Foto tular di media sosial sejak dua hari lalu berhubung kain rentang yang mencerca seorang pengetua sekolah di Lembah Klang telah mendapat perhatian para pelajar dari SMK St Mary Kuala Lumpur.
Sumber Foto: Tangkap layar Twitter @Mxstaqim1.
Kain rentang yang digantung di hadapan pintu masuk SMK Bandar Baru Seri Petaling itu mendakwa para guru sekolah dan pelajarnya ingin memohon agar pengetua sekolah, Puan Norwaja Binti Nordin untuk dipindahkan dengan segera dari sekolah tersebut demi “mengembalikan kejayaan dan kecemerlangan sekolah”.
Pengetua yang dimaksudkan juga digelar sebagai ‘Pengetua Mental’ oleh pihak SMK BB Seri Petaling.
Tindakan yang mengejutkan itu telah mendapat perhatian ramai pihak termasuklah bekas pelajar SMK St Mary Kuala Lumpur; yakni sekolah lama tempat Puan Norwaja berkhidmat.
Tindakan memalukan seorang warga pendidik dengan memberi gelaran ‘Pengetua Mental’ bukan saja dianggap mencemarkan institusi pendidikan malah boleh menjadi punca pelajar sekolah hilang rasa hormat terhadap golongan pendidik.
Pelajar Bersuara Bela Bekas Guru
Hasilnya, satu-persatu bekas pelajar SMK St Mary tampil memberikan pandangan mereka. Ini termasuklah finalis Top 6 pencarian Dewi Remaja 2019 iaitu Dian Fernandez
Menurut Dian atau nama sebenarnya Andrianna Fernandez Azmi, perbuatan menggantung kain rentang (banner) adalah bersifat tidak matang.
“Tiada siapa yang layak untuk diperlakukan sebegini. Beliau merupakan seorang guru yang bagus untuk kita semua dan saya tidak merasakan tindakan membuli seorang guru seperti ini adalah wajar.
“Sepanjang Puan Norwaja menjadi guru panitia Bahasa Melayu semasa saya belajar di SMK St Mary, beliau sudah terbiasa dengan budaya di sekolah kami yang tegas dan mementingkan displin di kalangan pelajar.
“Di sana, saya dan rakan sekolah perlu membersihkan tandas pada setiap hari semasa waktu rehat. Kami perlu berdiri di hadapan sekolah sepanjang perhimpunan hari Isnin jika kelas kami didapati kotor.
Ads
“Ya, memang pelajar SMK St Mary dididik secara tegas, namun pengalaman itulah yang telah membentuk saya menjadi seorang yang berdisplin. It made me to strive to do better. Jika anda inginkan sekolah anda cemerlang, anda perlu berkorban. Suck it up,” jelasnya yang kini sedang melanjutkan pelajaran.
*
*
Seorang lagi bekas pelajar yang ingin identitinya dirahsiakan beranggapan Puan Norwaja sebagai seorang guru yang dihormati untuk tempoh yang lama dan telah mengajar pelajarnya dengan cukup baik.
Ads
“Apabila beliau menyertai sekolah baru sebagai seorang Pengetua, tentunya beliau ingin menaikkan lagi standard pembelajaran di sekolah tersebut seperti mana standard yang wujud di SMK St Mary dengan segera. Ini demi kecemerlangan pelajar, pendidik dan sekolah itu sendiri.
“Saya difahamkan ramai guru dan pelajar yang tidak bersetuju dengan cara beliau kerana mereka tidak mampu membiasakan diri dengan sistem yang tegas dan tekanan yang ada
“Lalu, mereka mengambil langkah untuk memalukan seorang pengetua di mata khalayak ramai. Ini adalah tindakan buli dan biadap terhadap seorang pendidik yang mempunyai niat ikhlas untuk membantu,” jelasnya.
*
Seorang lagi pelajar inginkan permohanan maaf diberikan kepada Puan Norwaja.
“Jika anda tidak mahu menghormatinya sebagai seorang guru, sekurang-kurangnya hormatilah beliau sebagai seorang insan yang lebih berusia daripada anda. Puan Norwaja akan sentiasa menjadi sebahagian daripada keluarga St Mary.”
Untuk pengetahuan, satu bentuk petisyen telahpun diwujudkan semalam di laman web change.org demi membantah tindakan tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru berusia 21 tahun, bekas juara remaja dunia, Goh Jin Wei telah pun mengumumkan persaraannya daripada sukan badminton menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman YouTubenya, dua hari selepas tidak tersenarai dalam skuad Piala Sudirman.
Antara sebab keputusannya itu adalah kerana tempoh pemulihan yang panjang selepas menjalani pembedahan akibat sakit dalam pada tahun 2019.
“Saya telah bersama pasukan kebangsaan untuk tujuh tahun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk peluang dan juga kepada semua rakan dan peminat. Saya harap semua kekecewaan dan impian saya, akan dapat diteruskan oleh rakan-rakan seperjuangan, Lee Zii Jia dan Lai Pei Jing,” katanya.
Sabtu lalu, BAM tidak menyenaraikan Jin Wei dalam skuad Piala Sudirman disebabkan tidak bersedia daripada segi fizikal untuk kejohanan berpasukan campuran itu, tetapi menyenaraikannya untuk Piala Uber.
Untuk rekod, Jin pernah menjuarai Piala Dunia Remaja pada edisi Lima 2015 (Peru) dan Markham 2018 (Kanada), Jin Wei juga memenangi gelaran di Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018 dan Sukan SEA Kuala Lumpur.
