“First Time Rasa Begini..!” Pengalaman ‘Shopping’ Barangan COACH Dalam Kapal Terbang Hanya Ada Di MELAKA

Share

Pembukaan butik baharu jenama fesyen America Syarikat, Coach yang terletak di dalam muatan sebuah kapal terbang sebenar telahpun menjadi bualan hangat.

Terletak di cawangan outlet Freeport A’Famosa di Melaka, pembukaan butik istimewa Coach Airways ini merupakan yang pertama seakannya dan menjanjikan satu pengalaman baharu yang belum pernah dirasai oleh fesyenista di Malaysia sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bosan Dengan Lokasi Pelancongan Yang Sama? Ini Lima Lokasi Sejarah Di Malaysia Yang Boleh Anda Kunjungi. – REMAJA

Peluang yang diterima REMAJA untuk sama-sama meraikan pembukaan Coach Airways baru-baru ini bersama rakan selebriti seperti Eyka Farhana, Imran Bard, Yaya Zahir, Alvin Chong, Azfar Heri, Isaac Voo, Sharifah Rose dan Yazmin Aziz; masing-masing dalam persalinan koleksi Coach telah dimanfaatkan untuk mengalami sendiri konsep stor baharu berkeluasan 4,198 kaki persegi itu.

Luarannya yang lantang dengan logo Coach Airways sudah jelas menarik perhatian sejak memasuki perkarangan outlet itu sendiri.

Namun, ia tidak mampu menyiap sediakan kejutan yang menanti korang semua sewaktu melangkah masuk ke ‘ruang kabin’ stor.

Persis berada dalam pesawat komersil sebenar, ruang hadapan tampil persis kokpit sebenar dengan ruang tempat duduk penumpang yang dikhaskan untuk orang ramai mengabadikan kenangan berada di dalam Coach Airways.

Segalanya menerapkan inspirasi daripada era 70-an dengan pilihan warna serta paten retro seiring dengan DNA dan legasi yang dipegang lama oleh jenama itu sendiri.

Memasuki dua segmen kabin seterusnya, ia memuatkan sudut barangan yang dijual oleh Coach sendiri termasuklah koleksi bag, pakaian dan aksesori mengembara seperti bagasi pakaian! Percayalah, pengalaman ‘shopping’di sini cukup lain daripada yang lain.

Segmen hujung pesawat pula memberikan kejutan menarik kepada pengunjung apabila ia memuatkan sebuah ‘Coach Cafe’; yang juga merupakan cawangan keduannya di Malaysia. Seronok membeli-belah, apa salahnya memanjakan tekak dengan hidangan kopi serta minuman lain yang disediakan, bukan?

Demi meraikan pembukaan Coach Airways di Freeport A’Famosa Outlet ini, Coach bakal melancarkan koleksi khas Coach Airways yang hanya boleh dimiliki di sini termasuklah seleksi baju T, sarung kulit pasport, beg bagasi ‘carry on’, bag ‘tote’ dan macam-macam lagi aksesori lain seperti tag bagasi, bag ‘pouch’ dan dompet mini. Kesemua barangan ini hadir dengan logo ikonik Coach Airways edisi terhad.

Bagi korang yang masih belum berkesempatan untuk mengunjungi Coach Airways pertama di Malaysia ini, ia terletak di Freeport A’Famosa Outlet di Alor Gajah, Melaka dan dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Happy shopping!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