Finalis Dewi Remaja, Deeba Halil Bangkit Semula Selepas Terima 11 Jahitan

Share

 

Bukan mudah bagi sesiapa saja, terutamanya wanita muda untuk bangkit semula daripada tragedi kemalangan jalan raya.

 

Namun, life definitely has to move on, walau se-klise mana pun frasa tersebut.

Insiden yang menimpa finalis pencarian Dewi Remaja 2014/2015 ini yang juga berkhidmat sebagai seorang pramugari di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia berlaku pada Mac lalu. Namun, sakitnya memori pada waktu itu masih jelas di pemikiran Deeba Halil.

Deeba merupakan salah seorang personaliti yang dipaparkan kisahnya di dalam isu Girl Power oleh Majalah REMAJA pada bulan Julai ini, and it is for a very valid reason.

 

Foto: Akmar Azimi

 

Deeba membuktikan kepada semua orang dan paling penting – kepada dirinya sendiri – yang dirinya cukup kuat untuk berdepan dengan musibah kemalangan jalan raya tersebut.

“Saya akan ingat sampai bila-bila, ia berlaku pada 22 Mac 2018 pada jam 5 petang. Pada waktu itu, saya dalam perjalanan pulang semula ke KLIA 2 dan saya menunggang vespa di highway.

“Mungkin sudah takdir namanya, vespa saya bergesel dengan motorsikal lain sehingga saya tercampak ke dalam longkang.

“Walaupun pada waktu itu, ramai yang mengelilingi saya dan perhatikan saja saya yang sedang terbaring serta berdarah, satu benda je yang saya fikirkan – kerja,” katanya yang telah berkhidmat sebagai pramugari untuk tahun ketiga selepas tamat Dewi Remaja.

 

Instagram

 

Suka atau tidak, Deeba terpaksa menerima 11 jahitan pada kepala dan dimasukkan ke wad selama 10 hari.

“Sudah tentu saya risau dengan parut di kepala, sama ada ia akan pulih atau tidak. Bila tengok je cermin di hospital, saya tak tahan. Saya terus menangi walaupun keluarga dan doktor berikan kata-kata sokongan.

“Selepas beberapa hari, barulah emosi saya stabil sedikit kerana terlalu risaukan masa depan kerjaya. Saya sedar, setiap kesan parut dan calar ini membawa erti kisah saya. Maybe one day, saya boleh ceritakan semula kepada anak nanti.

 

Instagram

 

“Semangat untuk bangkit semula ini pun hasil pengalaman yang saya belajar semasa Dewi Remaja,” kata Deeba lagi yang sudah bertugas semula di bahagian pejabat AirAsia, buat masa ini.

“Lepas bercakap dengan Cabin Crew Executive (CCE), mereka berjanji position saya sebagai cabin crew tak ‘terancam’. Saya hanya perlu menunggu kesan parut ini pulih semula.

“Sabar itu indah.”

All the best Deeba! REMAJA yakin Deeba cukup kuat dari luar dan dalaman untuk kembali dengan rutin seperti sebelum ini.

 

#GirlPower !

 

Published by
FZ