Di saat ramai yang ternanti-nantikan peluang untuk ke kota suci Mekah bagi menunaikan ibadah terutamanya dalam bulan Ramadan penuh barakah ini, personaliti yang pernah dicungkil bakatnya menerusi pencarian Dewi Remaja 2014/2015 telah menerima panggilan Ilahi untuk ke sana bersama suami tercinta.
Untuk pengetahuan, Balqish Maarif, 32 kini sedang bermastautin dan menetap bersama suami di Saudi Arabia sejak 5 tahun yang lalu.
Justeru, tidak hairanlah apabila dia berkesempatan untuk menunaikan umrah sempena 1 Ramadan semalam.
Menerusi hantaran di Instagram, Balqish menunjukkan perjalanan menuju ke kota Mekah dengan menaiki kenderaan sendiri dan berhenti di perhentian bas Kudi. Tiada jemaah yang dibenarkan untuk memandu kenderaan sendiri ke Masjid al-Haram.
“Dari perhentian tersebut, kami dan jemaah lain beratur seterusnya menaiki bas dari sana.
“Untuk menunaikan umrah, hanya rakyat Saudi Arabia yang sudah menerima dos vaksin saja dibenarkan.
Ads
“Selain itu, di dalam passport kesihatan kami juga perlu menyatakan bahawa kami sudah diimunisasi. Melainkan jemaah telah mempunyai dua perkara ini, mereka tidak dibenarkan untuk memasuki ke kota Mekah,” kongsi Balqish semasa ditemu bual oleh REMAJA.
Ads
Tambah ibu kepada dua orang cahaya mata itu lagi, sebaik sahaja tiba di Masjidil Haram untuk ibadah Tawaf dan seterusnya mengerjakan Saie, masa yang diberikan hanyalah satu jam setengah sahaja.
Dan setiap jemaah akan menerima notifikasi kebenaran selama tiga jam saja untuk berada di sana.
Ads
“Kami sempat untuk mengerjakan solat Asar selepas menamatkan dua ibadah tersebut. Secara tak langsung, ia memberi kami ekstra setengah jam di sana.
“Biarpun jemaah tidak seramai kebiasaan pada bulan Ramadan tahun lalu, pihak pengurusan masih menjaga penjarakan di antara kami. Jemaah akan bergerak di atas garisan yang ditetapkan pada jarak yang telah dikira.
“Qish rasakan ini adalah Umrah yang paling tidak mempunyai sebarang sentuhan di antara jemaah,” katanya.
Seronoknya bila melihat seseorang berpeluang untuk mengerjakan Umrah pada bulan Ramadan, terutamanya dalam keadaan pandemik sekarang.
REMAJA doakan agar Umrah Balqish dan suaminya mabrur serta mereka diberikan kesihatan terbaik.
Musim minggu fesyen Spring Summer 2020 hampir sampai ke kemuncak dan tahun ini, selebriti Noor Neelofa terpilih menjadi di antara fesyenista dan jemputan utama di pertunjukan fesyen mega.
Di Milan dan Paris saja, Neelofa tak berkesempatan untuk berehat setelah dia terlibat untuk menghadiri beberapa pertunjukan utama di dua buah kota fesyen itu.
Ini termasuklah pertunjukan fesyen Prada, Max Mara, Fendi, Tods, Gucci, Salvatore Ferragamo, Dior dan jenama sepatu terkenal Giuseppe Zanotti.
(Dari kiri) : Neelofa di Max Mara, Dior dan Prada.
Terbaru, Neelofa terpilih untuk sesi Instagram Takeover bersama majalah fesyen terkenal dunia, Vogue Italia.
Menerusi Instagram Story majalah tersebut, Neelofa dipaparkan dalam beberapa video ketika sedang bersiap sedia sebelum menghadiri pertunjukan fesyen Miu Miu di Paris pada malam ini.
Untuk pengetahuan, Miu Miu ialah jenama yang mempunyai talian kepada Prada. Cuma identiti dan stail kedua-dua jenama mewah ini yang membezakannya.
Menurut Miuccia Prada sendiri, proses rekaan di Miu Miu adalah berbeza dengan Prada. Miu Miu tidak sekompleks Prada dan ia adalah lebih ‘remaja’ dan spontan.
Apapun, REMAJA cukup berbangga melihat kelibat Dewi Remaja 2009/2010 itu di minggu fesyen antarabangsa sepanjang tempoh sebulan ini.
Bukan mudah untuk sampai ke tahap Neelofa yang diletakkan sebaris dengan sosialit dan fesyenista antarabangsa.
Neelofa bersama model Jasmine Sanders dan Halima Aden di pertunjukan fesyen Fendi.
Tetapi kerana itulah hanya akan ada seorang Neelofa saja. Dia telah membuktikan semangat #GirlPower itu bukanlah omong-omong kosong. Jika minat dan usaha ada, tiada apa yang mustahil.
P.S: Tak sabar nak tengok gaya Neelofa di Miu Miu nanti.
