Finalis Dewi Remaja 80-an, Azah Aziz Kongsi Tip Kekal ‘Muda’ Pada Usia 50 tahun

Share

Sekian lama bermastautin di Montreal Kanada bersama keluarganya, pelakon terkenal era-90an serta bekas finalis pencarian Dewi Remaja kedua pada 1987/1988 iaitu Azah Aziz berkongsi petua masih ‘bergetah’ dan tetap menawan.

ARTIKEL BERKAITAN : Pelakon 90-an, Azah Aziz Throwback Zaman Finalis Dewi Remaja

Walaupun anak-anak sudah berganjak remaja namun pelakon drama Cinta Korporat ini tetap awet muda dan bagaikan seperti kakak kepada anak-anak terunanya.

“Tiada sebarang pembedahan, pengambilan suntikan botox mahupun pil diet. Sebaliknya saya percaya dengan perlindungan pada wajah pada awal usia. Itulah saya amalkan sejak umur 20-an lagi,” ujar pemilik nama sebenar, Norazah Aziz ketika mendedahkan rahsia cantiknya.

Tidak segan mengaku dirinya sebagai ratu krim

“Pelbagai jenis krim saya amalkan setiap hari. Baik pelembab, krim siang, krim malam dan sebagainya  untuk wajah, bawah mata dan sebagainya.

“Setiap kali selepas memakai mekap,  wajib untuk pastikan wajah dicuci bersih. Diikuti dengan pemakaian krim perlindungan,” kongsinya sambil mengakui pemakaian krim tetap diamalkan walaupun hanya duduk di rumah.

Foto Via Instagram

Kekalkan Pemakanan Sihat 

Bagi menurunkan berat badan pula, Azah mempraktikan pengambilan makanan sihat.

Beliau juga rajin berkongsi menu sihat harian menerusi laman instagramnya.

 

Selain itu, untuk kekal fit, wanita itu akan bersenam yang membantunya mendapatkan bentuk badan yang cantik.

Beliau turut berkongsi menu dietnya :

” Pagi untuk sarapan, saya akan mengambil green tea dan buah oren, kadang-kadang cuma ambil green tea, kemuadian saya akan pergi berlari sekurang-kurangnya 5km tapi kadang-kadang saya akan berlari di waktu petang bergantung pada mood 😆, lunch saya akan mengambil portion yang kecil, mesti ada protein sepeti ayam dan ikan, sayuran atau salad, dan sedikit karbohidrat seperti nasi atau kentang. Kadangkala saya tidak mengambil karbo, makan malam sama cam lunch juga. Ambil air yang banyak jadi kita tidak akan rasa lapar, tidak kepada manisan dan desert😁 Klu u all follow this inshaallah boleh turun berat badan tu, i can do it , u can do it too,

” menurut perkongsiannya di instagram

“Berat badan saya sebelum ini 63 kilogram (kg). Kerana usikan anak- anak yang mengatakan saya nampak chubby, membuatkan saya nekad untuk menurunkan berat badan. Dalam tempoh lima bulan, saya hilang 15kg. Alhamdulillah, percaturan saya berjaya.

“Caranya mudah sahaja. Saya berlari, mendaki setiap hari dan berjalan kaki untuk mendapat 10, 000 ribu langkah sehari. Untuk sarapan, saya hanya ambil teh hijau, manakala makan tengah hari pula dalam kuantiti yang sedikit.

Wah, macam boleh je cuba tip yang dikongsikan oleh Azah Aziz. Good luck!

*

Untuk info, perkahwinan Azah Aziz dan suaminya yang berbangsa Inggeris, Daud berkekalan selama 27 tahun. Setelah mengikat tali perkahwinan, Azah mengikut suaminya menetap di Montreal, Kanada.

Azah Aziz juga merupakan bekas finalis pencarian Dewi Remaja 1987/1988 yang dimenangi oleh Aleeza Kassim. Turut ada bersama mereka pada edisi kedua itu ialah bekas personaliti TV3, Sharifah Shawati dan Che Puan

Datin Mimi Wahedah.

Sumber: ( 1 )  Instagram azahmontreal

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana