Filem lakonan Tom Cruise, Top Gun: Maverick telah berjaya memecah rekod box office global dengan hanya tempoh beberapa hari meraih kutipan AS$248 juta (RM1.1 bilion) sejak mula ditayangkan di seluruh dunia pada Jumaat lalu.
Foto: Universal International Pictures
Filem arahan Joseph Kosinski yang dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Gleen Powell dan Ed Harris menceritakan tentang Kapten Pete “Maverick” Mitchell yang telah berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut selama tiga dekad dan kini beliau menjadi tenaga pengajar yang melatih sekumpulan graduan Top Gun untuk misi khusus. Kapten Pete kemudiannya bertemu dengan “Rooster” (Lt. Bradley Bradshaw) yang merupakan anak kepada “Goose” (mendiang Pegawai Pemintas Radar Lt. Nick Bradshaw).
Sebanyak AS$151 juta (RM660 juta) hasil kutipan diperoleh di Amerika Syarikat (AS) setelah ia ditayangkan di kira-kira 4,732 pawagam di seluruh negara yang turut memecah rekod filem lain.
Ads
Ia juga merupakan filem pertama dibintangi Cruise yang berjaya mencecah kutipan AS$100 juta (RM437 juta) pada hujung minggu pembukaannya dan menjadi genre filem bukan adiwira yang mencatatkan jumlah tontonan tertinggi sejak pandemik Covid-19 disusuli Spiderman: No Way Home AS$260 juta (RM1.14 juta), Doctor Strange in the Multiverse of Madness AS$187 juta (RM818 juta) dan The Batman AS$134 juta (RM586 juta).
Foto: Universal International Pictures
Siapa sangka selepas 36 tahun filem Top Gun mempunyai sekuel yang masih menampilkan bintang lagenda Tom Cruise sebagai teraju utama. Sebelum ini kami telah berkesempatan menonton filem Top Gun: Maverick dan tidak dinafikan filem ini sememangnya berbaloi untuk ditonton.
Ads
Bagi korang yang belum menonton, bolehlah ke pawagam sekarang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=U985G7cH8a4&t=8s
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wakil Malaysia ke pertandingan ratu cantik Miss Universe 2019 telahpun memecahkan 'sumpahan' dengan memenangi dan membawa pulang salah satu kategori terbaik di acara pada pagi ini. Ia menerusi kategori Kostum Nasional Terbaik yang disarungkan oleh Shweta Sekhon!
Dua hari lalu Shweta dan pihak Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) telahpun memuat naik video cerita di sebalik pembikinan kostum nasional ini. Dan menerusinya,, Shweta berkata dia mempunyai misi untuk melakukan impak pada edisi kali ini sekaligus menolak stereotaip wakil Malaysia ke Miss Universe akan selalu pulang dengan tangan kosong.
Impian itu akhirnya terjawab.
Walaupun Shweta tidak berjaya untuk melangkah ke peringkat separuh akhir dan menjadi sebahagian daripada 20 wakil terbaik, dia seharusnya berbangga apabila Malaysia berjaya memenangi kategori Kostum Nasional Terbaik hasil nukilan pereka, Carven Ong.
"Kostum ini adalah gabungan budaya di antara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina (di Malaysia). Kepak ini pula mewakili ekor ikan emas yang dipercayai oleh masyarakat Peranakan sebagai simbol kemakmuran (prosperity). Ia adalah gabungan 3 dalam 1, dan Steve, pakaian kita seakan sedondon," terang Shweta kepada Steve Harvey sebentar tadi sewaktu diumumkan sebagai pemenang.
Menurut Carven Ong, kostum ini juga mempunyai lima meja hidangan yang memperlihatkan seleksi makanan tradisi masyarakat Peranakan. Dress yang disarung diperbuat daripada songket dalam warna kegemaran Shweta iaitu hijau tua dan ia turut mempunyai aksesori kepala mirip bunga emas.
Kemenangan Shweta ini, bagaimanapun tidak terlepas daripada kontroversi.