*
HEY GIRLS WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kategori Dewi Inspirasi Pencarian Dewi Remaja 2019 telah diberikan kepada Nina Amin atas undian daripada pihak pengurusan, team produksi dan finalis Dewi Remaja yang lain itu sendiri.
Berusia 23 tahun, gadis yang berasal dari Selangor ini mempunyai semangat yang tinggi sejak di hari pertama sesi uji bakat lagi. Direject oleh juri pada stage pertama tidak membuatkan Nina putus asa untuk mencuba kali kedua.
Buktinya, keesokan harinya dia hadir bersama semangat baru dan kali ini berjaya menyakinkan pihak juri bahawa sememangnya dia layak untuk dipilih sebagai 12 finalis akhir Dewi Remaja 2019.
“Sememangnya saya tidak menyangka kerana dipilih sebagai Dewi Inspirasi. Kesemua finalis berhak untuk menang sebenarnya. Setiap hari mereka memberi inspirasi kepada saya dan mungkin kemenangan ini sudah tertulis menjadi rezeki saya pada malam ini,”
Semangat setia kawan
Sudah tentu kesemua finalis yang bertanding mempunyai misi dan harapan untuk menang. Namun, gadis ini tidak mementingkan diri sendiri, sebaliknya sering membantu rakan-rakan yang lain dalam setiap tugasan yang diberi, lebih-lebih lagi ketika sesi catwalk.
Memiliki kelebihan dalam peragaan fesyen, Nina sama sekali tidak berkira untuk memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakannya yang lain sewaktu menghadiri majlis Fabulous MUA anjuran majalah Nona dan pertunjukan fesyen busana pengantin bersama Glitz dan majalah Pesona Pengantin.
“Saya percaya walaupun dalam pertandingan, tidak ada salahnya untuk kita saling bantu-membantu. Kita pun nak berada dalam industri yang sama, jadi apa salahnya kalau kita bantu-membantu. Saya percaya kalau kita melakukan kebaikan, kebaikan itu akan datang kepada kita,” jelas Nina.
Apa-apa pun tahniah kami ucapkan sekali lagi buat Nina Amin kerana dinobatkan sebagai Dewi Inspirasi pada tahun ini.
Semoga Nina lebih berjaya di luar sana dan mendapat tempat dalam industri hiburan tanah air.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Episod separuh akhir pencarian Dewi Remaja 2019 telahpun berlangsung semalam dan ada di kalangan finalis kegemaran ramai telahpun mara ke peringkat finale!
Menerusi siaran di Astro Ria dan Ria HD itu, 6 orang finalis telah diberikan cabaran berupa 2 penggambaran fesyen yang agak mencabar.
Adriana Ghafar & Shaza Bae
Selain itu, mereka juga terlibat dalam satu sesi Corporate Social Responsibility (CSR) dengan tujuan untuk kesedaran haiwan dan alam sekitar.
Bertempat di Kuala Gandah Elephant’s Sanctuary, Pahang, mereka berenam telah melibatkan diri dengan aktiviti bersama gajah yang dibantu dan dipelihara secara terkawal.
Ada di antara gajah yang ditempatkan di sana merupakan spesis yang terpisah dengan kumpulan gajah lain. Ada juga yang memerlukan bantuan kerana kecederaan di bahagian kaki hingga perlu memakai kaki palsu.
Shaza, Adriana , Dian, Nynaa, Syamira dan Amanda masing-masing mengakui tak kekok untuk melakukan aktiviti tersebut walaupun ada di antara mereka yang baru melakukannya buat kali pertama.
“Kandang tempat mereka menetap langsung tak berbau. Mungkin ia kerana diberikan makanan buah-buahan dan dan bahan semulajadi. Ia mengawal pencernaan gajah dan membantu pembesaran mereka,” kata Shaza.
Namun sebelum mereka melakukan aktiviti tersebut, kesemuanya sempat untuk menyapu rata krim perlindungan matahari Daily Defender daripada Nuvit Malaysia yang mempunyai perlindungan SPF 50+ daripada sinaran terik matahari.
*
Akhirnya momen penentuan siapa yang bakal bertarung di finale tiba juga. Satu-persatu nama dipanggil secara rawak, bermula dengan Shaza Bae, Nynaa Harizal, Shatirah Amanda dan Adriana Ghafar.
Apabila tiba masa untuk mengumumkan finalis terakhir di antara Syamira Izzati dan Dian Fernandez, juri tetap Yusry Abdul Halim baru saja ingin mengumumkan nama kelima.
Dian Fernandez dan Syamira Izzati
Namun, korang hanya boleh mengetahuinya semasa rancangan MeleTOP yang akan bersiaran secara langsung pada hari Selasa ini jam 9.00 malam di Astro Ria & Ria HD.
So siapa yang bakal ke finale? Komen di bawah okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sedang berdepan dakwaan melibatkan kegagalan membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada sebuah syarikat, pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura dilihat kekal tenang meneruskan...