Bola sepak dan lelaki sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bagi Finalis Hero Remaja 2017, Harris Annuar bola sepak bukan sahaja sukan atau hobi. Baginya, bola sepak merupakan gaya hidup yang mempunyai keunikannya sendiri. Bila ditanya mengapa memilih sukan bola sepak sebagai salah satu aktiviti gaya hidupnya, Harris memberikan tiga sebab utama. Pertama, ia bertindak sebagai aktiviti rutin bagi mengekalkan stamina dan kesihatan. Kedua, bagi menjadi kesihatan kardio. Dengan bola sepak, kesihatan kardio dapat dilatih untuk mencapai stamina dan badan yang sihat. Dan yang ketiga, bola sepak merupakan antara platform untuk Harris mencari lebih ramai kenalan dan meluaskan networking.
Harris yang juga peminat tegar pasukan Arsenal ini mula berjinak-jinak dengan bola sepak pada usia 19 tahun. Walaupun penglibatannya agak lewat tetapi dengan minat kesungguhan luar biasa, Harris telah buktikan ia mampu direalisasikan. Menurutnya, sebelum itu dia lebih fokus dengan sukan bola tampar. Wahh, siapa sangka Finalis Hero Remaja yang terkenal dengan #BangkitBotak mempunyai bakat sukan yang agak hebat. Sebagai pemain Harris sangat fleksibel dan boleh bermain di semua posisi. Hebat ya abang botak ni!
“Kalau main di liga besar, saya lebih prefer main sebagai keeper sebab nak elak daripada kecederaan. Setakat ini most of the team yang saya main, semuanya nak saya jadi keeper atau striker sahaja,” jelasnya yang kini sudah bermain untuk 20 buah pasukan di sekitar Lembah Klang.
Minat yang mendalam terhadap sukan paling popular di dunia ini telah mendorong Harris untuk menjadi seorang pengurus pasukan bagi kelab Condoh FC. Peranannya sebagai pengurus bermula pada tahun 2014. Dengan pengalamannya sebagai pemain sejak tahun 2011 di Condoh FC, Harris mengemudi pasukannya menjadi juara MSU League sealam dua musim berturut-turut, naib juara Klang Valley League Divisyen 1 dan mara ke separuh akhir Kota Damansara Premier League. Buat masa ini Condoh FC sedang bertanding di dalam Selangor Champions League, di mana ia merupakan liga yang menghimpunkan juara-juara dari seluruh negeri Selangor.
Dengan penglibatannya secara aktif dalam dunia bola sepak, bagaimanakah Harris membahagikan masa untuk semua ini? Baginya, ia bukanlah satu masalah besar. Harris tahu walau apapun yang berlaku dia akan pentingkan kariernya dahulu namun ia bukanlah bermakna terus mengenepikan kelab yang diwakili dan diuruskan olehnya.
Malah, Harris turut berkongsi bagaimana pasukannya tewas di peringkat separuh akhir pada kejohanan Kota Damansara Premier League disebabkan pada hari yang sama dia terpaksa menghadiri uji bakat Hero Remaja. Disebabkan ketiadaan saya berlaku satu isu teknikal yang tidak dapat dielakkan dan secara tidak langsung menyebabkan pasukan saya kalah. Ia merupakan satu pengalaman yang saya ambil secara positif. Pemain-pemain juga cukup sporting dan hingga kini mereka jugalah yang menjadi penyokong kuat saya dalam Pencarian Hero Remaja.
“Pada saya cabaran sebagai seorang pengurus pada usia muda ialah saya harus set pemikiran yang sama dengan player yang lebih tua . Oleh kerana mereka mempunyai pengalaman lebih lama, saya harus pandai untuk manage mereka. Tapi, Alhamdulillah mereka menghormati saya sebagai pengurus dan saya menghormati mereka sebagai pemain. Senang cerita, atas padang mereka dengar arahan, luar padang mereka kawan yang paling baik saya ada,” tambah Harris yang cukup mengidolakan Arsene Wenger dan Zlatan Ibrahimowich.
Bila ditanya tentang Finalis Hero Remaja 2017 yang lain tentang bola sepak, Harris ketawa kecil. “Kalau paling power main bola, bagi saya Aiman Rahman. Makala yang paling kaki bangku pula tak lain tak bukan Alif Muhaiman. Memang kaki bangku teruk! Tapi kami semua macam adik-beradik. Gurau-gurau tu perkara biasalah,” jelasnya dengan senyuman paling lebar.
Teruskan mengundi Harris Annuar di sini untuk menjadi Hero Favourite. Jangan lupa untuk menyaksikan Hero Remaja episod keempat pada malam ini, jam 9 malam di Astro Ria.