Fizo Omar, Fazeera Pilih Nama Wan Umaira Buat Puteri Kedua. Majlis Tahnik Pula Disempurnakan Ustaz Syamsul Debat

Share

Pelakon berkaliber, Fizo Omar dan isteri tercinta, Fazeera Nazri memilih nama Wan Umaira untuk bayi keduanya yang dilahirkan, pada tanggal 19 Mei lalu.

Perkara tersebut dikongsikan bintang berusia 37 tahun itu menerusi sebuah hantaran foto terbaharu di platform Instagram miliknya.

Dalam perkongsian tersebut, penceramah bebas terkenal, Ustaz Syamsul Debat itu dilihat sedang mengendong Wan Umaira yang sedang dalam lena ketika majlis tahnik puteri kecilnya itu.

BACA JUGA: Jumaat Barakah, Fizo Omar Umum Isteri Selamat Lahir Cahaya Mata Kedua Secara Normal

“Majlis Tahnik puteri ketiga kami, Wan Umaira binti Wan Hafizol. Terima kasih ustaz @syamsuldebatofficial menyempurnakan majlis,” kongsinya di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi netizen buat bayinya itu selain memuji penampilan Fazeera yang ayu mengenakan hijab.

“Umaira nanti dah besar mesti pandai buat lawak. Sebab yang tahnik ini ustaz best dan buka mulut bagi ceramah sahaja lawak…” komen seorang pengguna.

“MasyaAllah, rapat dengan orang-orang soleh, mohon doa dengan orang yang soleh berilmu. Alhamdulillah, sopan ayunya bidadari awak Fizo, moga berhijrah lah cantik sangat bertudung masyaAllah,” komen pengguna lain.

Terdahulu, Fizo Omar berkongsi berita gembira atas kelahiran cahaya mata perempuan secara normal, pada jam  5.57 petang tanggal 19 Mei lalu, di sebuah pusat perubatan ibu negara.

Sekadar informasi, bekas peserta Hero Remaja dan Fazeera itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 21 Oktober 2021 di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Fizo Omar

Published by
Fath