Finalis Berhijab Dewi Remaja Pertama,Syamira Izzati Kini ‘Host’ RTM!

Share

Nursyamira Izzati Mohd Nazir atau lebih dikenali sebagai Syamira merupakan seorang finalis yang pernah memecahkan rekod pencarian Dewi Remaja kerana menjadi peserta berhijab pertama yang beraksi di pentas final.

Bercerita tentang perkembangan terkininya selepas pertandingan Dewi Remaja 2019, gadis ini mengakui mendapat banyak peluang dan tawaran dan mula dikenali orang ramai selepas menyertai pertandingan ini.

Dan berita baik juga untuk peminat finalis pertama Dewi Remaja yang bertudung litup ini.  Kerinduan korang terhadap gadis manis ini akan terubat kerana beliau bakal menghiasi dan mengacara satu program bual bicara di Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV Okey (Astro 109) bertajuk “INFINITEEN” setiap Isnin 9 Malam.

“Alhamdulillah, rezeki dan peluang Mira untuk melebarkan bakat mira dalam bidang pengacaraan lebih mudah selepas menyertai Pertandingan Dewi Remaja. Walaupun Mira hanya top 4 di final namun orang tetap mengenali saya,” jelasnya sambil tertawa kecil.

Syamira turut berkongsi walaupun sekarang ada tawaran-tawaran yang mendatang. Tapi beliau tetap akan menghabiskan pengajiannya dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan (Keusahawanan) yang hanya tinggal lagi satu semester.

Mungkin bidang pengacaraan adalah perkara yang baru buat Syamira namun beliau tetap berusaha untuk menjadi yang terbaik.

“Mira memang meminati bidang pengacaraan ini sejak kecil lagi jadi bila dapat je tawaran ini saya rasa sangat teruja. Benda pertama yang Mira buat ialah Mira study dan buat research tentang program ‘Infiniteen’ ini sebab program ini sudah memasuki musim ke 3 so banyak yang Mira boleh belajar dari musim-musim yang sebelumnya.

“Mula-mula saya rasa macam tak percaya sudah sampai hingga ke tahap ini. Tapi, saya tetap rasa gembira dan bersukur kerana telah diberi kepercayaan untuk menonjolkan bakat yang ada,” tambahnya lagi.

Sedikit info mengenai program “INFINITEEN” ini ia merupakan program berbentuk bicarawara remaja ini akan mambawa penonton mendekati dan mengenali dunia remaja yang inginkan kebebasan membuat pilihan dan bersuara, menghargai keterbukaan . ketulusan dan integriti, interaktif dan inginkan sesuatu secara pantas.

Rancangan ini merupakan sebuah rancangan bual bicara santai dan berinformasi yang berkaitan denga isu-isu remaja selain memfokuskan minat dan perkembangan generasi muda dalam dunia digital, sukan, kebudayaan, gaya hidup dan hiburan. Sesuai sangat la dengan Syamira!

Apapun tahniah dan moga terus maju jaya penulis doakan buat Syamira…!

 

 

Published by
Nana