnya.
Portal Allkpop melaporkan, Lee Seung Gi tampil dengan imej berkepala botak di majlis 2022 KBS Drama Awards baru-baru ini. Bagaimanapun pelakon tersebut menyangkal dakwaan yang dia memotong rambutnya kerana konflik dihadapi bersama bekas agensinya, Hook Entertainment.
Kata Lee Seung Gi, dia meminta agar peminat tidak berasa pelik dengan imej tersebut kerana ia sebagai menjayakan watak dalam sebuah filem yang sedang menjalani penggambaran.
“Ramai sangka saya potong rambut disebabkan isu peribadi tetapi bukan. Saya sedang menjalani penggambaran untuk filem Big Family dan memainkan watak sami.
“Saya harap tiada yang salah faham. Ramai yang melihat saya dengan pandangan sedih, tolong jangan begitu,” katanya.
Sebelum ini, Lee Seung Gi telah memfailkan saman terhadap Hook Entertaiment selepas didakwa menipu pelakon berkenaan dalam keuntungan dalam kariernya selama bertahun-tahun.Bagaimanapun, pelakon tersebut telah mendermakan sebahagian besar daripada bayaran yang diterima selepas memenangi kes tersebut.
Amacam, kacak kan Lee Seung Gi dengan imej botak terbarunya. Tapi, mungkinkah juga ini trend rambut yang bakal popular 2023 ini?
BACA LAGI : Aigoo! Peminat Lee Seung Gi Juga Tidak Restui Hubungan Cintanya
Sumber & Foto : Allkpop
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.