Tidak dinafikan persaraan di usia yang masih muda merupakan satu kerugian besar buat negara. Namun, apa daya dek masalah kesihatan, pemain remaja ini perlu untuk mengutamakan dirinya terlebih dahulu. Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya buat Goh Jin Wei dan semoga terus sukses dalam setiap apa yang dilakukannya selepas ini.
Tiada angin, tiada ribut, personaliti YouTube Athisha Khan yang juga merupakan adik kepada selebriti, Noor Neelofa ‘naik angin’ di media sosial.
Segalanya berpunca daripada perasaan ingin tahu netizen mengenai susur galur keluarga Athisha yang berskala agak besar.
Apabila muncul acara keraian seperti majlis perkahwinan Mohamed Aqif (adik Noor Neelofa) dan Aina Syahira hujung minggu lalu, ahli keluarga Athisha pasti akan berkumpul untuk meraikannya beramai-ramai.
Seperti kebiasaan, foto dan video acara akan dimuat naik dan ramai mula tertanya-tanya mengenai hubungan ahli keluarganya. Senang cerita, who is who, which is which.
Tidak salah pun untuk netizen mempunyai rasa ingin tahu itu memandangkan ramai yang meminati ahli keluarga Athisha seperti dirinya, Noor Neelofa, Noor Nabila dan Ameera Khan.
Yang salahnya adalah apabila ada netizen yang memuat naik spekulasi tidak berasas mengenai keluarganya. Mulalah ada netizen yang melontarkan cercaan, tohmahan malah fitnah terhadap mereka tanpa selidik.
Justeru sebagai salah seorang ahli keluarganya, Athisha enggan lagi berduduk diam dengan situasi tersebut dan memberi amaran menerusi akaun Twitter-nya, semalam.
“Sekiranya sesiapa ingin mengatakan sesuatu mengenai ibu bapa saya tanpa mengetahui apa-apa, let me make this clear to you, **** you”
“Kamu tahu saya tidak akan menggunakan perkataan seperti itu di online melainkan saya benar, benar marah. Tolong belajar untuk ada perasaan hormat.
Belajar untuk mempunyai sedikit rasa hormat kepada diri sendiri. Rasa malu sikit, kasihan kepada ibu bapa kamu,” jelas Athisha.
Amaran tersebut adalah berasas memandangkan kita semua perlu melakukan segala daya untuk mempertahankan keluarga kita daripada kata-kata negatif orang lain.
Jika sekali dua, tak apalah juga untuk kita memaafkan. Tetapi kalau dah kerap sangat, siapa saja yang tidak akan ‘meletup’?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, terdapat beberapa filem berskala epik yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia kini; termasuklah filem biopik Anwar: The Untold Story, Polis Evo 3, Fast X, Guardians of the Galaxy Vol 3 dan beberapa lagi filem yang dinanti-nantikan oleh penonton.
Di pihak penonton, situasi ini tentunya diterima baik memandangkan ia memberi lebih banyak pilihan di tangan mereka. Tepuk dada, tanyalah selera filem mana yang ingin ditonton.
Begitupun, di pihak pengeluar dan pasukan produksi filem terutamanya dua buah filem tempatan yang sedang bersaing sengit untuk mengaut kutipan, ia sedikit sebanyak memberi tekanan.
Produksi filem Anwar: The Untold Story baru-baru ini misalnya mendakwa sesetengah pawagam cuba mensabotaj tayangan filem biopik arahan pengarah Indonesia, Viva Westi itu kerana ia memaparkan kisah jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri kesepuluh, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Walaupun ia kini memegang rekod sebagai filem biopik pertama Malaysia yang mencatatkan kutipan RM1 juta pada hari pertama tayangannya 18 Mei lalu, Pengerusi DMY Creation iaitu Datuk Mohamed Yusoff mendakwa slot tayangan yang diberikan oleh pemamer pawagam tempatan tidak mencukupi selari dengan permintaan penonton.
Katanya lagi, ada pawagam yang menyediakan 40 slot tayangan untuk filem antarabangsa tetapi hanya memberikan empat slot untuk naskhah terbitan mereka itu. Malah, penonton juga mengadu tidak dapat menonton di beberapa pawagam berikutan tiada slot tayangan.
Sekaligus, kutipan filem Anwar: The Untold Story sedikit merosot berbanding saingannya seperti Polis Evo 3 yang terus unggul di tangga pertama.
Menjawab dakwaan sabotaj itu, Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) tampil ke hadapan untuk menafikan slot tayangan filem Anwar: The Untold Story telah dikurangkan di 124 buah pawagam negara dan berkata ia tidak pernah meminggirkan mana-mana filem tempatan malah menyokong perkembangan industri perfileman negara.
“Malaysian Association of Film Exhibitors (‘MAFE’) menyangkal dakwaan secara tidak adil terhadap pemamer pawagam tempatan mengenai keengganan menayangkan filem berkenaan dan seterusnya menghalang sasaran kutipan mereka.
“MAFE memperjuangkan pertumbuhan industri perfileman tempatan termasuklah filem Anwar: The Untold Story,” kata mereka.
Tambah MAFE lagi, pemamer pawagam tempatan meletakkan purata lima masa tayangan filem Anwar: The Untold Story meliputi 70 peratus lokasi di seluruh negara. Manakala, slot tayangan lebih banyak tersedia di pawagam yang terletak di pusat bandar.
Korang sudah menonton Anwar: The Untold Story? Senang tak untuk mendapatkan tiket?
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...