Kira-kira jam 9 pagi pada 9 Mac 2024, finalis Top 5 Dewi Remaja 2014/2015 dan model, Nur Suhaibah Binti Mohd Halil atau lebih dikenali sebagai Deeba Halil telahpun sah bergelar isteri kepada jurutera dan model, Amirul Fahd Bin Yusri dengan sekali lafaz.

Finalis Top 5 Dewi Remaja 2014/15, Deeba Halil Sah Bergelar Isteri Dengan Mas Kahwin ‘Gold Bar’

Dalam majlis berkonsepkan ‘garden wedding’ di International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM) Bukit Tunku, pasangan tersebut telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin berbentuk ‘gold bar’ bernilai RM2,500.

Deeba turut disarungkan sebentuk cincin oleh suami setelah mereka selamat dijab kabulkan.

Ads

Ketika ditemui REMAJA, Deeba berkongsi bahawa dirinya telah melantik pereka fesyen, Tiara Awatif untuk mempersiapkan busana kurung moden krim lengkap dengan layah lace.

Deeba telah dirias oleh Syed Faizal Syed Noh manakala rambutnya didandan kemas oleh Hamidi Jamili.

Ads

Finalis Top 5 Dewi Remaja 2014/15, Deeba Halil Sah Bergelar Isteri Dengan Mas Kahwin ‘Gold Bar’Finalis Top 5 Dewi Remaja 2014/15, Deeba Halil Sah Bergelar Isteri Dengan Mas Kahwin ‘Gold Bar’

Deeba dan Amirul bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi di lokasi sama pada tengah hari ini.

Ads

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI