Majlis pengumuman 12 orang finalis Hero Remaja 2020 yang berlangsung semalam turut disertai oleh juara terkini, Alif Muhaimin serta naib juara, Farhan Asri.
Setelah melihat 12 orang finalis yang terpilih, mereka berdua merasakan batch ‘adik’ mereka pada kali ini mempunyai potensi yang besar.
“Dari segi first impression, 12 orang finalis ini sudah mempunyai pakej yang boleh diketengahkan. Tetapi untuk pergi lebih jauh, ia bukan sekadar rupa saja.
“Buktikan 12 orang finalis pada kali ini ada sesuatu yang berbeza untuk ditawarkan kepada industri seni serta masyarakat.
“Selain itu, build your own memory from Hero Remaja.
“Antara memori yang Alif tak boleh lupakan adalah semasa peringkat finale di mana kami perlu ke Gambang Pahang untuk cabaran photo shoot.
“Apabila sudah terpilih sebagai Top 7 pada masa itu, tentulah Alif ingin lakukan yang terbaik. Tapi pada masa yang sama, saya kerap memberitahu pada diri sendiri to just have FUN. Pengalaman ini hanya datang sekali saja, jadi jangan lupa untuk enjoy
setiap masa.“Satu cabaran baharu yang perlu mereka hadapi adalah apabila dirumahkan selama 2 bulan. Tapi pada Alif, peluang untuk tinggal bersama itu bagus untuk memupuk semangat brotherhood,” katanya yang kini muncul menerusi drama terbaru, Chandelier.
Tip Untuk Elak Tersingkir
Untuk Naib Juara Hero Remaja 2017 iaitu Farhan Asri pula, dia berpendapat 12 orang finalis kali ini perlu berhati-hati dengan apa yang mereka lakukan demi mengelak daripada tersingkir.
“Sudah namanya pun Hero Remaja, finalis akan diadili dari semua sudut. Semua yang mereka akan buat akan dinilai sama ada di dalam set, semasa cabaran, dalam media sosial dan di luar set.
“Tapi jangan lupa untuk menjadi diri sendiri dari awal hingga ke peringkat akhir,” kongsinya.
Jangan lupa untuk mula menyaksikan program Hero Remaja 2020 bermula 27 Februari ini di saluran Astro Ria dan Ria HD. Juga ikuti update terbaru daripada kami di media sosial Majalah Remaja dengan #heroremaja2020.