Bagi korang yang telah mengikuti rapat perjalanan pencarian Hero Remaja 2020 sama ada menerusi program televisyen, update di media sosial mahupun menerusi sesi Live di laman Instagram – pastinya korang sedar akan situasi para finalis yang dikuarantinkan sejak Januari lalu.
Seperti yang pernah dilaksanakan untuk program Dewi Remaja pada edisi 2019, 12 orang finalis Hero Remaja turut ditempatkan di bawah satu bumbung bagi memudahkan perjalanan serta rakaman program.
Namun, situasi pandemik melibatkan penularan wabak Covid-19 sejak Februari lalu nyata telah menimbulkan isu. Bukan saja program Hero Remaja 2020 yang mengalami isu untuk menjalankan penggambaran dan aktiviti luar.
Malah kebanyakan penggambaran drama televisyen dan filem turut mengalami isu ‘setback’ ini.
Alhamdulillah, produksi Hero Remaja 2020 hakikatnya telah merakam perjalanan episod pertama hingga ketujuh terlebih awal sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan oleh pihak kerajaan bermula 18 Mac lalu.
Tiada sebarang penggambaran major yang tertinggal dan kini, penonton hanya perlu menunggu tayangan episod 6 (pada 2 April) dan episod 7 (pada 9 April) ini untuk mengetahui siapa yang mara ke pusingan seterusnya.
Ini membawa kepada keputusan menyeluruh daripada pihak penganjur dan produksi untuk melepaskan para finalis pulang ke kediaman masing-masing bermula petang tadi.
Ia selari dengan perintah kawalan pergerakan yang dikeluarkan. Bukan bermakna sebelum ini para finalis bebas ‘merayau’ ke mana sahaja ya. Terdahulu, mereka tetap mematuhi arahan kuarantin dalam pekarangan bilik hotel, di bawah pengawalan kami.
Meraka kini akan berada di kediaman sendiri hinggalah kemaskini terbaru berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangka berakhir pada 14 April.
*
Penulis sempat bertanyakan kepada para finalis akan perasaan mereka sewaktu perkhabaran ‘pulang ke rumah’ ini diberitahu.
Menurut Haziq, “Saya expect kami akan berada bersama sehingga 14 April. Tak sangka pula rupa-rupanya kami akan dibenarkan pulang pada 31 Mac (hari ini). Sedih itu pasti memandangkan kami telah habiskan masa lebih 2 bulan bersama.”
Bagi Meerqeen pula, dia sudah menganggap 11 orang finalis lain umpama abang dan adiknya sendiri. “Saya sukar untuk rapat dengan strangers. Tapi apabila menyertai Hero Remaja, kami 12 orang mudah sekepala. Mungkin kerana misi kami sama iaitu untuk menerokai industri seni,” katanya.
*
Para peminat Hero Remaja 2020 turut berkongsi perasaan sedih apabila mendapat tahu para finalis tidak lagi akan menghiburkan hati mereka terutamanya menerusi sesi live di Instagram masing-masing.
Jangan risau, mereka masih akan mempunyai waktu bersama selepas ini. Dan memandangkan kita dalam perjalanan menuju ke episod finale tak lama lagi, akan ada banyak lagi peluang untuk mereka bersama-sama.
Jangan lupa untuk mengikuti update dari Majalah Remaja dari semasa ke semasa okay. Stay safe guys!