Antaranya termasuklah penukaran cara penyertaan. Dahulu finalis perlu menghantar borang dan kemudiannya pemenang bulanan akan dipaparkan di cover Majalah Remaja. Kini tidak lagi, sejak edisi 2014/2015, Majalah Remaja menganjurkan ujibakat terbuka kepada peserta untuk hadir.
Malah edisi 2014/2015 yang dimenangi oleh Raysha Rizrose itu juga memecah sejarah apabila ia merupakan edisi pertama yang membenarkan peserta berhijab untuk menyertai pencarian.
Setelah 3 edisi dianjurkan, pencarian Dewi Remaja 2019 menjadi edisi pertama yang menyaksikan seorang finalis Hijabi melangkah ke pentas finale.
Syamira Izzati, 22 baru saja diumumkan sebagai finalis terakhir dalam kedudukan Top 5 sebentar tadi live di rancangan MeleTOP.
Ia diumumkan oleh pengacara tetap, Nabil Ahmad dan Noor Neelofa yang merupakan Dewi Remaja 2009/10.
Menurut Syamira, dia berbangga untuk mewakili remaja Hijabi secara amnya di pentas finale. Dirinya ingin membuktikan gadis berhijab juga punyai personaliti dan kebolehan yang boleh dibawa ke hadapan dalam industri seni dan apa jua bidang yang ingin mereka ceburi.
Ini sekaligus melengkapkan Top 5 Dewi Remaja 2019; yang terdiri daripada Adriana Ghafar, Nynaa Harizal, Shatirah Amanda, Shaza Bae dan Syamira Izzati. Adakah imej berhijab Syamira bakal menjadi kelebihan buatnya untuk tampil berbeza pada finale Dewi Remaja 2019?
Sama-sama kita nantikan dengan menonton acara finale pada 14 Disember ini (Sabtu) jam 9.00 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Namun sebelum itu, saksikan dahulu sesi live karpet merah #redONELiveStage yang akan bersiaran di Facebook Majalah Remaja pada jam 8.30 malam pada hari yang sama.