Setelah 7 minggu bersiaran di Astro Ria & Ria HD pada setiap hari Khamis, akhirnya 5 orang finalis akhir telahpun terpilih untuk berentap di pentas finale Hero Remaja 2020.
Namun malang sekali apabila episod finale yang sepatutnya berlangsung pada 16 April minggu hadapan tidak dapat disiarkan memandangkan Malaysia masih dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan.
Dari tarikh 14 April 2020, PKP kemudiannya ditunda lagi ke tarikh 28 April 2020.
Sekaligus, finale Hero Remaja 2020 tidak mungkin dapat disiarkan secara langsung (seperti kebiasaan untuk pencarian Hero Remaja & Dewi Remaja) sepanjang bulan April ini.
Walaupun penonton dan peminat program ini seakan sudah dapat mengagak akan situasi tersebut, mereka masih tertanya-tanya apakah nasib yang dihadapi oleh Hero Remaja 2020?
Apakah 5 orang finalisnya iaitu Jabir Meftah, Haziq Nazimuddin, Nadhir Nasar, Meerqeen dan Umar Hisham akan berpeluang untuk bertanding pada peringkat finale, sekalipun?
Berikut merupakan kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh pihak penganjur, Nu Ideaktiv Sdn Bhd Bersama penyiar, Astro Ria.
“Malam kemuncak pentas akhir Hero Remaja 2020 yang pada awalnya dirancang untuk bersiaran langsung pada 16 April 2020 ini terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu yang akan diberitahu kelak.
“Semoga persiapan episod akhir ini akan berjalan lancar,” kata mereka sambal disudahi dengan ucapan tahniah kepada 5 orang finalis yang berjaya mengorak langkah.
Walaupun ramai yang menantikan kesudahan dan juara keseluruhan untuk musim kesepuluh Hero Remaja ini, namun faktor keselamatan dan kesihatan semua pihak wajar diambil kira.
Apapun, terima kasih kepada korang yang tak putus-putus memberikan sokongan kepada program ini dan para finalisnya
Ikuti update terbaru mereka sepanjang bulan April dan Mei kelak di www.remaja.my/hero dan di media sosial @majalahremaja okay!
Sambil itu, jom lihat apa yang nak diperkatakan oleh salah seorang juri mereka pada minggu lepas, Hafreez Adam.