
Finalis Hero Remaja 2017, Adam Yusuf, Ashraff Moghni dan Razman Mahayuddin diberi kesempatan untuk bersama-sama menjayakan kempen Malaysia #QuranHour.
https://youtu.be/36FbvWstFDw
Video Content Menarik Boleh Tarik Jumlah Followers, Harris Annuar Kongsi Ilmu Bersama Finalis Hero Remaja 2020

Selepas tamat pencarian Hero Remaja 2017, nama Harris Annuar semakin dikenali di media sosial kerana video viral yang dihasilkan mencuri perhatian netizen. Mengakui bahawa dunia digital hari ini sangat penting terutamanya untuk mereka yang bergelar anak seni, pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 ini sempat berkongsi pengalaman dan ilmu digital bersama finalis Hero Remaja 2020.
“Kalau nak diikutkan saya ni bukanlah hebat sangat dalam dunia digital, tetapi saya cuba untuk berkongsi apa yang saya lakukan selama lebih kurang tiga tahun ini selepas tamatnya program Hero Remaja. Bermula dengan 15 ribu followers, Alhamdulillah saya kini sudah pun memperoleh lebih kurang 540 ribu pengikut di Instagram,”
“Apa yang saya lihat, dunia digital ini sangat relevan untuk memastikan korang bertahan dalam dunia hiburan. Jujur saya cakap media sosial ini sangat penting untuk mereka membina nama. Kalau korang ramai followers dan peminat, ia sedikit sebanyak dapat membantu kerjaya korang dalam industri,”
“Jadi hari ini, Harris berbesar hati apabila diberi peluang untuk berkongsi ilmu kepada finalis Hero Remaja 2020 dan basically, apa yang saya share adalah tentang bagaimana untuk menambah jumlah followers dan paling penting bagaimana mencari content menarik untuk dikongsikan bersama pengikut mereka. Macam Harris sendiri, saya memang mengakui jumlah followers naik mendadak apabila kita berjaya membuat video yang memberi kesan kepada penonton,” kata Harris.
Tidak dinafikan antara cabaran utama di media sosial adalah bila mana mereka perlu berhadapan dengan netizen yang kebanyakannya suka mengecam dan bukannya menyokong. Namun, Harris tidak cepat melatah dan turut memberikan pesanan buat finalis agar tidak melayan individu-individu negatif.
“Kalau nak cakap tentang netizen ni, kita sebenarnya tidak boleh nak control mereka sebab Harris pernah tengok satu gambar ni, ada seekor keldai bersama pasangan suami isteri. Jika suami menunggang kedai dan isteri di bawah, orang akan cakap suami tersebut dayus. Tapi kalau isteri pula diatas dan suami dibawah, orang akan mengata pula suami takut bini,”
“Jadi apa-apa pun yang kita buat orang tetap akan judge. Jadi, apa yang patut kita buat adalah memekakkan telinga dan jangan layan, namun korang juga perlu tahu ada juga netizen yang sangat positif. Ambil mana yang baik, dan tinggalkan mereka-mereka yang memberi aura negatif,” jelas Harris lagi.
Finalis Dewi Remaja Ada Prediction Siapa Juara Hero Remaja! Rupa Atau IQ Jadi Pilihan?

Seperti kami di REMAJA, beberapa finalis pencarian Dewi Remaja juga sukar untuk memilih siapakah finalis paling layak untuk menyandang gelarang Hero Remaja 2020 pada malam ini.
Bakal berlangsung secara LIVE di saluran Astro Ria dan Ria HD pada jam 9.00 malam, jom kita tengok siapakah yang menjadi pilihan Dewi-Dewi kita.
Adakah ia Nadhir, Meerqeen, Umar, Jabir ataupun Haziq? Dan adakah Dewi lebih tertarik dengan rupa ataupun kebijaksaan mereka?
ARTIKEL BERKAITAN: Ramalan Juara Oleh ‘Abang’ Finalis Hero Remaja 2017
Nynaa Harizal
(Pelakon & Pemenang Tempat Ketiga Dewi Remaja 2019)
“Nynaa rasa semua ada potensi untuk menjadi Jjuara. Tetapi yang paling menyerlah yang Nynaa tengok ialah Umar. Dia ada pakej lengkap untuk menang, ada rupa, bijak, pandai berkomunisasi dan ada aura tersendiri.”
Nina Amin
(Dewi Inspirasi 2019)
“Bagi Nina, Nadhir ada peluang cerah kerana dia adalah seorang yang multi-talented. Dia juga amat konsisten sepanjang musim ini dan Nina lihat dia boleh jayakan apa-apa cabaran apabila dia fokus. Lagipun, minatnya yang serius dalam bidang seni ini pun jelas.”
Arena Wan
(Dewi Favourite (2018/2019)
“(Ketawa) Susah Arena nak pilih di antara Nadhir dan Umar. Umar mempunyai aura sebagai seorang Hero Remaja. Bila sesiapa lihat di hadapan mata, ya dia ada aura itu. Of course, rupa dan attitude juga memainkan peranan.
“Jika Nadhir pula, Arena suka cara dia membawa diri dari segi percakapan dan attittude. He is real as a person dan dia tak cuba untuk menjadi orang lain. Salah seorang daripada mereka is my best bet, but honestly memang susah nak pilih!”
Sharlina Gilbert Mojinun
(Dewi Favourite 2019)
“Umar mungkin pilihan Hero Remaja saya kerana dia bijak menjawab soalan secara spontan dan ikhlas dari minda. Bagus untuk interaksi di atas pentas nanti. Tapi Nadhir juga unik dan mempunyai personaliti yang colourful. Dia berlainan dengan semua juara yang Hero Remaja pernah hasilkan.”
Zeera Azizi
(Pelakon & Finalis Dewi Remaja 2018/2019)
“Merqeen bagi Zeera ada personaliti yang sangat menarik. Tapi Nadhir pula kekuatan dari segi bakat dan dia boleh lakukan apa saja cabaran dengan tekun.”
Aishah Azhan
(Pengacara HLive)
“Susah Ash nak pilih di antara Nadhir dan Umar. Semua tahu Nadhir berbakat dan mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Umar pula mempunyai kebijaksanaan untuk pusingan finale ini. Ash pasti jawapannya di pentas nanti akan jadi yang terbaik!”
Dian Fernandez
(Finalis Dewi Remaja)
“I definitely think it will be Nadhir because he has been consistent from week 1. He can do anything effortlessly. My second vote would be Umar. A smart candidate, handsome, talented – full package. Like Nadhir, Umar juga sangat konsisten. What is there about him that is lacking for Hero Remaja 2020? Not much.”
Shatirah Amanda
(Pelakon & Penyanyi)
“Amanda rasa semuanya berpotensi untuk menang kerana masing-masing ade kelebihan. Rezeki akan bergantung kepada siapa yang perform pada malam ini.”
Myra Natasha
(Finalis Dewi Remaja 2019)
“Saya rasakan Umar akan memberi saingan sengit kerana malam finale Hero Remaja 2020 adalah live show. Siapa yang paling tenang dan petah menyampaikan pendapat mempunyai kelebihan yang besar.”
Azra
(Finalis Dewi Remaja 2019)
“Pada pandangan saya, ia adalah di antara Nadhir dan Umar kerana kedua-duanya mempunyai kualiti yang berbeza. That can be a good thing kerana kita mencari sesuatu yang baru.”
*
Jadi korang dah tahu pilihan Dewi, siapa pula Hero Remaja 2020 pilihan korang??
Ayat Suci Al-Quran Terselamat Dalam Kejadian Rumah Terbakar, Alif Muhaimin Yakin Ada Hikmah

Rasa terkejut dan gusar dirasai oleh pelakon, Alif Muhaimin Abdul Rahman apabila mengetahui rumahnya sekeluarga terbakar pada 12 Disember lepas dengan ibunya, Faridah Sheikh Mohamed masih berada di dalam.
Alif, 28 yang juga merupakan juara pencarian Hero Remaja 2017 memaklumkan bahawa dia dan adik-beradik lain mendapat perkhabaran dukacita tersebut setelah ibunya menghantar mesej ke dalam grup WhatsApp keluarga sekitar jam 3.50 petang, semalam.
Menerusi mesej tersebut, ibunya meminta mereka menghubungi Bomba setelah mendapati sebahagian daripada rumah mereka di Kelana Jaya itu telah terbakar.
Kira-kira 30 minit kemudian, pihak Bomba tiba dan bergegas memadamkan kebakaran demi mengelaknya daripada merebak ke kediaman jiran. Sepanjang tempoh tersebut, ibunya masih berada di dalam rumah tersebut!

Adik Alif, Hazirah Abdul Rahman yang terlebih awal tiba di sana telah membawa keluar ibu mereka yang sudahpun berada dalam keadaan trauma dan tidak bermaya. Begitupun, Hazirah mengalami kecederaan ringan apabila melecur dari pergelangan tangan hinggalah ke bahagian bawah sikut.
Alif yang tiba tidak lama selepas itu juga mengangkat ibunya itu dan bersyukur beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, perasaan terkejut terus dirasai di samping risau memikirkan tempat tinggal mereka sekeluarga.
Menurut Alif lagi, kebakaran berkenaan mungkin berpunca daripada litar pintas sewaktu cuaca hujan lebat dan petir pada hari Isnin.
Dalam perkongsian di Instagram sebentar tadi, Alif turut berkongsi keadaan semasa rumah serta beberapa paparan video sewaktu ia dijilat api. Tambah menyayat hati adalah apabila Alif mendapati perhiasan ayat suci Al-Quran pada pinggan porselin dan yang digantung pada dinding rumah tidak terkesan daripada kebakaran tersebut.
“Allahuakbar. Saya jadi lagi yakin bila tiada satu ayat atau surah Al-Quran (yang musnah). Tak ada satu pun potongan dan koyak.
“Walaupun boleh nampak air cond cair atas tu tapi ayat bawah dia cantiik je. Allah nak yakinkan ada hikmah, insyaAllah.”
“Setaip yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Setiap orang ada dugaan. Tapi kalau kita bersabar, Allah janjikan yang lebih baik. Walau apapun terjadi, sentiasa positif!” catatnya.
Sementara itu, rakan seangkatan seperti Safwan Nazri, Shasha Abedul, Hariz Hamdan, Raja Atiq dan Shaza Bae tampil mengirimkan kata-kata semangat untuknya.
“Alif minta maaf tak sempat nak balas komen satu-satu. Buat masa ini sedang sibuk mengemas. Terima kasi kepada semua yang mendoakan dan memberi bantuan. Semoga Allah balas jasa baik korang semua,” katanya.
Bagi korang yang ingin menghulurkan bantuan kepada Alif Muhaimin sekeluarga, korang boleh berbuat sedemikian di akaun Maybank bernombor 16 427 669 0882.
Sumber Foto: Instagram @alipblastoff
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.