TikTok merupakan aplikasi yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia kerana rata-rata daripada mereka sudah memperluaskan ‘networking’ di laman media sosial ini pula. Walaupun sudah dilancarkan lebih kurang empat tahun lalu, tetapi di negara kita aplikasi ini baru sahaja ‘diterima’ kira-kira setahun yang lalu.
Semuanya gara-gara PKP 1.0 yang mana masyarakat sudah bosan duduk di rumah dan ingin melakukan sesuatu yang menghiburkan. Lazimnya, TikTok dikenali sebagai platform untuk berhibur kerana ia membolehkan pengguna membuat video muzik pendek dan lip-sync
lebih kurang dalam 1 minit.Namun begitu, kini aplikasi tersebut bukan hanya untuk hiburan semata-mata, tetapi ia juga digunakan untuk menyebarkan dan berkongsi ilmu.
Seperti apa yang telah dilakukan oleh Dr. Amalina Che Bakri, beliau baru sahaja mewujudkan akaun TikTok dan apa yang menariknya, Dr. Amalina berkongsi informasi tentang dunia perubatan.
@dramalinabakriHow to do appendix surgery (laparoscopic appendicectomy) ##medicaltiktok ##surgery ##surgeon ##doctor♬ Wellerman – Sea Shanty
@dramalinabakriPatient’s journey in operating theatre##medicaltiktok ##doctor ##medicine ##surgery ##surgeon♬ How to Save a Life – The Fray
Beliau turut memuat naik ciapan di Twitter dengan menyatakan bahawa dia sedaya upaya menjauhkan dirinya daripada TikTok tetapi dia turut terfikir ia juga bagus untuk dijadikan platform bagi menjelaskan salah faham orang ramai mengenai ilmu perubatan.
Pengisian content yang dibuat di TikTok dramalinabakri mendapat reaksi positif dan rata-ratanya menyambut baik kehadiran Dr Amalina dalam aplikasi tersebut.
Terbaiklah Dr Amalina! Diharap perkongsian berilmu ini dapat menarik lebih ramai anak muda khususnya untuk mendalami ilmu perubatan.
Sumber: Dr Amalina Bakri