Ini setelah pengacara, Steve Harvey tersalah menyebut nama Miss Philippines sedangkan Miss Malaysia yang memenanginya. Malah pada skrin juga, wajah Miss Philippines turut tertera memperagakan kostumnya yang berkisarkan burung helang.
Bella Hadid baru-baru ini mengumumkan bahawa dia ingin berehat sebentar dari dunia modelling .
Model selebriti yang terkenal dengan clean girl aesthetic itu menyatakan hasrat untuk lebih fokus pada kebahagiaan dan kesihatan diri selepas ini.
Kredit: Latinus Beauty
Selain itu, Bella Hadid juga mengaku bahawa dia berasa lebih gembira kerana tidak perlu wajah ‘fake’ di hadapan orang sekeliling lagi.
Walaupun telah menempa nama dalam industri sejak berusia 16 tahun, Bella mengaku bahawa kini dunia modelling bukan untuk dirinya lagi.
Melalui temubual bersama majalah Allure baru-baru ini, Bella juga berkongsi kisah kehidupannya bersama pasangan, Adan Banuelos setelah berpindah ke Texas.
Kredit: Vogue
Katanya, dia seperti menemukan jati diri selepas berpindah ke Texas. Berbeza daripada kehidupan sebelum ini di mana Bella tidak dapat merasakan keseimbangan hidup walaupun selepas meraih kejayaan dan populariti sebagai supermodel.
Kredit: Vogue
Bella yang juga kini bergelar usahawan, ingin fokus pada perniagaan produk wangian barunya iaitu Orebella. Produk ini merupakan inspirasi dari budaya keluarganya sendiri yang berketurunan Arab.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam flora dan fauna. Buktinya apabila tahun ini rakyat tidak boleh mengembara ke luar negara, ramai yang mencari lokasi tempatan untuk melancong. Dari lokasi hutan lipur, pulau dan pantai yang dahulunya tidak popular, kini menjadi popular dek penangan pandemik Covid-19.
Namun tahukah anda selain lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan ini, negara kita sebenarnya kaya dengan lokasi bersejarah yang boleh mengajar anda tentang tamadun di Malaysia? Kalau nak tahu, jom penulis senaraikan lima lokasi menarik untuk anda ketahui. Dan siapa tahu mungkin ini bakal menjadi lokasi anda untuk cuti-cuti di dalam negara selepas ini.
Lembah Bujang
Merupakan sebuah tempat bersejarah, ribuan tahun dahulu Lembah Bujang merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di antara utara Gunung Jerai dan selatan Sungai Muda di Kedah. Kedudukan yang strategik ini menjadikan ia sebuah lokasi yang sesuai untuk tujuan pembangunan ekonomi suatu ketika dahulu.
Sumber gambar: Candi Lembah Bujang via haikaldanial66.blogspot.com
Terdapat lebih 17 candi di lembah bujang sebelum candi nombor 11 dimusnahkan ole pemaju. Kini kalau anda mahu melawat lokasi ini anda boleh ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah. Isn’t it greatfor us untuk belajar tentang tamadun lampau yang menyumbang kepada pembangunan tamadun manusia hari ini?
Kota Belanda
Terletak di Pulau Pangkor, Perak. Kota Belanda atau nama popular, Dutch Fort dibina pada tahun 1670 sebagai Gedung menyimpan bijih timah dilombong di negeri Perak. Pada masa kota ini dibina Belanda sudah menjajah Melaka Ketika itu yang mana mereka meluaskan kekuasaan mereka demi mengeksploitasi industri perdagangan bijih timah. Mengikut maklumat, kubu ini padamulanya diperbuat dari kayu namun dibina semula dengan batu bata demi mengukuhkan struktur.
Sumber gambar: Kota Belanda via tigerrock.info
Pada tahun 1690, orang Melayu di bawah perintah Panglima Kulup memusnahkan bangunan ini sebagai tentangan terhadap penguasaan Belanda di dalam ekonomi bijih timah di Perak. Namun begitu, ia dibina kembali dan dikawal rapi dengan askar. Kalau dihitung, usia kota ini dah hamper 400 tahun! Semestinya satu tinggalan sejarah yang tidak sia-sia untuk kita dalami dan menghirup sedikit sisa perjuangan orang dahulu kala dibawah cengkaman kuasa luar.
Istana Bandar Nak lokasi OOTD yang menarik? Bolehlah anda melawat Istana Bandar atau pun dikenali sebagai Istana Alauddin yang terletak di Banting, Selangor. Kalau nak tahu Istana Bandar dibina lebih 100 tahun yang lalu dan menjadi lokasi bersemayam Sultan Sultan Alauddin Sulaiman Shah Ibni Almarhum Raja Musa yang merupakan Sultan Selangor kelima.
Sumber gambar: Istana Bandar via thestar.com.my
Istana ini dibina pada tahun 1899 di atas tanah seluas lima hektar dan mula didiami oleh keluarga diRaja bermula pada tahun 1905 sehinggalah pada tahun 1938, tahun yang mana baginda mangkat. Senibina Istana ini banyak dipengaruhi oleh senibina Eropah dan China. Setelah lama ditinggalkan Istana ini pernah menjadi pusat Tahfiz dan juga Pusat Kraftangan sebelum ia mula dibaik pulih dan kini dibuka kepada umum untuk pelawat dalam dan luar negara.
Kellies Castle Bangunan ini merupakan saksi cinta yang terus kukuh berdiri di puncak bukit. Jika anda berkunjung ke Perak tidak sah jika tidak datang ke lokasi ini. Bangunan yang sudah berusia lebih 100 tahun ini masih kekal utuh hasil daripada konservasi yang dilakukan. Kalau di India, Taj Mahal lambing cinta Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal, Kellie’s Castle pula tersergam suatu ketika dahulu atas rasa rasa cinta dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. Namun sayangnya pembinaan bangunan ini tidak pernah disiapkan disebabkan oleh kematian William dan kemudiannya, Agnes pulang ke Scotland.
Sumber gambar: Kellie’s Castle via malaysia.travel
Penulis sebelum ini ada berkunjung ke sini, kalau diperhatikan setiap bilik yang dibina memiliki laluan rahsia seperti menuju ke sebuah terowong. Menurut caka-cakap orang tempatan terowong tersebut disambungkan untuk menyelamatkan diri daripada serangan. Sekarang ni kalau nak berkunjung ke sini, ada caj tiket kemasukan. Untuk warganegara, bagi dewasa anda perlu membayar sebanyak RM5 dan RM4 untuk kanak-kanak. Manakala untuk warga asing pula harga bagi dewasa adalah RM10 dan RM5 bagi kanak-kanak.
Kota A’Famosa Kalau anda ke Melaka, tidak sah jika tidak melawat tinggalan sejarah yang menjadi tanda penjajahan yang berlaku di bandaraya bersejarah ratusan tahu lampau. Serpihan tinggalan bangunan itu masih lagi kukuh sehingga hari ini dan menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara. Untuk pengetahuan anda bangunan ini dibina oleh orang Portugis setelah menakluk melaka pada 1511.
Sumber gambar: A’Famosa via sejarah.my
Pembinaan ini atas arahan Alfonso de Albuquerque menjadi satu lambang penentangan penduduk Melaka yang tidak sukakan penjajah. Menurut cerita, bangunan ini dibina dengan hasil batuan dari masjid dan juga batu kubur, serta melibatkan ramai hamba abdi yang mati dek kerahan tenaga yang keterlaluan. Kalau ke Melaka pastikan anda melawat tinggalan sejarah yang sudah berusia lebih 500 tahun ini!
Lima lokasi ini mungkin ada yang tidak pernah korang kunjungi. But believe me this place will teach you a lot about our history. Menyentuh dan mengamati bangunan yang beratus tahun usia membawa kita tenggelam dalam nostalgia dan juga apa yang dilalui oleh orang dahulu kala. Not to forget, these spots are the perfect spot for your instagram post!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama alat muzik tradisional Brunei, Gulintangan mungkin kedengaran asing dalam kalangan masyarakat di Malaysia.Namun apabila ia digunakan dalam persembahan penyanyi kelahiran Brunei, Rizal Rasid...