Tidak mahu berada di takuk sama. Pelakon muda yang sedang meningkat naik dan juga finalis Hero Remaja 2020, Hariz Hamdan sedia menerima kritikan penonton apabila dia mencabar diri untuk lari daripada membawa watak anak orang kaya.
Menurut Hariz, 21, yang cukup sinonim dengan drama-drama ‘Megah Holding’, selepas tiga tahun bergelar pelakon dia enggan dilabel sebagai pelakon stereotaip.
“Saya masih muda dan perjalanan karier saya masih panjang. Saya tidak mahu dikenali dengan satu watak sahaja.
“Justeru, tahun ini memang saya mencabar diri untuk keluar daripada zon selesa dengan mencuba pelbagai watak berbeza. Jika dikritik, saya menerima dengan yang terbuka.
“Kritikan adalah perkara yang baik jika dilihat daripada sudut positif, ini bermakna ada orang menonton drama lakonan saya,” ujar Hariz.
Biarpun masih baru dalam dunia seni, Hariz bersyukur apabila bakatnya mendapat kepercayaan banyak pihak. Buktinya, tiga buah drama lakonannya iaitu Andai Itu Takdirnya, Isteri Halal dan Gadis Exxtra kini sedang ditayangkan serentak di kaca televisyen.
Pengalaman Yang Tidak Boleh Dilupakan
Ads
Disoal apakah pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang membawa watak di luar zon selesanya, kongsi Hariz sambil tertawa tangannya kemerahan-merahan gara-gara digigit nyamuk.
“Semasa awal penggambaran drama Andai Itu Takdirnya lokasinya adalah di sebuah rumah kampung. Ketika itu, saya langsung tidak bersedia sebarang ubatan atau krim anti nyamuk atau serangga.
“Tidak sampai 24 jam di lokasi penggambaran tangan saya penuh dengan bintik-bintik merah yang cukup gatal. Rupanya saya mempunyai kulit yang sensitif.
“Nasib baik, nyamuk tidak gigit bahagian wajah, jika tidak susah juga untuk tutup dengan solekan kerana agak besar. Saya terpaksa mendapatkan rawatan di klinik dan tanda-tanda kemerahan itu mengambil masa sebulan juga untuk hilang,” kata Hariz.
Belajar daripada pengalaman tersebut, Hariz kini sentiasa bersiap sedia sebelum memasuki set penggambaran terutama jika lokasi penggambaran di kawasan kampung atau hutan.
“Sekarang saya okey, tidak ada sebarang masalah. Itu semua pengalaman yang menjadikan saya lebih bersedia.
Ads
“Demi tidak berhadapan perkara yang sama, dalam kereta saya sudah seperti mini farmasi. Daripada krim sapu, ubat makan dan pelbagai lagi keperluan ketika kecemasan semua saya sediakan,” tutur Hariz.
Perkembangan Terkini
Berkongsi tentang perkembangan terbaharunya, Hariz yang kini dikenali peminat dengan watak Azhar dalam drama Andai Itu Takdirnya bersyukur lakonannya menarik perhatian peminat.
“Memang drama ini membawa tuah kepada saya, kerana sekarang jika ke mana-mana orang tidak panggil saya Hariz Hamdan tetapi Azhar.
Ads
“Dikenali dengan nama watak adalah satu penghargaan buat seorang pelakon dan saya cukup seronok apabila mengetahui lakonan saya diterima ramai,” luahnya lagi.
Finalis pertandingan Hero Remaja 2020 itu cukup teruja apabila drama gandingannya bersama pelakon-pelakon hebat seperti Ellie Suriaty, Nabila Huda, A. Galak dan Puteri Aisyah dalam drama Hari-Hari Terakhir Seorang Pendosa akan menemui penonton pada 15 April ini di TV3.
Selain itu, drama lakonannya yang menanti tayangannya adalah Alamak Lagi-Lagi Dia (TV OKEY) bermula 24 April dan Sis Sayang Kamu (TV OKEY) pada 27 April serta filem Jemputan Ke Neraka yang akan berada di pagawam pada 22 Jun depan.
Hariz yang merupakan duta jenama kasut sukan antarabangsa, Asics di Malaysia berasa cukup bertuah apabila dapat bertemu dengan pelakon terkenal Thailand, Pon Nawasch yang juga duta jenama berkenaan, pada acara pelancaran Asics di Vietnam baru-baru ini.
Gembira lihat ‘produk’ REMAJA makin dikenali dan berjaya. All the best Hariz…!
Sesi pertama bagi pusingan akhir uji bakat pencarian Hero Remaja 2021 telah pun berjalan dengan lancar dengan kehadiran peserta yang rata-ratanya menetap di Kuala Lumpur dan Selangor. Disebabkan rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan, maka kali ini kebanyakan peserta uji bakat adalah yang tinggal di Lembah Klang.
Seperti tahun-tahun yang lalu, pencarian Hero atau Dewi Remaja sentiasa menerima penyertaan daripada selebriti media sosial atau lebih popular dengan gelaran instafamous. Malah, ada yang menganggap bahawa jika instafamous menyertai sesi uji bakat ini pasti akan diterima masuk menjadi finalis.
Kali ini, Muhammad Aniq Syafiq Jemain atau Nick Syaf dan Baihaqi Abdul Majid turut menyertai uji bakat Hero Remaja 2021. Bagi Nik sendiri, tidak ada isu sama ada instafamous atau orang biasa yang datang mencuba nasib dalam pertandingan seperti ini kerana apa-apa pun perkara utama yang diambil kira adalah bakat mereka.
“Bak kata orang, tiada yang lama, tiada yang baru. Bagi saya, perkara seperti ini sebenarnya tidak mendatangkan masalah pun kerana ini semua adalah rezeki yang sudah tertulis. Semua orang ingin belajar untuk menjadi yang terbaik, jadi tidak salah sekiranya kami juga ingin mencuba nasib,”
Nik Syaf antara peserta yang berjaya ke peringkat ketiga, sekali gus menerima kad ‘PASSED’ daripada barisan juri. Remaja berusia 23 tahun ini tidak menonjolkan bakat tariannya kerana para juri sudah sedia maklum dengan kehebatan tarian Nick. Ingin berikan kelainan, Nick mencabar diri untuk berlakon dan juri Que Haidar juga menjelaskan bahawa ada ‘sesuatu’ dalam diri Nick yang akan membawanya lebih jauh.
Walau bagaimanapun, remaja ini dinasihatkan untuk lebih bersedia sekiranya dipilih menjadi finalis. Ada banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk dia masuk ke dalam industri hiburan.
“Saya berjanji saya akan cuba untuk berubah menjadi lebih baik. Saya akan ingat setiap apa yang juri pesan pada hari ini,” jelas Nick.
Namun, nasib tidak menyebelahi Baihaqi kerana dia gagal untuk mara ke peringkat seterusnya kerana dia tidak dapat menyakinkan juri di peringkat ketiga.
“Saya dah selesai ke stage 3 tapi malang sekali kerana saya tidak berjaya untuk meneruskan ke peringkat seterusnya. Saya terima kerana saya sedar kekurangan saya dan juri pun cakap saya masih belum bersedia. Lagi pun kata mereka umur saya masih muda, jadi saya masih banyak lagi peluang untuk mencuba pada tahun akan datang,”
“Saya tidak akan berputus asa, sebaliknya saya pastikan jika saya hadir ke sesi uji bakat masa hadapan, saya akan buat lebih baik berbanding hari ini,” jelas Bai.
Untuk korang yang masih ingin mencuba, sesi uji bakat pencarian Hero Remaja 2021 akan diteruskan lagi pada hari esok (11 April 2021) bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai adik, abang dan saudara kepada selebriti lelaki popular yang menyertai ujibakat Hero Remaja 2020.
Namun tak semua berjaya mengharungi sehingga ke peringkat akhir ujibakat kecuali salah seorang finalis ini.
Imran Aqil, 21 merupakan adik kepada pemegang title Hero Favourite 2017, Nabil Aqil.
Dalam sidang semalam yang turut menjemput Nabil sebagai salah seorang jemputan, pelakon dan model tinggi lampai itu gembira apabila adiknya, Imran terpilih.
“Saya betul-betul berbangga dengan penglibatannya dalam Hero Remaja 2020 dan saya harap dia lakukan yang terbaik untuk musim ini.
”Cuma saya enggan terlalu menekan dia dengan memberi terlalu banyak tip kerana saya rasa dia perlu menonjolkan diri dengan cara sendiri. Saya dahulu pun lakukannya sendiri dan saya percaya dia juga boleh lakukannya. Make his own path,” jelas Nabil.
Ditanya pula mengenai perasaan ibu mereka, Yasmi Abdul Hamid apabila kedua-dua orang anak lelakinya bergelar finalis Hero Remaja, Nabil berkata ibunya gembira dengan keputusan Imran.
“Just be humble, itu yang penting. Kru produksi di sekeliling bekerja lebih kuat daripada kita sebagai peserta. Be yourself as always tapi jangan lupa untuk berterima kasih selalu.”
*
Korang rasa Imran Aqil boleh mengulangi kejayaan Nabil hingga ke peringkat finale?
Setelah seminggu kelahiran anak sulung kepada Fattah Amin dan isterinya, Nur Fazura, akhirnya pasangan glamor tersebut telah mendedahkan nama cahaya mata perempuan mereka seperti yang dijanjikan.
Terdahulu selepas kelahirannya pada hari Jumaat (2 Oktober) lalu, Fattah dan Fazura masing-masing menerusi akaun Instagram mereka memohon masyarakat agar memahami keputusan mereka untuk merahsiakan nama serta wajah anak mereka selama seminggu selaras dengan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Hari ini setelah genap tujuh hari, Fattah dan Fazura mendedahkan nama anak mereka ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.
Seloroh mereka menerusi Instagram @fattzuralovelife, ‘Fatima’ berkata, “Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.
“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia!” catat mereka menerusi akaun Instagram khas itu.
REMAJA tertarik dengan makna di sebalik nama Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah.
Ia bermaksud..
Nur : Cahaya
Fatima : Puteri Rasullulah SAW, Yang Tidak Menyusu Lagi
Aisya : Isteri Rasullulah SAW, Hidup Bahagia
Abdul : Hamba Allah
Fattah : Penakluk
Indah bukan!
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Fattah dan Fazura.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan berjalan masuk ke bilik temu duga, dan sebelum sempat ucap “selamat pagi”, panel penemuduga sudah tersenyum lebar. Kenapa? Mungkin sebab kamu kelihatan “presentable”...