Filem The Addams Family Lebih ‘Spooky’ Dengan Gelagat Keluarga Pelik Yang Melucukan

Share

Hujung minggu ni dah ada plan ke nak buat aktiviti apa? Kalau tak ada, kami nak suggest kan sebuah lagi movie animasi yang bakal ditayangkan di pawagam, The Addams Family.

Jika lebih kurang 28 tahun lepas, siri kartun ini telah pun difilemkan dengan adaptasi daripada lakonan manusia, kini jenama kartun legend ini sekali lagi muncul di layar perak bersama naskhah animasi baru yang difilemkan.

Tampil dengan idea yang lebih baru dan segar, The Addams Family menceritakan tentang sebuah keluarga yang sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan saudara mereka, tetapi dalam masa yang sama keluarga Addams ini perlu berhadapan dengan seorang hos realiti TV yang tamak.

Kehidupan mereka sekeluarga sering diganggu oleh manusia yang dianggap ‘pelik’ dan berusaha untuk menjauhkan keluarganya daripada masyarakat.

Konflik bermula bila anak perempuan mereka, Wednesday mula berkawan dengan Parker, anak kepada Magraux Needler, personaliti TV yang tamak. Korang bayangkan macam mana anak kepada dua orang musuh ini boleh berkawan baik?

Menghiburkan

Disebalik segala konflik yang berlaku, terdapat aksi-aksi lucu keluarga pelik ini yang menghiburkan. Setiap karakter mereka pastinya akan membuatkan penonton tergelak. Filem yang dialih suara oleh barisan pelakon seperti Oscar Isaac, Charlize Theron, Chloe Grace Moretz, Finn Wolfhard, Nick Kroll, Bette Midler dan Allison Janney ini berjaya menyelami emosi penonton dengan lagak humor karakter mereka.

Dalam pada kehidupan ‘seram’ keluarga ini, ada saja gelagat mereka yang mencuit hati.

Namun begitu, kami merasakan seperti ada sedikit kekurangan daripada segi jalan cerita dipermulaan filem. Bermula agak slow, walau bagaimanapun filem ini mula menghiburkan selepas lebih banyak karakter lain muncul dipertengahan cerita.

Sesuai dengan tema hari halloween, filem animasi The Addams Family bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 31 Oktober 2019.

IKLAN