Finalis Hero Remaja 2020 Sahut Cabaran #NoHandShakeChallenge

Share

Pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini telah mengamalkan letak tangan di dada dalam mencegah COVID-19. Letakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman dan bersentuhan.

Orang ramai juga disaran untuk mengelakkan bersalaman secara sentuhan dan cara ini perlu diberi perhatian berikutan virus tersebut yang boleh berjangkit melalui sentuhan dan tidak melalui udara.

Berikutan dengan inisiatif ini, finalis Hero Remaja 2020 juga tidak ketinggalan untuk menyokong dan melakukan kempen #nohandshakechallenge di laman sosial media mereka bagi memberi kesedaran kepada masyarakat, terutamanya golongan remaja.

Korang juga boleh memuat naik gambar dengan meletakkan tangan di dada di Instagram dengan menggunakan hashtag #noshakehandchallenge.

Beberapa pengguna media sosial juga sudah pun melakukan cabaran ini sebagai tanda sokongan dan kesedaran tentang saranan yang telah dibuat oleh KKM.

Selain daripada tidak melakukan sentuhan, jangan lupa amalan untuk memakai mask dan sentiasa mencuci tangan. Sama-samalah kita berdoa agar dijauhi dan dilindungi daripada serangan COVID-19 ini.

Published by
Noor Ain Norman