“Finally, After 5 Years…”,Hannah Delisha Selamat Bernikah Dengan Pilihan Hati

Share

Pasti ramai yang patah hati dengan perkhabaran terbaru dari pelakon jelita dari Singapura ini.

Hannah Delisha hari ini telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pilihan hati apabila gambarnya menyarungkan busana pengantin dimuat naik dilaman instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi IG, Hannah telah memua naik dua keping foto menunjukkan dirinya disamping seorang lelaki dengan berpakaian baju nikah serta kapsyen mengucapkan rasa syukur diatas penikahan mereka.

 

Finally, after 5 years. Alhamdullilah.
I love you

Dalam kapsyen yang dibuat, Hannah mengucapkan syukur selepas lima tahun penantian dia sah bergelar isteri kepada jejaka dikenali sebagai Imam Shah.

Muat naik momen indah

Rentetan daripada itu, di instagram suaminya juga turut berkongsi momen indah ketika bernikah dan menyarung cincin sebagai bukti sah bergelar pasangan suami dan isteri.

 

Diam-diam ubi berisi ni. Apa-apa pun, congrats dan selamat pengantin baru Hannah Delisha dan pasangan.

Sumber: Hannah Delisha, Imammemy

Published by
Nana